CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Walaupun Taufan Molave Tu Kat Vietnam, Kita Pun Kena Ambil Tahu Juga

1-11-2020 12:18 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3007| Komen: 5|Original author: Oleh: Cari-Azza





Beberapa hari lalu, kita dikejutkan dengan tragedi Taufan Molave melanda Vietnam hingga membabitkan kematian serta kemusnahan harta benda. 

Tidak hanya di negara itu, kita di Malaysia terutamanya di Sabah diminta berhati-hati jika melakukan aktiviti di laut selepas negeri itu menerima tempias taufan tropika Saudel dan Molave yang membadai dari barat daya Manila, Filipina dengan kelajuan purata 157 kilometer sejam (km/j).


Foto: Reuters

Malah, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan notis Nasihat Taufan Molave tersebut. Kenyataan itu menyebut jarak taufan dari bandar terdekat adalah kira-kira 787 km ke barat laut Kudat, Sabah.


Oleh itu, apakah yang perlu kita tahu mengenai Taufan Molave ini?


Foto: FB

Menurut laporan Sinar Plus, secara asasnya taufan atau siklon tropika merupakan ribut akibat haba yang dilepaskan apabila udara panas naik dan wap udara di dalamnya memeluwap.

Keadaan tersebut dinamakan siklon tropika kerana ia menyerupai siklon dan terjadi di tropika sementara putarannya melawan jam di hemisfera utara dan mengikut arah jam di hemisfera selatan.


Foto: AFP

Terdapat pelbagai impak taufan bergantung kepada di mana ianya berlaku.


Jika taufan berlaku di tengah lautan, ia menyebabkan hujan lebat, angin kencang serta ombak besar, menjejaskan aktiviti perkapalan antarabangsa serta boleh menenggelamkan kapal.


Jika berlaku di daratan pula, angin kencang boleh merosakkan atau memusnahkan bangunan dan harta benda, menjadikan puing-puing kepada objek terbang yang boleh membunuh.


Selain itu, taufan juga mampu mengakibatkan banjir besar.


Foto: AFP

Sejak dua kurun lalu, taufan menyebabkan kematian lebih kurang 1.9 juta mangsa di seluruh dunia.


Menurut laporan media tempatan  Vietnam, Molave menjadi ribut terburuk yang memiliki angin paling kuat dalam tempoh 20 tahun. Kedudukan geografi negara itu terdedah pada bencana alam pada musim hujan antara Jun dan November dengan wilayah pesisir tengah antara yang selalu terkesan teruk dengan kejadian itu.


Jadi, kita di Malaysia, walaupun tidak terlibat secara langsung, namun dengan musim hujan yang tidak menentu ini, sebaik-baiknya mengambil tindakan lebih berhati-hati, ya. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 1-11-2020 06:21 PM
Molave tu nama tempat kat Pilipin
Quote Tinot7 1-11-2020 08:14 PM
Semoga semua slamat
Quote LadyCarefree 1-11-2020 08:33 PM
Kan haritu dah kena tempias.
Quote husna_amal 2-11-2020 12:37 PM
Filipina ni selalu juga kena bencana alam ribut angin taufan ni.
Quote suzycutegal 2-11-2020 02:25 PM
Semoga kita terhindar dari segala jenis malapetaka

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.053400 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top