Kesian Hana Azraa 'ditibai' pengguna laman sosial apabila dikata mempromosikan perniagaan milik bukan Muslim. Menerusi laman Instagramnya, bekas isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan itu membuat reviu sebuah hotel di Georgetown, Pulau Pinang. Selain dikecam mempromosikan perniagaan bukan Muslim, Hana turut dikecam seolah-olah masuk ke sebuah tokong. Perkara itu mencetuskan perbalahan di antara warga maya yang menganggap pihak mengkritik Hana berfikiran sempit. Enggan berdiam diri, Hana kemudian tampil menjelaskan situasi sebenar di Instastory. Hana meminta agar orang ramai tidak berfikiran sempit dan memaklumkan terdapat staf Melayu, Cina dan India di hotel berkenaan.
Malah, dia menjelaskan bahawa datang ke situ atas urusan kerja. Hana juga mendakwa akan berbesar hati sekiranya ditawarkan membuat reviu perniagaan milik Muslim. - CARI
|
salmon-suki: Iyewwww...muka basic jah..skrg dah melayang ke tudung labuh dan niqab/purdah tu?
ADVERTISEMENT