CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Perempuan Murahan, Scha Elinnea Tak Jenis Senang Diajak Ke Ranjang

3-11-2020 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16517| Komen: 95

Pemakaiannya mampu menggoncang iman lelaki namun Scha Elinnea kata dia tak pernah menggunakan kelebihan itu menjadi seorang penggoda.

Tambah pelakon ini walaupun berani mati dengan pakaian seksi serta wajah menggoda, namun dia tiada sifat gedik tau suka mencairkan hati lelaki.

Foto: IG
Sering menjadi bahan kecaman, ramai juga lelaki yang menyangka dirinya sangat mudah diajak ke ranjang.

Dia terkejut apbila dihubungi untuk menjadi teman ranjang kepada seorang VIP.



"Dia bertanya berapa bayaran dikenakan jika mahu menjadikan saya teman beraksi atas ranjang. Apa, ingat saya pelacur ke?

"Ya, mungkin saya suka berimej seksi, tetapi saya bukan perempuan murahan. Manusia seperti ini, saya takkan bagi muka dan kena bertegas. Saya beri amaran akan mengambil tindakan sekiranya sekali lagi berani menghubungi saya dan bertanyakan soalan mengarut.

"Jika tidak mahu mendapat malu dan muka tersebar dalam laman sosial, jangan sesuka hati mengambil kesempatan ke atas golongan wanita," katanya kepada Berita Harian.


Hakikatnya Scha adalah seorang yang sangat sensitif dan sangat mudah mengalirkan air mata.

"Daripada sibuk mahu menjaga tepi kain artis, lebih baik jaga anak bini mereka dahulu. Mungkin tak ramai yang tahu, saya juga seorang pemalu. Saya akan rasa kekok apabila perlu membawakan watak gedik, penggoda atau perampas suami orang. Rasa geli pun ada sebab tak biasa.

"Bagaimanapun, itulah cabaran sebagai pelakon. Lagipun, kita tahu karakter sedemikian hanya satu lakonan dan bukannya perangai sebenar saya," tambahnya.



Bukan itu sahaja, Scha juga bukan jenis gadis yang mendambakan duit lelaki.

"Saya kena ada duit sendiri, walaupun mungkin ditakdirkan bertemu dengan lelaki kaya. Ini bermakna, kena seimbang. Dengan cara ini, lelaki tidak akan mudah untuk memperlekehkan wanita yang berdikari. Apabila tidak terlalu bergantung dengan lelaki, mereka akan fikir banyak kali untuk meninggalkan kita."-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 3-11-2020 12:16 PM
Whoareyussss berlakon cerita apa
Quote Belibis 3-11-2020 12:19 PM
'Apa dia ingat saya pelacur ke?'sapa2 pun pikir macam tu,kalau tengok pada gaya.sebab manusia tak mampu baca isi hati.
Quote Normabaru 3-11-2020 12:21 PM
Motip pakai mcm slut?
Quote mosti 3-11-2020 12:31 PM
Dia mungkin bukan pelacur, tapi dia nak orang kaya jadi suami dia
Quote Mamason 3-11-2020 12:34 PM
Siapakah kau??
Ni punca bebudak zaman laa ni mengikut cara dan gaya kome lee ni... seksi bagai kemaainnn dia tuuu!!!
Quote Kurex 3-11-2020 12:34 PM
Beza yach muka dalam tv dgn ig.. yelah kan pompuan, dalam tv tak boleh nak edit, jadi terserlahlah dagu berlapis + muka desa nan basic
PicsArt_11-03-12.32.26.jpg
Quote Rara77 3-11-2020 12:46 PM
Kalau ada bukti melacur bagaimana yachh{:run{:run{:run
Quote Perawankota 3-11-2020 12:48 PM
Kekok bawak watak gedik apa semua tu, or sebenarnya kayu?
Quote RatuDunia94 3-11-2020 12:49 PM
Mmg lah x senang sbb nk booking je kena bayar fees 10K.. ringan2 20K. Berat2 40K. BDSM 50K
Quote lazariouz1988 3-11-2020 12:52 PM
Statement die mntk kene kecam ke ape..Ape die expect ye bl org tgk gmbr2 die dh mcm porn star tu
Quote husna_amal 3-11-2020 12:59 PM
tak melacur tapi buat suka rela tu mungkin boleh jadi.
Quote princessmiang 3-11-2020 01:02 PM



Quote mzsnam 3-11-2020 01:04 PM
i follow dia sblom dia femes sikitla. dia ade tunjuk pic lama dia.. 98% lain giler muka. mcm muka mamak sikit. seriously lain giler. kira dia bagusla tunjuk hasil dia berubah jd lawa camni. so adik adik yg lain boleh lawa juga janji duit byk. haha
Quote krustykrab 3-11-2020 01:06 PM
Apesal nk tiru ejaan nama scha bini awal?
Quote September14 3-11-2020 01:11 PM
Org bodo dan lurus bak pembaris pun sukar nak percaya kata2 kau
Quote dudaberhias 3-11-2020 01:15 PM
apa buktinya dik?

boleh sertakan video sekali buktinya tu...

kalau tidak jangan harap nak percaya...


who areee yussssss
Quote dudaberhias 3-11-2020 01:16 PM
@Kurex dah di seru ke belum ni
Quote botol_purple 3-11-2020 01:22 PM
Murahan la tu..  Takkan nak kata mahalan kalo dh dress up cantu.
Quote suzycutegal 3-11-2020 01:33 PM
Aduhhh seksi sgt dik . Jangan la jadi ikutan. Risau tengok anak muda sekarang...

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.116833 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top