CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Maid Filipina Demand Gaji RM3,000 Sebulan, Engineer Kita Pun RM1,800 Je

4-11-2020 11:17 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7434| Komen: 32|Original author: Oleh: Cari-Azza

Di kala kita mengalami masalah kebanjiran penganggur berijazah, lain pula cerita dalam sektor pembantu rumah yang didakwa permintaannya sangat tinggi.

Menurut pengguna Facebook ini, pembantu rumah warganegara Filipina antara yang mendapat permintaan tinggi. Ini kerana rekod cemerlang mereka dalam berkomunikasi serta sikap profesional ketika bekerja sehingga membolehkan mereka menuntut bayaran mencecah RM3,000 sebulan.

Wajarkah gaji tersebut dan mengapa tiada warga tempatan yang ditawarkan tugasan ini?



Foto :Fb


Menelusuri ruangan komen, ramai berpendapat gaji pembantu rumah sudah pun melebihi gaji minima pekerja di Malaysia iaitu RM1,200. Bukan itu sahaja, ianya juga mengalahkan pekerja baharu dalam industri kejuruteraan, mekanikal dan sebagainya.



Foto : mstar

Bagaimanapun, ia dinafikan beberapa individu yang menegaskan gaji pembantu rumah Filipina tidak setinggi itu. Ianya antara RM2,000 hingga RM2,500 setiap bulan.

Di Twitter pula, warganya berpendapat mungkin sudah sampai masa rakyat Malaysia menceburi bidang yang bergaji tinggi ini. Dalam masa sama, kerajaan juga harus menaikkan lagi gaji minimun yang sebenarnya sudah tidak lagi relevan.



Foto : Strait Times

Tidak hanya sektor pembantu rumah, sektor industri yang menggunakan pekerja asing lain juga, gajinya melebihi gaji minimun ditetapkan kerajaan. Jadi, nak salahkan siapa?


Foto : Twitter

Persoalan utama, adakah pihak berkuasa akan memandang isu sebegini? Atau lebih tepat, adakah warga tempatan yang mahu bekerja sebagai pembantu rumah walaupun ditawarkan gaji selumayan itu?


Foto : Filipino Times

Adakah ianya berkaitan sikap orang kita yang memilih kerja atau bagaimana? - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 4-11-2020 11:45 AM
Pembantu rumah tempatan ada.. rm1800 sebulan.. Kerja 6 hari seminggu 8 pagi sampai 7 ptg x salah aku..
Quote Skydiva 4-11-2020 12:03 PM
Ni kire tahap2 professional la ni kan? Gaji basic golongan professional pn around 2k++, tp biasanya org2 ni ade byk tanggungan. Bayar duit rumah, kereta, bil2 etc.. ni rm3500 mmg bersih la kirenye. Sewa rumah, bil api air, makan semua kira free sbb majikan dah provide kan? Cume kalau elok kerja die berbaloi la kot. Sbb dulu pernah hire maid dari negara ni la utk jaga arwah atok, kerek kemain. Gaji nk tinggi tp keje lain tanak buat pun. Die pun bkn ade kelayakan nurse ke ape, tp demand ngalahkan amik nurse betul dtg umah.
Quote Nana_Man 4-11-2020 12:10 PM
Filipino maids memang demanding.bukan hanya untuk gaji. Tapi jgk lain2 “benefits” seperti hari cuti, handphone allowance, etc.  Dan lg2 skrg masa covid ni tak ramai yg dpt masuk. So yg dah ada ni will take advantage.
Quote sarahmirza 4-11-2020 12:17 PM
Maid pinoy memang mahal tapi kerja bagus..
Beza la sgt dengan maid indon yg kdg membaca menulis pun tak pandai...

I pernah jumpa kakak sorang ni ....
Dia kerja nanny dgn family canada , gaji bersih sebulan RM3k, takde kwsp, socso...
Duit makan hari2 lain tak tanya pulak brp sehari...
kerja dia jaga budak 3 tahun...
Start kerja 7am, siapkan budak tu nak ke sekolah, antar sekolah, tengah hari amik balik sekolah, bawa lunch...  
ptg antar kelas lain2 pulak... 7pm pulang kunci fortuner dan balik rumah...
esok ulang semula...

Quote sarah82 4-11-2020 12:28 PM
Skydiva replied at 4-11-2020 12:03 PM
Ni kire tahap2 professional la ni kan? Gaji basic golongan professional pn around 2k++, tp biasanya  ...

Cari org tempatan.. Ramai org tempatan yg buat servis caretaker.
Quote belilies 4-11-2020 12:39 PM
Tengok demand lah. Dah kalu ada yg sanggup membayar banyak tu sebab desperate takde org buat keje nak buat guane. Yg hire pekerja kat msia tu pun biasa dr kampeni cingkies skali demand mandarin speaker. Kalu kampeni international lagi pro cara dia bagi gaji e.g. petronas, heitech, etc.... Isi sendiri
Quote suzycutegal 4-11-2020 12:41 PM
Gaji maid 2.3k..
Quote RatuDunia94 4-11-2020 12:48 PM
Maid pinoy ni sambil mengemaid sambil cikcur jantan2 kokesen utk dibuat benih balik pinoy.. al hasil lambakan anak2 kacukan muka menjadi.. lantas join ratu cantik mengubah nasib keluarga..
Quote umbut 4-11-2020 12:59 PM
Artis yg pki maid pinoy.. sazzy ngan scha... nampak kerja bagus...
Quote LadyCarefree 4-11-2020 01:33 PM
Memanglah kalau  nak yg berkualiti. Ramai majikan nak bayar rm800 kerja 18jam sehari tugasan semua benda kena buat termasuk basuh kereta. Kerja tiap hari. Anak ramai. Dahlah macam setan. Makan minum dicatu dan makanan tak sama majikan makan. Walhal anak tu bukan aset plg berharga ke? Tp nak berkira bila bayar nanny dan dijadikan maid sekaligus. Inilah mentaliti malaysian.
Quote Modngengade 4-11-2020 01:45 PM
RatuDunia94 replied at 4-11-2020 12:48 PM
Maid pinoy ni sambil mengemaid sambil cikcur jantan2 kokesen utk dibuat benih balik pinoy.. al hasil ...

tidak syak lagi.....maka lahirlah Catriona Ross, Pia Wurtzbach etc

Quote airisa 4-11-2020 02:11 PM
kak kawan baik memang ambik maid pinoy masa awal tahun 90an..stay dgn diorg sampai anak2 semua pi masuk uni .. buat keje memang tip top la .. siap dgn ajar buat homework lagi. Gaji masa tu rm1.2k. masa zaman2 tu, maid dari indon boleh lagi bayar rm350, rm400 sebulan .. tapi kualiti keje memang 3 kali ganda la ..



Quote husna_amal 4-11-2020 02:13 PM
Kalau lah ramai rakyat tempatan rebut peluang macam ni tak perlu lagi import pekerja asing.
Quote lwyl 4-11-2020 02:52 PM
Baik ajar tuisyen. Lagi masyuk.
Quote Yunbin 4-11-2020 03:59 PM
Klu ada kawan yang kerja dgn pinoy ni, mesti keluar cite yg dyeorang sangat demanding bab cuti n other benefits, mcm elaun makan, rumah free, transport free..starting basic salary pon way more higher than locals yg keje utk position sama without those benefits. Tapi majikan sanggup bayar sebab dyeorang pandai kerja katanya
Quote putericahaya999 4-11-2020 04:00 PM
Sebab org kita sanggup byr dia 3k
Cuba takda org kita sanggup byr
Tak jadi la cam tu
Quote orkidorkido 4-11-2020 05:54 PM
Pinoy ni takdelah bagus mana pun. Extremely demanding  Dalam kontrak dia, syampoo pun majikan kena sediakan. Dulu aku hire pinoy dah 6 tahun, 2 kali tukar. Bayar 2600 sebulan excluding health insurance 200, mintak wifi, cuti 2 hari seminggu, kerja 8 - 6. Bilik dia sendiri, tak dibenarkan cuci kereta (syarat imigresen) dan macam-macam. Tiap-tiap hari duk hint nak mintak gaji. Duk cerita kawan dia dapat tinggi la, ada orang offer dia la. Baru bulan 8 baru ni dia mintak naik 3500, dia tak nak insurance.
Aku tanya dia, kau baru grad masters ke yang mintak naik gaji sampai macam tu?
Aku suruh dia simpan beg, pergilah kau mana-mana nak pergi. Walaupun permit baru buat, tapi aku fedap dgn perangai. The next day dia blahh .. tunggu masa je
Quote dua_chzy 4-11-2020 07:17 PM
Maid Pelipinoy kenalan aiol punya pakcik dibayar 5k. Ni rate lebih 15 tahun dulu. Maid tu ada degree. Siap ajar anak pakciknya English.
Quote dua_chzy 4-11-2020 07:20 PM
LadyCarefree replied at 4-11-2020 01:33 PM
Memanglah kalau  nak yg berkualiti. Ramai majikan nak bayar rm800 kerja 18jam sehari tugasan semua b ...


Aiol pernah dikutuk di bod gosip bila ai kata maid/domestic helper terlatih patut dibayar minimum wage 2.5k or more per month. Deol rasa rate tu terlalu mahal, hahahahahahaha. Ni dalam thread Nurol berlaki French menyalak bila maid mintak gaji mahal2, hahahahaha.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.063277 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top