Bimbang jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung selepas 2 Disember, ramai ibu bapa membuat pembelian panik terhadap barang permainan kanak-kanak bagi menyambut Krismas.
Daily Star melaporkan, England tetap berhati-hati dalam menangani pandemik Covid-19 ini dan tidak teragak-agak untuk menyambungnya kembali jika virus itu menunjukkan peningkatan kes. Oleh sebab itu, ramai ibu bapa beratur panjang di luar kedai permainan semata-mata untuk mendapatkan hadiah untuk anak mereka. Pakar Pengurusan Risiko, Mark Hall berkata ia adalah gelombang kedua pembelian panik membabitkan perayaan Krismas. Fenomena ini boleh dilihat di pelbagai kedai permainan ternama seperti Lego, LOL Surprise doll dan senapang Nerf yang banyak mengosongkan rak jualan.
Sementara itu, ibu bapa yang hampa kerana tidak dapat membeli barang permainan tersebut menulisnya di media sosial dengan harapan kedai permainan menambah barangan mereka supaya tiada kanak-kanak kecewa pada krismas nanti. Wah! Semua ibu bapa di England sibuk untuk menyambut Krismas, kita di sini bagaimana pula? - CARI
|
ADVERTISEMENT