CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Membongkar 4 Mitos Tentang Terapi Insulin

4-11-2020 02:46 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3121| Komen: 6



Dianggarkan 3.9 juta orang dewasa di Malaysia dilaporkan menghidap masalah kencing manis pada tahun 2020 dengan kadar meningkat dari 13.4% pada tahun 2015 ke 18.3% pada tahun 2019[1].

Kencing manis berlaku apabila paras gula (glukosa) dalam darah terlalu tinggi. Hormon insulin yang dihasilkan oleh pankreas boleh membantu gula di dalam darah memasuki sel untuk digunakan sebagai sumber tenaga. Apabila badan tidak berupaya atau kurang menghasilkan insulin, sebahagian glukosa akan kekal di dalam darah dan tidak akan memasuki sel[2].

Oleh yang demikian, insulin memainkan peranan penting dalam mengawal paras gula dalam darah, malah menghindari komplikasi kencing manis seperti buta, masalah jantung, masalah buah pinggang dan kerosakan urat saraf[3]. Penghidap kencing manis juga mempunyai risiko dua kali ganda untuk mendapat serangan jantung[4].

Pemahaman berkaitan peranan insulin sangat penting dalam menguruskan masalah kesihatan tersebut. Jika anda didiagnosis dengan kencing manis jenis 1 atau 2, anda perlu tahu bagaimana cara untuk mengenal pasti fakta atau mitos berkenaan dengan insulin. Pengetahuan tentang terapi insulin boleh membantu anda menguruskan masalah kencing manis dengan lebih berkesan.

Fakta dan mitos 

Mitos: Insulin adalah jalan terakhir bagi pesakit kencing manis.

Fakta: Anda mungkin menyangka terapi insulin hanya diberi apabila keadaan kesihatan anda semakin teruk. Hakikatnya, insulin adalah rawatan yang boleh memberi kesan sama seperti insulin semula jadi yang dihasilkan oleh badan. Justeru, ia adalah salah satu langkah terbaik untuk mengawal paras gula dalam darah[5].

Mitos: Apabila rawatan insulin dipreskripsi kepada pesakit diabetes jenis 2, ia bermakna mereka gagal mengawal keadaan kesihatan mereka.

Fakta: Diabetes jenis 2 merupakan penyakit yang progresif. Lama kelamaan, pankreas akan mula hilang keupayaan untuk menghasilkan insulin mengikut keperluan badan, maka ubat sahaja tidak cukup untuk mengawal gula pada tahap yang optimum. Pada tahap ini, penggunaan insulin bagi memastikan paras gula berada pada tahap yang sihat amat digalakkan[6].

Mitos: Suntikan insulin sangat menyakitkan.

Fakta: Kebanyakan individu takut akan suntikan. Walau bagaimanapun, anda mungkin terkejut mengetahui suntikan insulin tidak menyakitkan. Tiada rasa sengal malah jarum yang digunakan sangat nipis dan kecil. Bahkan, ada yang mengatakan cucukan di jari bagi memantau paras gula di dalam darah jauh lebih sakit berbanding suntikan insulin[7].


Mitos: Insulin menyebabkan berat anda naik

Fakta: Walaupun terdapat situasi di mana berat penghidap kencing manis naik selepas menggunakan insulin, ini tidak bermakna ia disebabkan penggunaan insulin. Ia berikutan proses pencernaan makanan di dalam badan anda menjadi lebih efisien dengan kehadiran insulin[8]

Matlamat terapi insulin

Mitos dan kerisauan berkaitan insulin tidak sepatutnya menghalang anda daripada mendapatkan rawatan optimum bagi merawat kencing manis.

Untuk mengetahui sekiranya anda mempunyai paras glisemik yang optimum, parameter HbA1c di dalam darah yang mengukur purata paras glisemik untuk tiga bulan yang lepas boleh diambil[9].

Terapi insulin merupakan kaedah yang telah terbukti berkesan dalam menurunkan paras gula di dalam darah.

Jika anda menghidap kencing manis jenis 1, terapi tersebut boleh menggantikan insulin yang tidak dapat dihasilkan pankreas. Bagi mereka yang mempunyai masalah kencing manis tidak terkawal, terapi insulin merupakan kaedah rawatan utama yang disarankan oleh doktor perubatan. Pemberiannya bergantung kepada keperluan dan gaya hidup individu. 

Oleh itu, jangan teragak-agak untuk merujuk pada doktor jika anda ingin tahu berkenaan insulin, kesannya dan jika ada kaedah rawatan lain yang lebih sesuai. Ingat, matlamat utama adalah untuk merawat masalah paras gula dalam darah tidak terkawal dan untuk menghindarkan komplikasi diabetes jangka masa panjang. Susulan itu, terapi insulin boleh membuatkan anda lebih aktif dan sihat.

Terdapat pelbagai jenis produk insulin yang ada dijual di pasaran. Jenis yang paling lazim adalah insulin tindakan jangka masa lama dan insulin tindakan jangka masa laju (atau singkat)[10]. Adalah lebih baik sekiranya pesakit berbincang terlebih dahulu dengan doktor bagi mengenal pasti pilihan yang lebih sesuai untuk mereka.

Boleh jadi anda ingin menggunakan insulin yang bertindak sepanjang 24 jam atau insulin semasa waktu makan. Bagi pilihan suntikan, gabungan 2 jenis insulin dalam 1 suntikan seringkali menjadi saranan memandangkan ia boleh memudahkan proses kesembuhan untuk anda.

Tahu lebih lanjut tentang penulis:

Dr. Danish Ng Ooi Yee I Konsultan Endokrinologi & Perubatan
Pusat Perubatan Prince Court
39, Jalan Kia Peng
50450 Kuala Lumpur
No Telefon: 60321600000


Sumber : hellodoktor.com

2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ipes2 4-11-2020 07:07 AM
good article, although i agree with some points and disagree with others
Quote shernazz 4-11-2020 07:49 AM
Mak iols guna insulin masa memula diagnos diabetes..
Skang makan ubat aja..
Quote husna_amal 4-11-2020 09:31 AM
Bagus pendedahan ni.
Quote solarlunar 4-11-2020 06:06 PM
Calling @insulin
Quote Scheherazade 6-11-2020 12:30 PM
Thx for sharing tt. Good info

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.091360 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top