Mohd. Amin Yasin, 42 mendakwa dia dihalang berjumpa dua orang anaknya, Edlynn Zamilleen, 15, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan,13, atau Kacak.
Bekas suami pertama usahawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Vida itu berkata dia berjumpa dua orang anaknya pada bulan Mei 2018 di ibu pejabat Vida Beauty Sdn. Bhd. di Ipoh, Perak dan hanya selama 15 minit sahaja. Amin mengaku yang dia amat merindui kedua-dua mereka dan hanya mengetahui perkembangan terkini melalui media sosial dan televisyen. “Sebagai bapa, saya amat rindukan mereka. Saya tidak mahu hak penjagaan. Cukup sekadar dibenarkan untuk bertemu mereka berdua dalam tempoh yang singkat. “Sebelum ini, saya ada menghubungi Cik B dan Kacak, namun tidak berjawab. Saya tidak pasti sama ada mereka sudah menukar nombor telefon atau sengaja tidak mahu mengangkat panggilan,” katanya kepada Kosmo. Mohd. Amin selaku plaintif telah memfailkan tuntutan hadhanah iaitu hak lawatan,bermesra dan dan bermalam untuk bertemu kedua-dua anaknya itu.
Amin menambah dia hanya bertemua Cik B dan Kacak di kawasan pagar rumah Datuk Seri Vida di Meru, Ipoh atau di pusat beli-belah beberapa bulan sekali. “Dalam pengetahuan saya, mereka masih mengenali saya. Dalam pertemuan sebelum ini, mereka akan memeluk saya dan masih mengenali bapa kandung mereka. “Itu sudah cukup buat saya. Bertemu dengan mereka sudah membuatkan saya gembira. Jika teringatkan mereka, hanya linangan air mata dan kenangan-kenangan lama kami bersama sebagai pengubat rindu.” Mohd. Amin berkahwin dengan Datuk Seri Vida pada 2000 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan. Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie,11, dan Muhammad Edrie Zikrie,10, meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di rumah Datuk Seri Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013. Amin dan Vida bercerai pada 2008 selepas lapan tahun hidup bersama. Amin kin peniaga gerai makan di Machang dan sudah berkahwin lain. -CARI |
batu kikir replied at 3-11-2020 03:43 PM
Betul jugak. Tanpa bapak mana datangnya anak. Tak kiralah yg sah ke yang tak sah. Moral of the stor ...
clarizsa replied at 3-11-2020 03:46 PM
Lerghhh pakcik
Banyak je cara nak hubung anak kau yg gila glamer tu
Twitter ada
MissVixen replied at 3-11-2020 03:50 PM
Biawak dan kaki pukul ke amin ni? Ingatkam dah mati. Mesti ada sebab kenapa anak2 sendiri pun tak ca ...
MissVixen replied at 3-11-2020 03:50 PM
Biawak dan kaki pukul ke amin ni? Ingatkam dah mati. Mesti ada sebab kenapa anak2 sendiri pun tak ca ...
dani-rox replied at 3-11-2020 04:28 PM
Ai salute acik Vida penuh konfiden bg nickname anak Kacak.
clarizsa replied at 3-11-2020 03:46 PM
Lerghhh pakcik
Banyak je cara nak hubung anak kau yg gila glamer tu
Twitter ada
dudaberhias replied at 3-11-2020 04:29 PM
dengan cik B... taktau la B tu stand for what, azwan ali kata Babi
ADVERTISEMENT