Kehangatan PlayStation 5 sudah mula dirasai. Adakah anda perasan semalam di Instagram Stories di kenalan anda yang berkongsi memiliki PlayStation 5? Akan tetapi, PlayStation 5 masih belum lagi berada di pasaran. Mesti anda berasa pelik dan ‘cemburu’ apabila melihat rakan anda memiliki PlayStation 5 tersebut. Betul atau tidak?
Nampak macam betul, bukan? Jangan tertipu! PlayStation 5 akan dikeluarkan pada 12 November 2020 dan akan sampai di Malaysia pada 19 November 2020. Apa yang anda lihat di Instagram Stories itu semua hanyalah filter semata-mata. Filter tersebut diberi nama PS5 BOX dan diciptakan oleh @aroneverything . Menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) filter tersebut membolehkan pengguna untuk meletakkan kotak PS5 itu di mana-mana bahagian di dalam skrin dan memberikan imej yang realistik.
Sumber : www.thevocket.com |
RatuDunia94 replied at 6-11-2020 11:34 AM
Berapa rege ps5 ni?
ADVERTISEMENT