CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Pramugara, Pramugari Yang Hilang Kerja Boleh Cuba Jadi Pelakon,"-Sharulezad

5-11-2020 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5733| Komen: 21

Syarikat produksi Radius One Sdn Bhd membuka peluang kepada bekas kru kabin syarikat penerbangan yang diberhentikan kerja akibat penularan Covid-19 mencuba nasib dalam bidang lakonan.


Penerbit produksinya yang juga pengarah, Shahrulezad Mohameddin dalam satu hantaran di Instagram meminta mana-mana bekas kru kabin yang berminat dengan tawaran itu menghantar profil masing-masing kepadanya.

Gambar Hiasan
Pihaknya boleh mengadakan sesi uji bakat secara dalam talian dan mungkin yang berjaya bakal menjadi pelakon drama terbaru terbitan syarikat produksi itu.

Shahrulezad ketika dihubungi berkata, pencarian itu dibuat berikutan ramai dalam kalangan mereka kehilangan pekerjaan, baru-baru ini. 


"Semalam, saya bersama pengurusan Radius One berbincang untuk merekrut wajah baharu dalam bidang lakonan. Ia berikutan saranan pihak stesen televisyen baru-baru ini yang mahukan wajah segar dalam bidang lakonan. Kami mencari bakat baharu yang memiliki aura atau faktor X untuk diketengahkan. Siapa tahu, bakat baharu yang mencuba nasib itu boleh jadi seperti Mira Filzah dan Syafiq Kyle," katanya.

Bagaimanapun, Shahrulezad yang popular dengan drama arahannya iaitu Nur dan Nur 2 menjelaskan, pencarian bakat baharu itu bukan khusus untuk bekas kru kabin syarikat penerbangan saja, tetapi terbuka kepada semua orang tanpa mengira latar belakang. 


"Jangan salah faham, saya muat naik pencarian itu di media sosial menggunakan foto kru kabin hanya sebagai contoh bagi menjelaskan situasi yang berlaku ketika ini. Kami amat bersimpati dengan nasib menimpa mereka dan mahu membuka peluang kepada mereka mencuba nasib jadi pelakon.

"Tiada kuota ditetapkan untuk sesi uji bakat itu. Ini kerana kami akan terus menerbitkan drama selepas ini dan mencadangkan nama yang terpilih untuk dipertimbangkan stesen televisyen," katanya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 5-11-2020 12:12 PM
Semoga tak terlahir pelakon2 sampah...
Quote matbad 5-11-2020 12:36 PM
Elok la sbb almost steward gayah. Yg pompuan plak bila kat ig mcm pelacur kelas atasan yg melayu pakai tahap strippers. Nanti betambah lagi kes retis 40k 1malam. Belakon watak tempek nanti hidup mewah nak mnggal. We will see kalau puak2 ni yg jd retis
Quote Skuau 5-11-2020 12:40 PM
Semoga bukan citer 'TERLAMPAU' ....spt yg pernh 'popular'...sewaktu waktu dahulu...
Quote LadyCarefree 5-11-2020 12:41 PM
Wow. Sebegini sekali.
Quote missyL 5-11-2020 02:14 PM
Die ni wat muka ke eh. Lame dah nk tnye lol
Quote SR4tahun 5-11-2020 02:17 PM
meriah nyee highliter kt muka dia. sbb tu single lama sgt kott org confuse
Quote YomiuriLandMae 5-11-2020 02:24 PM
hmm iols rasa baik la yg keje sektor airlines ni buat keje lain like meniaga ke buat grab ke..

kalo dah ada niat nak offer dkt ex cabin crew ni mesti nak jual rupa je lah.. bakat no 2 confirm!
Quote irvene 5-11-2020 02:25 PM
dekat set dia gayah sgt dgn pakai handbag beso
Quote dudaberhias 5-11-2020 02:26 PM
boleh je yang jejan jadi pelakon, tapi dalam scene mesti jantan habis, tapi kat belakang patah riuk sembang sesama sendiri macam bila deorang kerja dalam cabin
Quote mamajawie 5-11-2020 02:42 PM
gayah ke si ijat ni?
Quote husna_amal 5-11-2020 03:01 PM
Dalam industri hiburan ni ramai juga yang dulunya bertugas sebagai flight attendant.
Quote 3480 5-11-2020 11:52 PM
Eh.. dlu slalu ja cabin crew benti jd retis..
Cth : jena jen, amy mastora, nuar jen, elly..
Ada lg x ingat
Quote eyansss 5-11-2020 11:59 PM
yang ni zarul tanak sound ke? owh, keje ni glemer n diawang2 jugak eh sebab tu tanak sound...
Quote Perawankota 6-11-2020 02:26 AM
Klu dorg berbakat, x salah.. Ada pakej... Kalau kayu, buat sakit hati jer..
Kesian kt talent2 extra lain yg dah lama dlm bidang ni, tapi susah nk dpt job sbb rupa marhean wlupon ada bakat.
Quote RatuDunia94 6-11-2020 11:27 AM
Shahrulezad, Haji Zil, Micheal Ang mmg antara penerbit yg suka amik muka2 baru yg jambu or helok.. org kata sambil menyelam minum air.
Quote wirazam 27-11-2020 06:27 PM
ini terbaik...mohon dpt cungkil bakat dari krew airliners....majoriti mmg ada muka komersial values
Quote Nenasketum 27-11-2020 07:37 PM
Naseb baik tak pakai lipstick arini. Dia ni pada kau larrr, jenis yang suka guna agama cara jarum halus, lelama true kalers akan naik ke surface... hehehe... yes ayam bery negative
Quote sambaldurian 27-11-2020 09:27 PM
ok je. mungkin dpt eye candy yg x kayu ke. mcm scha al yahya, anuar zain, uqasha, zarul, ellie suriati ( org kata pnh jd air stewardess), amy mastura
Quote limaubali007 27-11-2020 09:43 PM
Sedih iolls bila tengok ramai yg struggling sekarang ni.. Moga Allah cukup kan rezeki semua. Aamiin

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.064561 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top