CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

FAKTA ! Pelukan Suami Mampu Turunkan Berat Badan Dan Kolestrol Isteri

6-11-2020 01:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4752| Komen: 15


Sumber : news18.com



Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. 

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

"Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.


Sumber : herway


"Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s. a. w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

"Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

"Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.


JOM SHARE UTK MAANFAAT BERSAMA..!!
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mr.Tibet 6-11-2020 02:09 AM
Pelukkan Shahrukhan gi mana
Quote wnwa05 6-11-2020 03:11 AM

so yang gemuk2 air tu mesti suami dia tak peluk kan
Quote SerenaBlair 6-11-2020 04:47 AM
So salah suami la kalau bini gendu2 sbb tak selalu peluk...
Quote fishcracker 6-11-2020 07:14 AM
Peluk bantal je la {:love
Quote MissyMolly 6-11-2020 08:52 AM
Peluk2 mmg best ahahaaa.. marilah kita berpelukan yach!!
Quote lwyl 6-11-2020 10:48 AM
No pills, no exercise, no diet, no injection. All-natural.
Quote RatuDunia94 6-11-2020 10:56 AM
Koser.. kalau 24jam peluk tp x jaga makan.. x exercise tetap gundu kak oi...
Quote suzycutegal 6-11-2020 11:30 AM
Senang la kalau gini
Quote mdhelmi 6-11-2020 12:21 PM
sambil peluk sambil pesan jaga makan tau
barula berkesan
Quote husna_amal 6-11-2020 02:25 PM
Kalau pasangan ni aktif mungkin boleh jadi turun berat badan dan kolestrol. Apa2 pun start dari pemakanan dulu.
Quote husna_amal 6-11-2020 02:35 PM
Kalau diperhatikan orang perempuan yang ramai berniaga. Yang lelaki(segelintir) banyak menumpang senang je.
Quote Meiizu 6-11-2020 03:36 PM
RatuDunia94 replied at 6-11-2020 10:56 AM
Koser.. kalau 24jam peluk tp x jaga makan.. x exercise tetap gundu kak oi...

ahahahh kelas ko ratu
Quote Groovykid 7-11-2020 11:45 PM
Yakah? Iols selalu dipeluk tp makin naik sajork timbangan
Quote cik.peah 22-2-2021 10:22 PM
nak kena suruh suami peluk banyak2 lah lepas ni heheh
Quote rajamoney 7-3-2021 10:18 PM
teringat zmn baru2 kawin

nk tidur kene bepeluk tu dulu tu

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.051053 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top