Suami saya kata , nak buat bisnes tak payah berguru , pergi seminar atau dengar talk pun boleh meniaga . Saya akui , memang benar . Dia banyak bagi nasihat , cerita pengalaman dia bekerja dengan tokey lama dia sampai la sekarang walaupun suami saya dah ada bisnes sendiri , hubungan dia dengan tokey lama terap akrab . Kita nak berniaga memang kena ade ilmu , kena berani ambil risiko , sebab kita tak tahu kemudian hari macam mana . Sama ada untung atau rugi.
Alhamdulillah, dah 3 tahun suami dengan bisnes nya sendiri , inshaAllah ade rezeki saya nak jadi macam dia . Seriously , suami saya tak minat membaca . So dari situ saya dapat tahu , kenapa dia boleh berjaya walaupun tanpa ilmu perniagaan yang banyak , sebab suami saya suka perhatikan seseorang tu meniaga macam mana . Dia suka mengkaji sesuatu . Bukan nk kata dia hebat , tapi dia luar biasa . Dia cukup suka bila balik ke Kelantan , suka tengok org Kelantan berniaga walaupun hanya menjual Nasi Berlauk Air Dingin di tepi jalan . Jenuh dia kaji , hehehe . ‘Amir suka tengok orang Kelate meniaga, siang buat keja lain, malam meniaga’ ‘Tengok tu sayang , sepanjang jalan ade jer orang meniaga, orang Kelantan ni memang rajin meniaga eh’ Tapi kalau ikutkan betul jugak , nak meniaga tak payah pergi dengar talk , seminar atau ceramah . Yang penting kena tahu ilmu dan rajin bertanya pada orang yang dah berjaya . Maksud segi berjaya tu , bukan nya orang tu meniaga hari ni minggu depan dapat untung terus beli BMW 5 series tapi cari orang yang berjaya kekalkan hasil jualan dia untuk terus maintain sampai bila – bila . Suami saya selalu pesan , kita nak buat sesuatu jangan ikut orang , sebab kita tahu sampai mana diri kita mampu . Orang lain kita tak boleh baca . Siapa kata bila berniaga ni tak penah tak rugi? Tipu lah . Tapi itu lah lumrah kehidupan & perniagaan. Ada hari ok , ada hari tak ok . Macam saya sendiri , pengalaman saya , saya memang zero bab bisnes sedangkan abang long saya ade kedai tayar DUNLOP sendiri di Pengkalan Chepa . Bila kenal dengan suami , dia selalu bawak saya pergi tempat dia meniaga , dari situ saya dapat tgk cara dia melayan karenah customer , macam – macam hal! Bila meniaga face to face ni lagi seronok sebenarnya , sebab kita boleh deal dengan customers depan-depan , boleh tawar menawar , haaa time ni lah kita boleh keluarkan skill – skill yang ada untuk pikat hati pelanggan kita . Pendek cerita nak meniaga tak perlu ikut kata orang , apa yang orang suruh kita buat , semua nya datang dari hati kita sendiri . Allah itu sentiasa ada, percaya pada rezeki sendiri . Jangan terlampau taksub sangat dengan kejayaan orang lain , tapi apa yang terbaik belajar untuk cari identiti diri sendiri untuk orang lain boleh mengenali siapa diri kita. |
husna_amal replied at 6-11-2020 02:36 PM
Kalau diperhatikan orang perempuan yang ramai berniaga. Yang lelaki(segelintir) banyak menumpang sen ...
ADVERTISEMENT