CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Awal Ashaari Berdepan Ganti Rugi Tinggi Lepas Fitnah Syarikat Perabot?

6-11-2020 08:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 46307| Komen: 203

Langkah pengacara terkenal Awal Ashaari meluahkan rasa tidak puas hati di media sosialnya terhadap sebuah syarikat hiasan dalaman dan perabot tempatan bakal berdepan tindakan perundangan.

Menurut pengasas Naz Carpentry iaitu Azrianna Alyssa, Awal didakwa membuat kenyataan berniat jahat untuk merosakkan imej, jenama dan reputasi syarikatnya.


Kredit foto: IG Awal

"Pihak Naz Carpentry tidak menjawab pertanyaan media tiga minggu lepas kerana kami tidak mempunyai persediaan secara profesional dan tidak mahu membuat kenyataan yang salah.

"Kami perlu mengatasi persepsi negatif ini dengan berkongsi kisah sebenar berdasarkan fakta kepada khalayak ramai dan golongan sasaran bagi membantu pemulihan ekonomi syarikat," katanya.

Azrianna berkata demikian menerusi kenyataan yang diedarkan firma Saiful Ridzuan Public Relations and Communications (Saiful Ridzuan) pada Khamis.


Selain itu Azrianna juga berkata publisiti negatif yang diterima beliau dan organisasinya adalah ancaman perniagaan yang serius kerana berpotensi merosakkan reputasi secara kekal dan, boleh mempengaruhi nilai perniagaan dan nilai pasaran syarikat.

Sebelum ini, Awal dilaporkan memuat naik beberapa posting di Instastory yang mendakwa pemilik dan syarikat hiasan dalaman tersebut tidak memberi kerjasama dengan baik.


Kredit foto: IG Awal

Pengacara itu juga meluahkan rasa tidak puas hati dan tertipu dengan syarikat hiasan dalaman itu.

Dalam pada itu menurut kenyataan itu lagi, Awal Ashaari berpotensi besar berhadapan ganti rugi yang tinggi sekiranya pihak mereka dapat membuktikan catatan dan posting pengacar tersebut berniat jahat untuk merosakkan imej, jenama dan reputasi Naz Carpentry.


Sumber: mStar

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote monsterwife 6-11-2020 08:36 AM
Saman je...biar padan muka
Kayakan
Quote damian_lee 6-11-2020 08:48 AM
apa muatan naik awal yang dipermasaalahkan tu
aku nak tau gak
Quote bondeh 6-11-2020 08:59 AM
Itulah bahana mulut ponen kaki sentap meroyan... rasain lho
Quote monsterwife 6-11-2020 09:01 AM
bondeh replied at 6-11-2020 08:59 AM
Itulah bahana mulut ponen kaki sentap meroyan... rasain lho

Bila jari dan mulut lebih pantas dari otak mcm tulah jadinya.Kata laki bini urban Dan professional, patutnya contact owner Tu bukan memburukkan company Tu
Quote Kurex 6-11-2020 09:05 AM
Padan muka awalina
Quote tomatome 6-11-2020 09:05 AM
Apa yang dia post x puas hati tu???

Ermm slalu depa sama org kan.. nengok kali ni mcm mana..
Quote Normabaru 6-11-2020 09:14 AM
Kalau dia customer.. Dia complaint ok ja.. Tp klu tetibe komplain xde bukti.. Memang meminta laaaa.. Lg2 klu disponsor free. Huhuu
Quote September14 6-11-2020 09:15 AM
Skg klu nak complain jgn sebut nama brand, company nanti kena saman...
Quote MissVixen 6-11-2020 09:26 AM
Agaknya dah bincang cara baik tak jalan, tu dia pakai media sosial. Bila dah kena kecam, mula lah pakai ayat melayu dengki melayu.
Quote jijilaaa 6-11-2020 09:27 AM
slalu retis bangga dok saman netizen, now retis kena saman balik....tazzabarnyaaa nak tgk
Quote senahsanasini 6-11-2020 09:30 AM
ape yang awalina cakap, nak tau jugak.....   
Quote Orix 6-11-2020 09:46 AM
Silap2 awal counter sue dia balik lol
Quote fuyupoktek 6-11-2020 09:47 AM
Bodola naz ni ko yg buat keja cam taik , awal dah call nk discuss tp diog xjwb. Elehhh pdhal dh ramai customer complaint psl naz ni pon
Quote AKAZ85 6-11-2020 10:06 AM
Saman jee.. Kata kaya.. Celah taik gigi je tuh... {:spec
Quote uori 6-11-2020 10:09 AM
September14 replied at 6-11-2020 09:15 AM
Skg klu nak complain jgn sebut nama brand, company nanti kena saman...


betul tu. kalau boleh, negara pun jangan guna malaysia, guna zimbabwe je
Quote newme11 6-11-2020 10:10 AM
MissVixen replied at 6-11-2020 09:26 AM
Agaknya dah bincang cara baik tak jalan, tu dia pakai media sosial. Bila dah kena kecam, mula lah pa ...

biasanya macam tu la..
tp pihak sana pun mmg ada menjawabkan
reason kenapa dia jawab lambat...
sbb dia profosional katanya
Quote k0iZ0rA18 6-11-2020 10:16 AM
Jangan sampai kau yg tercyduk balik dah la. Masing2 kata ada bukti so tengoklah bukti sapa paling power.
Quote azimodin 6-11-2020 10:37 AM
Untuk pencerahan. Awal is the customer, dia bayar untuk kerja2 tu ratus ribu & dia claim ada bukti untuk tunjukan yg carpentry tu buat x menepati standard dia. Sebelum ni xpernah nampak dia burukkan other brands/company kan.. Yg ada gaduh2 dengan netizen je.
Quote seri_mawr 6-11-2020 10:45 AM
klu awal customer.....dia complain...naz tu amik la iktibar....

kang silap gaya...sendiri saman sendiri kalah pulak...

bayr mahai kerja mcm pakai kaki....selayaknya klu awal nak complaint...

eh apa pun yg awal complen tu....? xde org nak SS ke..? huhuhuhu

Lihat semua komen(203)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.124710 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top