Seorang pengguna TikTok atas nama Steel Jobe merakamkan rakan serumahnya Kyle 'memotong' lobak merah menggunakan gigi untuk menghancurkannya di dalam mesin pengisar. Dalam rakaman tersebut, kedengaran seseorang menjerit kerana tidak percaya apabila melihat lelaki itu mengunyah lobak merah sebelum mengeluarkannya dari mulut ke dalam bekas pembuat 'smoothie'. Kapsyen disertakan dengan video yang telah ditonton lebih 5 juta kali itu menyatakan bahawa cara tersebut berkesan. Walaupun cara ditunjukkan lelaki itu sangat menjijikan bagi kebanyakan, ada juga yang setuju bahawa cara memotong lobak sebegitu adalah satu ‘hack’ berguna. Malah, ada juga mengaku menggunakan cara sama apabila membuat smoothie. Pengguna TikTok berkenaan turut menjelaskan bahawa pengisar mereka tidak memotong sayur dengan baik. Oleh kerana mereka tidak mampu membeli pengisar baru, mereka tidak akan memasukkan makanan yang belum dicincang dan kadang kala leceh untuk memotong semua makanan. Ia menjadi tabiat mereka untuk memotong apa yang boleh dengan gigi mereka sahaja. Walau bagaimanapun, pelajar berusia 19 tahun berkenaan mengakui hanya dia dan Kyle melakukan perkara itu sementara dua rakan rumah yang lain masih menggunakan cara ‘tradisional’ untuk memotong menggunakan pisau. Sumber: Himpunan Cerita Lawak
|
RatuDunia94 replied at 6-11-2020 10:38 AM
Yg penting heols helok... why not
ADVERTISEMENT