Bogor: Nyawa seorang guru mengaji di Kampung Lingkungan Dua Citatah Dalam di sini, melayang hanya kerana menuntut jiran membayar kembali hutangnya, semalam.
Mangsa berusia 28 tahun ditemui mati di dalam perigi yang ditutup dengan konkrit di belakang rumahnya. Polis Bogor memaklumkan, suspek berusia 40 tahun berhutang dengan mangsa berjumlah satu juta rupiah (RM286) namun enggan membayar wang itu. Kompas.com melaporkan mangsa kemudiannya pergi ke rumah suspek yang terletak tidak jauh dari rumahnya untuk menuntut hutang. "Suspek tinggal hanya 100 meter dari rumah mangsa bagaimanapun enggan melayan tuntutan mangsa sebaliknya menjadi berang.
"Akibat hilang pertimbangan, suspek kemudian memukul dan memijak mangsa sehingga patah leher," katanya. Disebabkan tidak mahu perbuatannya diketahui jiran sekampung menyebabkan suspek membawa mayat mangsa sebelum membuangnya di dalam perigi. Bukan itu saja, suspek menyimen perigi itu bagi memastikan perbuatannya tidak diketahui sesiapa. Namun kehilangan mangsa dilaporkan keluarganya kepada polis sebelum siasatan dijalankan. Hasil risikan, polis berjaya menahan suspek di rumahnya dan dia mengakui terbabit dalam kejadian itu. Sementara itu, Ketua Polis Cibinong AKP I Kadek Vemil mengesahkan kejadian dan berkata suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Imkhai replied at 6-11-2020 07:53 AM
aku ada je org brhutang mintk mcm2 alasan bab_ ni bg last2 malas aku nk mintk last msj aku bg aku ba ...
TabletSusu replied at 15-11-2020 08:36 PM
aku ada sorg berhutang dgn aku 5 angka
bertahun dah lah
tiap tahun aku wasap dia igtkan psl huta ...
ADVERTISEMENT