CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sembang Di Telefon Kuat Sangat, Punca Bergaduh Sampai Mati

6-11-2020 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3482| Komen: 12

Segamat: Polis menahan lapan warga asing yang bekerja di tapak pembinaan di Taman Kenari, Bukit Siput, di sini,. bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki Bangladesh dalam pergaduhan, Selasa lalu.


Mangsa berusia 44 tahun mati digilis tiga kali dengan kereta Proton Gen2 dipandu suspek warga Indonesia dikenali 'Amir', 25, yang kini menjadi buruan polis selepas kejadian pada 10.55 malam itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka ditahan terdiri daripada tujuh lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki Myanmar berusia di antara 29 hingga 53 tahun.

"Mangsa maut di lokasi kejadian akibat digilis tiga kali ketika menghalang kereta Proton Gen2 dipandu suspek dalam usahanya melarikan diri.

"Sebelum melarikan diri suspek turut menikam seorang lagi lelaki warga Bangladesh berusia 30 tahun menggunakan pisau pemotong sayur mengakibatkan kecederaan di bahagian badannya.

"Susulan kejadian itu, suspek melarikan diri dengan memandu Proton Gen2 dan kereta itu kemudiannya ditemui ditinggalkan suspek empat kilometer dari lokasi kejadian," katanya pada sidang media di Unit K9 di Bukit Siput, di sini, hari ini.



Amir (gambar kecil) dicari, Foto: Harian Metro

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin dan Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat.

Beliau berkata, susulan itu, sepasukan polis ke lokasi kejadian sebelum menemui mangsa dalam keadaan parah dan kemudian disahkan meninggal dunia.

Menurutnya, siasatan awal mendapati punca pergaduhan disebabkan mangsa tidak berpuas hati apabila suspek bercakap dengan kuat menggunakan telefon bimbit sehingga mengganggu dia dan rakannya yang sedang tidur di rumah kongsi mereka.

"Berang akibat ditegur, suspek memanggil beberapa rakannya warga Indonesia untuk menyerang kumpulan warga Bangladesh itu sehingga tercetus pergaduhan.

"Sehubungan itu, orang ramai yang memiliki maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan (SIO) Asisten Superintendan Norisyah Abdul Rahim di talian 07-9312222 atau 019-6507299.

"Semua suspek kini direman lima hari sehingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote suzycutegal 6-11-2020 11:17 AM
Aduhai ruginya kalau ikut amarah
Quote 234126 6-11-2020 11:58 AM
Mcm jiran atas rumah iol. Kalau bersembang telefon tak reti nak cari port dalam rumah? Ni sampai ke jalan besar depan tu agaknya dengar details conversation dia. Projek juta2 puih. Gelak mcm langsuir.  Anak2 mcm monyet terjerit sana sini melompat terkinja mcm nak runtuh siling. Emosi betul iol yihhhh
Quote mdhelmi 6-11-2020 12:50 PM
org yg cakap kuat ni samada terbiasa atau dia mmg kurang pendengaran
terbiasa kalo mmg kerja kat kawasan yg bising
Quote Skuau 6-11-2020 12:53 PM
tak simpati ngn bangla..meme cam ni la drng ckp kt tepon tak kira kat mana....syukur ko bangla 'warga Msia' ckp jer...sekali  indon mai..dia tak ckp..dia terus 'buat'.Amik ko...bangla.
Quote LadyCarefree 6-11-2020 01:32 PM
234126: Mcm jiran atas rumah iol. Kalau bersembang telefon tak reti nak cari port dalam rumah? Ni sampai ke jalan besar depan tu agaknya dengar details conver ...



Ambil video. Bila dah tiap hari macam tu, buat repot polis mengganggu ketenteraman.
Quote AKAZ85 6-11-2020 01:39 PM
Yelah.. Bangla ni kadang2 cakap macam orang pekak.. Terjerit2 kat phone.. Kalau kat site dah lama kakyung makikan je.. Bergema2.. Kalau sorang dah sakit hati.. Ni kan pulak sampai 2 3 orang bercakap time rehat tu
Quote merrissa 6-11-2020 02:17 PM
234126 replied at 6-11-2020 11:58 AM
Mcm jiran atas rumah iol. Kalau bersembang telefon tak reti nak cari port dalam rumah? Ni sampai ke  ...

ahahhaa zaman uni dulu...sebilik dgn kawan yg asikkkk bergayutttt je....bergayut slow volume tkpe gak....ni adoiyai
lps tu aku jenguk bilik kekwn lain...deme pon gayut gak...tp volume takde pon....

alahai nasib aku dpt roomate cmgitu...

Quote husna_amal 6-11-2020 03:47 PM
Pekerja asing perangai macam ni menyusahkan je. Masing2 jaga lah tatatertib diri tu.
Quote 234126 6-11-2020 07:32 PM
merrissa replied at 6-11-2020 02:17 PM
ahahhaa zaman uni dulu...sebilik dgn kawan yg asikkkk bergayutttt je....bergayut slow volume tkpe  ...

sakit jiwa kan hahaha tak paham sejenis cakap kuat kat phone ni
Quote Cassieopeia 6-11-2020 11:23 PM
dtg keje jauh2 last2 jd penjenayah..
Quote Carcosa 7-11-2020 01:41 AM
Meols sorang je ke yg baca, Yindon tu yg ckp kuat kat phone, then AbangLa sound?
Ke aku pun dah pening?  {:yameteh
Quote ultra78 7-11-2020 07:25 AM
Bayangkan ada 25,000 lagi warga bangladesh yg tak sabar-sabar nak masuk Malaysia. Bayangkan mereka ni di satu tempat dan bercakap di telefon

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.099282 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top