Wanita maut kepalanya dihentak suami dengan lesung batu ketika tidur selepas lelaki itu 'mendengar bisikan ghaib'.
Liputan6 melaporkan, berikutan kejadian, polis menahan suspek berusia 42 tahun di rumahnya di Dusun Manrimisi Lompo, Sulawesi Selatan pada Isnin lalu. Menurut polis, kejadian disedari ibu mangsa yang mengunjungi rumah mereka keesokannya dan mendapati menantunya hanya terpaku di samping mayat isterinya yang berlumuran darah. Ibu mangsa terus mengadu mengenai kejadian kepada imam dan ketua kampung sebelum polis tiba ke lokasi, lalu menahan suspek.
Difahamkan, suspek memukul isterinya dengan lesung batu dan sebatang kayu sekitar 1.30 pagi ketika isterinya tidur. Ketika disoal siasat, suspek mendakwa terdengar bisikan ghaib meminta dia membunuh isterinya. Malah, dia mendakwa 'suara' itu berkata, isterinya curang dan akan berkahwin dengan lelaki lain. Menurut penduduk setempat, suspek mengalami masalah kesihatan mental. "Suspek pernah dijangkiti malaria ketika ke Papua, dan sikapnya berubah sebaik pulang dari sana," kata jurucakap polis. Tambahnya, pihaknya kini menunggu hasil pemeriksaan kesihatan mental suspek di Hospital Bhayangkara Makassar. - CARI
|
Burong_Hantuk replied at 6-11-2020 11:27 AM
Besor mana lesung Tu?Takziah
dudaberhias replied at 6-11-2020 07:49 PM
siapa2 pernah kena bisikan2 ghaib ni?
kalau ada boleh share experience, sebab iols tak pernah kena ...
ADVERTISEMENT