CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

"Sekarang Era TV HD, Jadi Solekan Kena Betul," -Fadzil Teh Tegur Jurusolek

6-11-2020 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12746| Komen: 68

Kuala Lumpur: Penerbit drama, Fadzil Teh menegur hasil solekan pelakon drama yang dianggap tidak sesuai dengan kualiti kaca televisyen dalam format definisi tinggi (HD).

Fadzil berkata, disebabkan 'kesilapan' itu wajah pelakon menjadi pucat dan tidak menarik ditonton.

"Solekan drama TV tak sama dengan solekan untuk majalah ya. Sekarang TV sudah HD, jadi kelihatan muka menjadi pucat, mulut merekah disebabkan solekan tak betul. Teguran ini bukan saja untuk semua jurusolek syarikat produksi, tapi pasukan saya juga. Diakui perkara sebegini sering terlepas pandang, tapi kesannya sangat besar apabila ditayangkan.

"Penampilan pelakon yang sepatutnya dilihat cantik bertukar sebaliknya. Serba tak kena apabila wajah kelihatan pucat. Memang betul solekan itu perlu disesuaikan dengan babak, tapi takkan semua nak kena nampak pucat?" katanya.

Fadzil Teh


Dalam masa sama, Fadzil mengakui terdapat segelintir pelakon baik wanita atau lelaki yang kurang gemar mengenakan solekan semata-mata untuk kelihatan semula jadi di kaca TV.

"Macam dikatakan tadi, TV hari ini HD. Kalau disolek pun boleh nampak kekurangan, apatah lagi yang tanpa secalit solekan. Nampak semua kesan yang ada pada muka.

"Tidak dinafikan sekarang ini ramai pelakon wanita yang degil. Mereka nak ikut citarasa sendiri sedangkan jurusolek tahu kerja mereka. Konon nak ikut 'trend' menggunakan 'nude colour', tapi hasilnya di kaca TV pucat. Itu belum lagi pelakon yang tidak mahu wajah mereka disentuh jurusolek produksi.

"Pelakon lelaki pun kena solek. Bukan nak nampakkan mereka seperti perempuan, tapi untuk hasil di kaca TV. Kalau muka mulus, licin dan bersih macam pelakon Korea Selatan, tak nak pakai pun tak apa lah. Tapi, mereka di sana pun pakai. Jadi, apa masalah pelakon kita? Bagi saya, watak apa sekali pun tidak salah kalau nak kenakan solekan tebal atau nipis. Watak mayat pun kita solek, tapi perlu bersesuaian," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 6-11-2020 11:36 AM
Cter vampire kut tu yg smua pucat
Quote RatuDunia94 6-11-2020 11:37 AM
Tapi agak2 lah. Watak Mak2 duduk rumah tengah2 malam pun nk bermekap.. apo?? Che Ta n Mas Anizan duduk rumah pun mcm nk g shopping mall..
Quote per706 6-11-2020 12:13 PM
Haaa betul sgt tu..kdg x fokus kt dialog.fokus kat make up..asal truk sgt..hahahahaha..certain ok..but most of the time mcammm amek amatur ke deqq
Quote AKAZ85 6-11-2020 12:28 PM
Mekap lawa pon lakonan kayu xguna gak...

Teringat drama lakonan eja dulu2 scene masa eja nak mati tu.. Kemain lentik betul bulu mata
Quote bakingsoda 6-11-2020 12:31 PM
sape pelakon yg tak suka mekap langsung tu? selalu tgk kat tv tgh tido pon sekati mekap kat muka
Quote damian_lee 6-11-2020 12:31 PM
Mekap lawa tapi pakai bulu mata pelesu berkati2
Dengan shading mcm baru kena langgar lori

Tapi watak acik2 sakit cancer yang dah sakaratulmaut

Mekap kena lawa dan sesuai dengan keadaan

Gituuu
Quote whadda 6-11-2020 01:18 PM
kalau tengok nad zainal dengan mimi lana dalam hati yang tersakiti pon nampak pucat makeupnye.. tapi tak jadi masalah pon.. asal tak kayu
Quote lavendernovella 6-11-2020 01:20 PM
Tingat tgk Eric Northman , masa tv hd baru2 kuar dulu. Pecah gelak tgk vampire dgn blusher, lip gloss bagai hahahah.
Quote kuzaime 6-11-2020 01:25 PM
Betul lah tu kdg tgk dlm ig bukan main flawless aje muka, bila tgk pulak dlm tv dgn bekas parut2 jerawat pun clear nampak, x masuk lagi foundation bercapuk / merekah
Quote Tunan 6-11-2020 01:31 PM
Tgk muka si Syazwan zulkifli berlengas sgt kat Astro.. carikla foundation yg oil control.. rambut tu kemas kan la sikit..
Quote Tunan 6-11-2020 01:33 PM
bakingsoda replied at 6-11-2020 12:31 PM
sape pelakon yg tak suka mekap langsung tu? selalu tgk kat tv tgh tido pon sekati mekap kat muka

Mira filzah
Hahha muka dia.pucat kat tv
Quote Belibis 6-11-2020 01:36 PM
Susahnya pelakon zaman HD berbanding zaman hitam putih.darah pun itam jekkk.. senang kerja jurusolek.
Quote Wimoon 6-11-2020 01:45 PM
Tak ingat chanel mn iolls tgok pelakonnya putih sampai flat muka. Dahi hidung pipi semua nampak sekata putih je
Quote niena90 6-11-2020 01:46 PM
Tgk Che Ta dlm drama lelaki lingkungan cinta, punyalah gelap shading parang kat pipi tu. Igtkan comot sbb la kan haha
Quote supermum 6-11-2020 01:54 PM
Nabila huda mcm tak mekap langsung kalau bawa watak yang tak perlu mekap. Aku suka tengok mcm realistik.
Quote cicicumel 6-11-2020 01:55 PM
Mekap nelydia senrose dlm drama baru tv3 tu elok.. X nmpak sgt parut muka dia yg lobang2 tu...
Quote nadie90 6-11-2020 02:13 PM
Kdg tu sstgh babak dlm drama make up tebal xkna tmpt...Kdg sstgh pelakon dlm IG muka flawless tp kluar TV sgtlah berbza dr dlm IG....dan siaran TV yg ad HD pun klu ssiapa yg melanggan ASTRO sja....siaran RTM, TV3, NTV7 dll xdak HD lg...bkn kata nk upgrade ke HD ka?....

Klu dok complaint mcm ni jurusolek bleh trima ka....payment depa sbgai jurusolek pun cukup2 mkn ja...nt jd lg pnjg cerita
Quote URUHA 6-11-2020 02:19 PM
Meols paling x leh brain bila tgh solat, nak tido & tgh nazak pun gigih bermakeup. MUAs utk production ni x pernah dengar “no makeup” makeup ke? Takat duk rumah tu makeup natural dah la. Ni gigih tepek eyeshadow kaler terang + bulu mata pelesu X realistic langsung
Quote mieymiey 6-11-2020 02:28 PM
Memang la kena mekap untuk tak nampak pucat tapi realistik la sikit. Ni scene baru bangun tidu pun dengan rambut kepok, lipstick, blusher siap. Apooooo?

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.180252 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top