CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sakit Mata Kronik Suhaimi Saad Mungkin Sebab Ilmu Hitam, Buatan Orang

6-11-2020 12:24 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 68870| Komen: 567|Original author: Oleh: Saiful

Suhaimi Saad kata penyakit mata kronik yang dialaminya itu mungkin disebabkan ilmu hitam.

Penyanyi nasyid ini mengakui ada perawat dan golongan ustaz yang khuatir sakitnya ada kaitan dengan buatan orang.


"Kalau berjumpa doktor, mereka akan membuat imbasan berdasarkan fakta saintifik. Apabila saya merujuk ustaz dan perawat, memang ada kemungkinan berkaitan dengan unsur-unsur itu. Allahualam.

"Saya percaya dengan ilmu sihir dan santau tapi saya juga berikhtiar secara rawatan fizikal dan rohani. Saya juga percaya pada ubat-ubatan," katanya dalam satu sesi Live Instagram.



Bagaimanpun Suhaimi enaggan mengulas lanjut tentang kaedah rawatan tradisional yang dilakukan terhadap matanya.

"Cara tradisional itu biarlah rahsia. Saya tiada komen sebab  tahu ramai haters yang akan mengecam kalau salah jawab," tambahnya.

Difahamkan sakit mata yang dialami menyebabkan penglihatannya menjadi kabur, kelabu dan silau.

Sekarang dia memerlukan bantuan isterinya, Ina Naim untuk melakukan tugas harian.

Foto: IG

"Ada kata saya nak tagih simpati, tidak, itu semua bohong. Ya, memang betul mata saya masih nampak, saya masih boleh membaca cuma ia terhad. 

"Mata saya tiada katarak dan tiada selaput. Mungkin masalah dalaman. Allah nak bataskan penglihatan  supaya saya tidak berbuat dosa mata dan tengok benda-benda tak elok.



"Saya reda kalau disembuhkan atau tidak sebab saya sudah terbiasa dengan keadaan ini. Banyak hikmahnya apabila mata saya tak nampak. Saya tak mengata orang dan tak berfikiran negatif.

"Tapi saya nak berubat sebab saya fikirkan tanggungjawab. Apabila mata kabur, saya susahkan Ina untuk memandu ke sana ke sini buat kerja. Saya nak membaca sekarang pun terpaksa minta tolong anak-anak."



Sebelum ini dia pernah mendapatkan konsultasi untuk rawatan lasik tapi terpaksa menanggugkannya kerana kosnya mencecah RM8000 hingga RM12000.

"Oleh itu, saya ikhtiarkan cara yang mudah dan murah yang lain seperti urutan mata, makanan tambahan dan kaedah rawatan tradisional. Yang penting cara itu halal dan saya sentiasa yakin yang menyembuhkan itu Allah." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissVixen 6-11-2020 12:37 PM
Wartawan epul ni memang interview mimi ni ke?
Quote bakingsoda 6-11-2020 12:47 PM
buatan porumer ke
Quote eyansss 6-11-2020 12:53 PM
"Tapi saya nak berubat sebab saya fikirkan tanggungjawab. Apabila mata kabur, saya susahkan Ina untuk memandu ke sana ke sini buat kerja. Saya nak membaca sekarang pun terpaksa minta tolong anak-anak."
penipu!!!  selama ni bini ko yang buat semuanya ok!!!  jangan nak menipu la...

pastu tak habis2 sihir...  sape yang nak sihirkan ko?  haish...
Quote kiah_mai_pulak 6-11-2020 12:55 PM
patutlahhh nampk bumi ni rata.. k fineeeee
Quote sarah82 6-11-2020 12:59 PM
Haktuihhhhhh... Muntah aku dengar alasan bodoh ni.
Quote LadyCarefree 6-11-2020 01:00 PM
Mohon jangan pi klinik atau hospital kerajaan. Koserrrr guna duit tax iols untuk dia ni.
Quote Nenasketum 6-11-2020 01:03 PM
Macam2 cara scamming sekarang nih, mintak derma salah satunya.
Quote missyL 6-11-2020 01:08 PM
Kencing manis dah cek ke...

Sape la yg membazir sgt tu sihir die.. Huuu
Quote kuzaime 6-11-2020 01:10 PM
Sapa aje nak sihirkan sohai ni??
Quote whadda 6-11-2020 01:10 PM
sedap suara anak2 dia.. harap tak ikut jejak pak hang tak percayakan vaksin dan ubat ye besar nanti
Quote tipah89 6-11-2020 01:13 PM
baru skang ni nak percaya ubat? ha tulah dulu bongkak sangat kan buang ubat sepital bagi mcm hape je, cash je dapat.. aku pelik la org pemes kaya2 jutawan ni xde pun orang nak sihir santau segala buat apasal yg marhaen2 ni sikit2 santau/sihir?
Quote misz_sanggul 6-11-2020 01:18 PM
whadda replied at 6-11-2020 01:10 PM
sedap suara anak2 dia.. harap tak ikut jejak pak hang tak percayakan vaksin dan ubat ye besar nanti

ye btul sdp harmoni die..
kalau pkai bj kemas comel jgk..aku geram knp bpk die cam ni..
dl elok2 jd cikgu sekola wife die pun ok je dl kje jgk..
pe yg ko dpt asik nk merintih bantuan,pleasela ko buat ig or fb review pun bole dpt duit n jual la pape mknan



Quote Belibis 6-11-2020 01:19 PM
Gaya rambut teringat jus mate 5,Dr rozmey.
Quote AKAZ85 6-11-2020 01:30 PM
Dah ilmu hitam pulakkkkk.. Xde sape nak sihirkan ko laaa sohai oii.. Dah hari2 keje ko mengadap hp je mana mata ko tak hampir nak buta dah.. Ina lembam ko suruh membanting tenaga cari rezeki.. Ko lak tolong bagi benih je kat dia.. Puiii
Quote bulanbulat 6-11-2020 01:33 PM
Kata bukan rabun, lepas tu nak buat lasik pasaipa.

Taksah menipu la ss.

Bagi medical report/bukti hang pi hospital tengok.

Kalau dak nak tuduh hang saja nak duit bantuan
Quote ifanonline 6-11-2020 01:35 PM
kadang2 mata rosak ni sebab banyak sangat tengok blue
Quote Jennyrol 6-11-2020 01:41 PM
Die nk duit la tu nk buat lasik.. Sape ntah nak bomohkan die ni.. Xkesiorrr temannn
Quote zaraaqilah 6-11-2020 01:42 PM
kah kah kahhhhh...aduhaiii..baru baca komen2 chuolls pon dah lawakkk. Lantak kaulah sohaii
org giler mana ler yg sanggup sihirkan kau....
Quote msel 6-11-2020 01:45 PM
Kesian plak tengok anak-anaknya. Hak anak diabaikan. Masa kecik ni tak paham apa2 lagi.

Lihat semua komen(567)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.104688 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top