CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Misteri Telaga Tujuh Milik Hantu Pari

8-11-2020 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4178| Komen: 6

Negeri Kedah sememangnya mempunyai banyak tempat atau lokasi yang didakwa mempunyai cerita-cerita mistik yang boleh mengundang bulu roma meremang apabila mendengar cerita sedemikian.


Salah satu cerita yang sering bermain di bibir penduduk di salah satu kampung iaitu Kampung Bukit Teriak, Pokok Sena adalah misteri sebuah telaga yang dikatakan tidak pernah kering walaupun musim kemarau.

Menurut seorang penduduk, Mon Shamsu, 76, penduduk tidak berani mengambil air di telaga itu kerana bimbang sesuatu buruk akan berlaku kerana ia dikatakan milik hantu pari yang turun dari bukit.

Kredit foto: Kosmo

“Telaga ini sedalam tiga meter dan terdapat batu hampar di bawahnya, selain ada satu keunikan kerana ia mempunyai tujuh telaga kecil dengan setiap daripadanya dikatakan berlainan warna airnya,” katanya.


Menurutnya, kesahihan cerita mengenai hantu pari itu masih belum terungkai hingga kini dan ia hanya jadi bualan orang-orang tua sejak puluhan tahun lampau.

Bagaimanapun, hingga kini masih ada penduduk yang tidak berani untuk ke kawasan berkenaan.

Kini, di kawasan kaki Bukit Teriak dijadikan ladang getah yang menjadi tempat penduduk kampung mengerah kudrat untuk mencari sumber pendapatan.

Ada juga yang pernah menyatakan pemandangan dari atas bukit itu sangat cantik dengan suasana nyaman.

Dalam pada itu, Mon turut memberitahu, dia pernah mendengar kisah kewujudan alam bunian daripada rakan-rakannya di kawasan bukit itu.

Jelasnya, suatu ketika dahulu, ada penduduk kampung pernah mendengar bunyi seolah-olah orang menjerit dari atas bukit sehingga mereka tidak berani untuk ke kawasan bukit tersebut.

Bagaimanapun, katanya, seorang penduduk kampung bercakap besar dengan menyatakan tiada apa yang perlu ditakuti di atas bukit berkenaan.

“Jadi satu hari, dia naik ke atas bukit tetapi malangnya tidak turun. Ada yang mengatakan dia dimakan harimau atau disorok bunian,” ceritanya.

Katanya, sejak kejadian itu, penduduk kampung dikatakan mula takut dan risau untuk naik ke atas bukit tersebut.

“Ada juga cerita terdapat ular besar di puncak bukit,” tambahnya.

Bagaimanapun, seorang lagi penduduk, Hamid Ismail, 78, berkata, nama Kampung Bukit Teriak diambil sempena satu kisah yang berlaku di situ puluhan tahun lampau.


Kredit foto: Kosmo

Untuk pengetahuan umum, perkataan teriak pada nama kampung tersebut bermaksud seruan dengan suara yang keras dan nyaring kerana meminta tolong, menjerit, melaung atau memekik.

Difahamkan, nama kampung tersebut diberikan setelah berlaku kisah misteri berlaku di situ.

Menurut Hamid, cerita yang paling sinonim dengan kampung tersebut adalah kisah seorang wanita mengandung yang mengidam untuk memakan buah berangan.

Katanya, wanita yang sarat mengandung itu kemudian bersama dua rakannya pergi ke kawasan hutan berbukit di kampung itu memandangkann di situ ada banyak pokok berangan.

“Mereka meredah hutan dan berjaya menemui pokok berangan dan terus mengumpulkan semua buah yang ditemui,” katanya ketika ditemui di kampung tersebut baru-baru ini.

Ujarnya, wanita itu terus leka mengumpulkan buah berangan, sementara dua lagi rakannya dikatakan telah pulang tanpa pengetahuannya.

“Ketika sedang leka mengumpulkan buah berangan, tiba-tiba muncul seekor harimau dan terus menyerangnya.

“Pada masa itu juga, dikatakan dia melahirkan anak sebelum meninggal dunia,” ujarnya.

Cerita Hamid lagi, penduduk kampung yang mendengar bunyi tangisan bayi kemudian pergi ke kawasan hutan tersebut dan berjaya menyelamatkan bayi tersebut.

“Teriak dalam loghat utara membawa maksud menangis dan nama kampung ini iaitu Kampung Bukit Teriak ini dikatakan bersempena tangisan bayi di dalam hutan itu,” ceritanya.

Artikel ini diambil daripada kepercayaan masyarakat di sesuatu tempat sejak zaman-berzaman bertujuan untuk pendidikan dan bukan menggalakkan kepercayaan karut atau tahyul. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikdoktepije 8-11-2020 12:52 PM
Menarik! terima kasih atas perkongsian.
Quote supernaturalee 8-11-2020 01:28 PM
"mempunyai tujuh telaga kecil dengan setiap daripadanya dikatakan berlainan warna airnya"

Picca pls
Quote LadyCarefree 8-11-2020 09:47 PM
supernaturalee: "mempunyai tujuh telaga kecil dengan setiap daripadanya dikatakan berlainan warna airnya&quoticca pls


Patut mana2 uni boleh buat kajian dah ni
Quote lavendernovella 8-11-2020 10:39 PM
Boleh jer kot amik air tu , yg penting baca bismillah , amik air pun guna utk buat benda baik. Tapi apa2pun kena rujuk orang pandai2 , antaranya mesti ada sebb kenapa orang dulu2 pun tak nak guna air telaga tu, mana tau ada toksik ker apa ker...
Quote saviour_09 9-11-2020 08:09 AM
ni semua syikin

syikin!
Quote gideoncross 9-11-2020 11:17 AM
Crita psl 7 puteri ni famous tol dlm kalangan ASEAN countries, kat Brunei cni pun ada telaga utk 7 puteri.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.056312 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top