Ardell Aryana dikhabarkan terbang ke Sabah untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan. Menerusi Instagram, suaminya, Nadzmi Adhwa, memohon doa orang ramai untuk mengiringi pemergian isterinya ke sana.
Video yang dimuat naik menyaksikan Ardell mengucapkan selamat tinggal kepada suami dan anak kecilnya. Menangis-nangis, alahai sedih sungguh nak berpisah. Ardell dilihat sebak sementara Nadzmi kata dia terpaksa menahan air mata di hadapan isterinya yang tercinta. Di ruangan komen, ramai yang mendoakan agar segala urusan Ardell di sana dipermudahkan dan sentiasa berada dalam keadaan selamat sepanjang menjalankan misi di Sabah. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|