CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Manfaat Baking Soda Dalam Kehidupan Harian, Buat Deodoran Pun Boleh!

25-11-2020 12:15 PM| Diterbitkan: Pinokiok| Dilihat: 3032| Komen: 13|Original author: Oleh: Pinokiok

Cleaning experts tout the many uses for baking soda. 


Banyak bahan memasak yang biasa digunakan di luar dapur. Contoh yang sangat baik adalah natrium bikarbonat ataupun lebih dikenali dengan baking soda.

Berikut antara senarai kegunaan menakjubkan untuk sebatian kimia ini.


  • Membersihkan Muka dan Merawat Jerawat

      
Baking Soda Face Mask for DARK SPOTS! Apple Cider Vinegar and Baking Soda  Mask DIY! Skincare Hacks - YouTube
Kredit foto: Google


Banyak peminat kecantikan telah bereksperimen dengan baking soda sebagai pembersih wajah bahkan membuat topeng muka dengannya.

Dengan menggunakan tidak lebih dari dua sudu besar baking soda, campurkan dengan air suam untuk membentuk pes kemudian sapukan pada muka. Urut ke kulit dan biarkan tidak lebih dari 15 minit sebelum dicuci dengan air suam.

Anda boleh mencampurkan dua sudu besar baking soda dengan pelembap, jus lemon, madu, minyak kelapa, cuka sari apel, minyak zaitun, ubat gigi, oatmeal atau susu dan boleh digunakan sebagai `scrub` muka.

 

Baking soda juga sangat bagus apabila mandi dengan garam Epsom untuk menghilangkan rasa sakit atau ketegangan. Anda juga boleh menggunakan campuran ini sebagai rendaman kaki atau sebagai agen pengelupasan pada kulit anda.

Adalah lebih baik anda menguji ekperimen ini pada permukaan kulit yang kecil dahulu kerana tidak semua orang mempunyai hasil yang baik. Terlalu banyak baking soda juga boleh membuat kulit anda menjadi kering, oleh sebab itu anda harus tahu kuantiti yang sesuai untuk kulit anda.


  • Untuk Mengurangkan Rasa Pedih Ulu Hati


 
Kredit foto: Google

Baking soda adalah antasid semula jadi. Sekiranya anda melarutkan satu sudu teh baking soda ke dalam lapan auns air dan meminumnya, ia dapat meneutralkan asid perut dan mengurangkan pedih ulu hati.



  • Merawat Sengatan

Buat pes campuran baking soda dan air. Tampalkan ke kawasan sengatan dan biarkan kering. Ia juga dapat membantu mengurangkan kemerahan, bengkak atau gatal dikulit.


Baking soda boleh juga digunakan untuk melegakan `sunburn` untuk mereka yang selalu terdedah kepada sinaran matahari. Ramai yang mengatakan ianya dapat mengurangkan rasa ketidakselesaan pada kulit.


  • Membuat Deodoran Buatan Sendiri

Anda boleh menggunakan berus solek, letakkan baking soda dan sapu ke permukaan kulit untuk digunakan sebagai deodoran bagi menyerap bau yang kurang menyenangkan.


  • Membersihkan Barangan Perhiasan

Crafted Love: Spring Cleaning | Cleaning Tarnished Jewelry | Cleaning  silver jewelry, How to clean silver, Tarnished jewelry

Kredit foto: Google


Sekiranya anda mempunyai perhiasan perak, anda boleh merendamnya dalam campuran baking soda dan air panas ke dalam mangkuk aluminium. Melalui proses pertukaran ion, kotoran akan berpindah dari perak ke air. Setelah itu bersihkan kotoran berlebihan dengan kain lembut.

Untuk batu dan logam keras seperti berlian dan platinum, anda boleh menggunakan campuran baking soda, air, garam dan sabun basuh pinggan.


  • Melembapkan Rambut

How to remove dandruff with baking soda [ARTICLE] - Pulse Ghana

Kredit foto: Google


Ramai suka menaburkan sedikit baking soda untuk menyerap lebihan minyak di rambut mereka atau mencampurkannya dengan bahan lain seperti tepung jagung, oatmeal, kayu manis dan / atau minyak pati untuk kesan yang serupa. Ia juga bagus untuk menghilangkan kelemumur.

Ada yang meletakkannya di rambut mereka sebagai syampu kering. Namun, cara ini tidak berkesan untuk semua orang. Ada juga yang melaporkan kerosakan rambut dari masa ke masa.


  • Merawat Kuku

Toenail Fungus | How to Treat Toenail Fungus Fast at Home With Baking Soda  - YouTube
Kredit foto: Google

Campurkan tiga bahagian baking soda dan satu bahagian air untuk membuat campuran yang boleh digunakan untuk menggosok kuku dan melicinkan permukaannya. Campuran ini juga boleh digunakan untuk mengelupas kutikula (kulit kuku)


  • Menghilangkan Bau Busuk pada Pakaian & Kasut

Anda boleh menaburkan baking soda terus ke kasut dan biarkan selama sehari atau membuat uncang baking soda dan ikat menggunakan tali. Letakkan uncang tersebut ke dalam kasut apabila anda tidak memakainya. Begitu juga dengan selipar, anda boleh masukkannya ke dalam beg yang diisi dengan baking soda.

Anda juga boleh menggunakan teknik yang sama untuk pakaian. Masukkan uncang baking soda bersama pakaian tersebut ke dalam beg untuk menyerap bau busuk.


  • Menghilangkan Kotoran pada Permaidani

How to clean carpet with baking soda? - Cleaning Sure
Kredit foto: Google

Sekiranya mempunyai kotoran di permaidani anda boleh menaburkan sedikit cuka dan baking soda di atasnya. Kedua-duanya akan bertindak balas, dan biarkan seketika sehingga kering. Kemudian anda  boleh vakum sehingga kotoran tersebut hilang.


  • Membersihkan Sinki


Kredit foto: Google

Baking soda berfungsi dengan baik sebagai agen pembersih sinki yang berguna. Anda boleh taburkan baking soda ke seluruh sinki anda dan kemudian gosokkannya dengan span.

Anda juga boleh  mencampurkan baking soda dengan 20-30 titis minyak pati untuk aroma dan menambahkan sabun basuh pinggan sebelum menggosok permukaan sinki. Ia menyegarkan dan memberi rasa aromaterapi semasa melakukan sesuatu yang tidak begitu menyeronokkan.

Selain itu, anda boleh mencampurkannya dengan jus lemon untuk membentuk pes atau menggosok baking soda dengan lemon potong. Setelah membersihkan sinki dengan baking soda, anda boleh membasuh sinki dengan cuka dan air suam. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LostStar 25-11-2020 12:29 PM
kalau skin sensitive jangan guna baking soda ea.. untuk muka ka waima untuk ketiak..  
Quote sarah82 25-11-2020 12:45 PM
Letak dalam peti sejuk hilangkan bau.
Quote Artemesiaa 25-11-2020 01:16 PM
Untuk kegunaan rumah mungkin ok untuk tepak kat muka macam risiko je nak2 kalau kulit senang kena alahan.
Quote husna_amal 25-11-2020 04:08 PM
Macam2 fungsi baking soda ni ya.
Quote imransulaiman 25-11-2020 05:25 PM
Lembutkan daging pun boleh kan?
Quote Pinokiok 25-11-2020 06:55 PM
imransulaiman replied at 25-11-2020 05:25 PM
Lembutkan daging pun boleh kan?

Aah boleh juga sbb baking soda ada bahan aktif iaitu ion bikarbonat yg boleh lembutkan daging.. baking powder pun bleh jugak tp bahan aktif yg ada sikit compare to baking soda
Quote imransulaiman 25-11-2020 08:28 PM
Pinokiok replied at 25-11-2020 06:55 PM
Aah boleh juga sbb baking soda ada bahan aktif iaitu ion bikarbonat yg boleh lembutkan daging.. ba ...

Selalu keliru baking soda dengan baking powder.. Ingatkan sama.. Hihi
Quote Boomibulat 26-11-2020 09:05 AM
Nak clearkan sinki tersumbat pun boleh..tp sumbat yg light2 je la..
Quote kroit92 29-11-2020 12:53 AM
rambut tu acanooorr
menarik info ni
Quote CikB 29-11-2020 09:18 AM
utk legakan urine infection pun blh jugak, campur baking soda sedikit dlm segelas air suam
Quote bakingsoda 29-11-2020 12:10 PM
terima kaasih tt tolong promote
Quote Pinokiok 29-11-2020 08:23 PM
bakingsoda replied at 29-11-2020 12:10 PM
terima kaasih tt tolong promote

Haha suratan atau kebetulan
Quote cikcikebom 11-12-2020 04:16 PM
tengggggggggg for the info yaaaa

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.133370 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top