CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Allah Bagi Rasa Jadi Ibu Sebentar,"-Elizad Keguguran

9-11-2020 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2574| Komen: 8

Pelakon dan pengacara, Elizad Sharifuddin mendedahkan dia sempat merasai nikmat menjadi ibu sebelum alami keguguran.

Menurut Elizad atau nama sebenarnya, Siti Elizad Sharifuddin, 36, kandungannya tidak kuat dan berlaku pendarahan.




“Allah bagi rasa nikmat jadi Ibu tu minggu lepas tapi Dia ambil balik. Terjentik sungguh “rasa “ itu.

“Dimaklumkan hamil minggu lepas. Masyaallah dia punya gembira tu tak tau nak kata, sebab dah lama menanti.

"Tapi kandungan tak kuat dan bleeding. Tak tau nak gambarkan perasan macam mana . Terduduk seketika,” katanya.


Foto: IG

Elizad berkongsi berita tersebut di akaun Instagram miliknya.

Penyampai radio Sinar itu difahamkan hamil selepas menjalani sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).

Pun begitu, Elizad tetap bersangka baik dan tidak akan pernah berputus asa untuk mendapatkan cahaya mata.


Elizad dijadualkan untuk menjalani rawatan IVF seterusnya pada Januari 2021.

“Tak mengapa, Insya-Allah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive & will keep on praying.

“See you again Doctor on January 2021. Thank you to those who been very supportive & keep praying for my IVF journey,” beritahunya.

Elizad menjalani sesi IVF pada 21 Oktober lalu di sebuah hospital swatsa.

Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miemiecha 9-11-2020 01:51 PM
takziahhh...
mek suka elijad...
Quote haruno_sakura 9-11-2020 02:07 PM
Allahu.moga dia kuat.insya Allah ade rezeki tu nt
Quote kiah_mai_pulak 9-11-2020 02:10 PM
innalillah wainnailahirojiun
Quote wanokakaka 9-11-2020 02:12 PM
takziah elizad. insyallah ada rezeki nt.
mungkin elizad blh try stop dulu bekerja dan rest few month bila rancang untuk buat lagi ivf.
Quote hanahani 9-11-2020 02:14 PM
wanokakaka replied at 9-11-2020 02:12 PM
takziah elizad. insyallah ada rezeki nt.
mungkin elizad blh try stop dulu bekerja dan rest few mont ...

Khenszzzz. Sheols kena berehat btol2, jamgn lasak sgt. Bedrest
Quote wanokakaka 9-11-2020 02:22 PM
hanahani replied at 9-11-2020 02:14 PM
Khenszzzz. Sheols kena berehat btol2, jamgn lasak sgt. Bedrest

mcm siti kan masa awal nk dpt afiah.
i tgk elizad dlm masa dia buat ivf still aktif bekerja.
mgkin dia tgk org lain blh n dia assume dia pun blh.
tp tak salah rasanya dia ambil extra precaution kan.
Quote hanahani 9-11-2020 02:56 PM
wanokakaka replied at 9-11-2020 02:22 PM
mcm siti kan masa awal nk dpt afiah.
i tgk elizad dlm masa dia buat ivf still aktif bekerja.
mg ...

Betul tu. rehat je la dulu. Ivf bukan senanng n murah, demi anak, jgn tamak kerja. Rehatla dulu.
Quote husna_amal 9-11-2020 03:27 PM
Takpe usaha lagi. Percubaan awal biasa kalau tak berjaya. InsyaAllah lepas ni dipermudahkan.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.058907 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top