CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trump Tewas, Melania Tunggu Masa Nak Bercerai?

9-11-2020 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7099| Komen: 44

Selepas Donald Trump tewas dalam pilihan raya ke-46 bagi jawatan Presiden Amerika Syarikat, isterinya Melania Trump dikatakan sedang menunggu masa untuk bercerai.

Memetik laporan Daily Star pada 8 November 2020, sumber dalaman mengatakan Melania sedang dalam proses untuk bercerai selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga bersama Donald.

Difahamkan, pasangan ini telah melalui rumah tangga yang kelihatan janggal. Milenia antaranya juga dikatakan sering menerima layanan kurang baik dari suaminya itu.

Menurut bekas pembantu dan bintang program Apprentice, Omarasa Manigault Newman, dia telah memerhatikan tingkah laku dalam perhubungan Trump bersama isterinya sejak 17 tahun lalu.



"Ia merupakan satu perkahwinan yang sangat janggal, saya agak berhati-hati untuk memberi pandangan tentang dinamik perkahwinan mereka kerana kita tak tahu apa yang berlaku di sebalik pintu yang tertutup.

"Tetapi saya telah mengenali pasangan ini sejak mereka belum berkahwin, mereka mendirikan rumah tangga setahun selepas program Apprentice disiarkan.


"Apa yang telah saya perhatikan selama 17 tahun, ia akan membuatkan kepala anda berpusing. Kadang-kadang mereka menyukai antara satu sama lain, dan kadang-kadang, Trump memberi layanan yang kurang baik terhadap Melania," katanya dalam sebuah kenyataan.

Trump memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat ke-45 selama empat tahun sejak 2016.

Trump gagal mempertahankan kedudukannya di 'White House' selepas ditumpaskan oleh Joe Biden dalam pilihan raya Amerika Syarikat baru-baru ini. -CARI

Sumber : Daily Star
Kredit Foto : New York Post
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 9-11-2020 01:52 PM
fun fact, ms trump kawen ngn melania, hillary clinton hadir sbg tetamu kehormat
Quote baghal_bortuqal 9-11-2020 01:55 PM
melania patut dgr nasihat ivana pasal ni:

Quote sharlenetexas 9-11-2020 01:56 PM
Happy/sad odd couple kot. Mcm tinyah dan tokram.
Quote Noraniza_Iblis 9-11-2020 01:59 PM
jd laa spt kak mah..
jibon dh tkjd pm pon..
kekal setia hingga akhir hayat...
Quote baghal_bortuqal 9-11-2020 02:01 PM
Noraniza_Iblis replied at 9-11-2020 01:59 PM
jd laa spt kak mah..
jibon dh tkjd pm pon..
kekal setia hingga akhir hayat...







Quote sarah82 9-11-2020 02:04 PM
Ka tercintun dgn secret service agent yg ensem.. Hahaha
Quote mbhcsf 9-11-2020 02:07 PM
alaa dah kalah kalah lah...now  episode 1 soap start balik dengan  family depa ni

eh u know i wonder , what the son  in law yg Cohen tu yg his daughter's hubby tu punya reaction?

Quote Artemesiaa 9-11-2020 02:09 PM
Mungkin kekalahan ni membuatkan dia lebih berazam untuk menlangkah pergi, sebelum ni pun dah berapa kali berura2 nak pergi
Quote dua_chzy 9-11-2020 02:09 PM
Noraniza_Iblis: jd laa spt kak mah..jibon dh tkjd pm pon..kekal setia hingga akhir hayat...


Jibon ada bini lain kan selain Kak Mah?
Quote Dwdrum 9-11-2020 02:12 PM
Orix replied at 8-11-2020 09:52 PM
fun fact, ms trump kawen ngn melania, hillary clinton hadir sbg tetamu kehormat

Omarasa ini die hard fan hillary...
Quote mamajawie 9-11-2020 02:38 PM
kak mah tetap la disamping bang jib sambil jaga cucu n kiki si kucing tuhh
Quote AbukRokok 9-11-2020 03:00 PM
nk cerai sbb dah kalah xdpt jadi presiden? prffffffftttttt
bukan kawin sebab bilionaire ke?
lagi pun anak dia barron mcm rapat juga dengan trump
Quote husna_amal 9-11-2020 03:32 PM
Dah la kalah, isteri minta cerai pula tu. Murung panjang donald trump macam tu.
Quote hanakikan 9-11-2020 03:37 PM
kalau cerai, sheols hilang kelayakan untuk dapatkan protection dr secret agent service kan. macam Jackie Kennedy
Quote Dwdrum 9-11-2020 03:45 PM
Dahulu ummah bbnu america dan malaya juga gossiping kata nya melania tidak mahu jadi 1st lady.... Sekarang  twist pula kata melania mahu divorce sebab tidak lagi jadi president..
Quote BoongaKertas 9-11-2020 03:56 PM
Noraniza_Iblis replied at 9-11-2020 05:59 AM
jd laa spt kak mah..
jibon dh tkjd pm pon..
kekal setia hingga akhir hayat...

siotnya. hahahaha!
Quote MissYouSayang 9-11-2020 04:17 PM
dua_chzy replied at 9-11-2020 02:09 PM
Jibon ada bini lain kan selain Kak Mah?

Dgr citer begitu lah...hahaha
Quote namieamuro 9-11-2020 04:38 PM
acik kokusen sane lame jangkekan benda ni..gigih dorg telek aksi mesra dorg laki bini depan public..dingin dh lame dh..bkn baru2 lagi
Quote katana83 9-11-2020 04:43 PM
Orix replied at 9-11-2020 01:52 PM
fun fact, ms trump kawen ngn melania, hillary clinton hadir sbg tetamu kehormat

betul
dalam skit Hillary dengan "Donald Trump" dalam Tonight Show with  Jimmy  Fallon ada mention benda ni.. hahah

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.195634 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top