CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terima Balasan, Lelaki Dipenjara 12 Bulan Kerana Rodok Anjing Jiran Hingga Mati

10-11-2020 04:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2046| Komen: 13

SURAIS dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret Jasin selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan. FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN



JASIN: Tindakan seorang lelaki yang tergamak merodok perut seekor anjing sehingga hampir terkeluar usus pada Khamis lalu, menerima balasan apabila dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, S Surais, 37, yang bekerja sebagai juru kimpal di sini, mengaku bersalah melakukan perbuatan kejam itu sejurus dua pertuduhan terhadapnya, dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret, Suzana Mokhtar.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh rumah jirannya di Taman Maju di sini, kira-kira jam 9.30 malam pada 5 November lalu.

Bagi pertuduhan kedua, di tempat dan masa sama, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 428 kanun sama, iaitu dengan sengaja melakukan khianat, membunuh anjing jirannya menggunakan senjata tajam.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun dengan denda RM5,000 atau kedua-duanya, manakala bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh berdepan penjara sehingga tiga tahun.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela, dalam rayuannya meminta hukuman terhadapnya diringankan kerana mempunyai banyak hutang yang perlu dilangsaikan.

Timbalan Pendakwa Raya, Hayatul Wirdah Mohd Yunus, dalam hujahnya, menyifatkan perbuatan tertuduh tidak berperikemanusiaan kerana ketika kejadian itu, anjing terbabit sedang diikat dan tidak boleh menyelamatkan diri.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 4 bulan dari tarikh tangkap bagi pertuduhan pertama dan penjara 12 bulan dari tarikh tangkap bagi pertuduhan kedua.

Kedua-dua hukuman itu dijalankan secara serentak.


Sumber ; BeritaHarian


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 10-11-2020 04:35 PM
Lajunya COD..
Quote mamajawie 10-11-2020 04:43 PM
tu la pasal..kalu kes langgar lelagi puak kad oku makan tahun yachhh
Quote matchstick 10-11-2020 04:44 PM
Mabuk bunuh anjing laju plak kena hukum..mabuk langgar org smpi mati ramai yg masih bebas
Quote bulalof 10-11-2020 04:45 PM
biasalah tu... pelaksanaan undang-undang pun ikut rentak new normal...
Quote shark 10-11-2020 05:04 PM
laju je keadilan untuk seekor anjing sudah terbalas.yang mabuk langgar mati berapa kes apa cita? dah jatuh hukum ke..kes arwah Adib sampai sekarang senyap heran betul aku
Quote nazzse 10-11-2020 05:22 PM
Haiwan pun berhak hidup tambi
Quote sarah82 10-11-2020 05:46 PM
Masa ang buat anjing tu tak fikir pulak tentang hutang yg banyak tu.. Oh lupa ang mabuk
Quote Cassieopeia 10-11-2020 05:53 PM
kes anjing gigit budak tu tuan anjing kene hukuman tak? cuai
Quote cleopatralady 10-11-2020 05:56 PM
12 bulan sgt tak setimpal
Quote Kurex 10-11-2020 07:49 PM
Leluhurrrrrrrrr
Quote lattehazelnut 10-11-2020 08:50 PM
Nyawa anjing lg berharga dari manusia
Quote husna_amal 11-11-2020 09:42 AM
Orang macam ni tak payah simpan.
Quote kluangman 11-11-2020 10:04 AM
Adik aku dulu kena gigit dengan anjing jiran. Bila majlis bandaran datang ke rumah tersebut dia dah cakap wa tak tahu, bukan anjing wa.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.371730 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top