CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Tak Boleh Bomoh, Aku Buat Cara Lain" - Syafie Naswip Diugut Santau

11-11-2020 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5778| Komen: 24

Tanpa angin tanpa ribut, tiba-tiba pelakon terkenal Syafie Naswip menerima ugutan melalui Mesej Terus (Direct Message) di Instagram miliknya.



"Motif? Kenal kau pun tidak. Makin hari manusia semakin menakutkan," tulisnya sebagai kapsyen.

Tidak beberapa lama kemudian, pengguna Instagram palsu tersebut sekali lagi menghantar Direct Message dan kali ini menghina ibu kepada Syafie.

"Kau nih dok pos kat IG pula. Muka kau dengan mak macam sial lah," tulis akaun palsu tersebut.

Memikirkan bahawa mesej tersebut sudah mengaitkan ibunya dan menjadi lebih peribadi, Syafie mengambil keputusan untuk mengambil tindakan secara betul.


Kredit foto: IG Shafie


"Yang pertama tu saya tak ambil serius sangat. Saya anggap ada segelintir manusia ni yang memang tak ada kerja, tapi bila dah buat hinaan terhadap ibu saya, itu sudah melampau. Saya tak akan biarkan sesiapa mengganggu keluarga saya.

"Undang-undang Allah ada, tapi kita ikut jugalah undang-undang negara. Sebab itu saya buat keputusan untuk membuat laporan polis," kata Syafie kepada Gempak sebaik selesai membuat laporan polis di Balai Polis Nilai.

Menurut Syafie, pengguna Instagram palsu tersebut telah menggunakan gambar-gambar dan video-video daripada Instafamous yang menggunakan nama tokwann_.



"Instafamous tersebut ada menghubungi adik saya dan memberitahu bahawa gambar-gambarnya digunakan oleh akaun palsu tersebut. Dia bersumpah bahawa bukan dia yang menghantar mesej tersebut kepada saya.

"Pada masa yang sama dia juga telah membuat laporan polis mengenai hal tersebut setelah melihatnya di Instagram saya," kata Syafie lagi kepada Gempak.




Tambah Syafie, segala-galanya telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan dan dia sangat berharap agar manusia yang tidak bertanggungjawab itu berjaya ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Marylis 11-11-2020 10:24 AM
gila saiko
Quote Kurex 11-11-2020 11:37 AM
Hati2... Kawan iols kena santau sampai mati & iols pernah kena ugut dgn pondan kerja pakguard dekat kolej....
Quote anggeriklatifah 11-11-2020 11:53 AM
Kurex replied at 11-11-2020 11:37 AM
Hati2... Kawan iols kena santau sampai mati & iols pernah kena ugut dgn pondan kerja pakguard dekat  ...

kenapa uols kena ugut dgn pondan?
takkan la uols diam2 tak cari pasal mulut jaga tiba2 org nak ugut  kan..
kawan uols tu lakkk nape dia kena santau?????
org santau org ni biasanya bersebabb.....
takdenya org yg dok diam2 buat hal sendiri tak kacau org tak rembat laki/bini org..tak rembat harta org  atau anaya org
tiba2 je ade org nak santau

mcm iols ni tak pernah rembat laki org/harta org/anaya org/..sekadar balik ker pergi kerja..bergosip gelak2 je..nmpk pondan ke gay ke boo layan tak amek kisah..sekdr gelak dlm hati...so takde siape pun nak santau iols..sebb apa???? sebb iols tak carik pasal dgn org
Quote imanda 11-11-2020 11:53 AM
gila laa manusia skg. xde kje lain ke nak buat..
Quote Belibis 11-11-2020 11:55 AM
Kurex: Hati2... Kawan iols kena santau sampai mati & iols pernah kena ugut dgn pondan kerja pakguard dekat kolej....

Ang tak bayar servis ke kurex..
Quote Kurex 11-11-2020 12:33 PM
anggeriklatifah replied at 11-11-2020 11:53 AM
kenapa uols kena ugut dgn pondan?
takkan la uols diam2 tak cari pasal mulut jaga tiba2 org nak ug ...

Kisahnya iols balik lambat ke asrama. Tunggu ktm dari kl ke seremban, dgn delay lg...

Dia tahan iols dekat depan gate. Kaw2 dia marah ye sampai dia cakap "kau tu pondan, lembik lembut". iols jawab la dia bukan siapa2, sekadar jadi jaga je. Terus dia ugut "kau tak kenal aku siapa, aku boleh buat kau derita dgn ilmu aku".. aku cakap dgn dia "selamat menjawab dekat akhirat sebab syirik". terus iols blah. Agak2 la marah2 masa maghrib dekat setengah jam.. btw pakguard tu dah meninggal.

Yg kwn iols pulak, disantau oleh kawan baik sendiri, satu tempat kerja, jabatan yg sama. Btw dia lecturer iols & iols tau siapa yg buat. Kiranya lepas habis study tetap berkawan baik. Sebelum dia meninggal, dia cerita mcm2 rahsia. Dia kena santau sebab gaji dia lebih tinggi dari member dia tu, nak pulak dia bukak butik sendiri lagi la busuk hati member tu.. kawan pernah cakap "kali ketiga aku kena ni, aku mesti meninggal". Sekali betul2 meninggal kali ketiga kena santau.

Tulah manusia, sentiasa tak kena je. Baik salah, tak baik salah
Quote anggeriklatifah 11-11-2020 01:06 PM
Kurex replied at 11-11-2020 12:33 PM
Kisahnya iols balik lambat ke asrama. Tunggu ktm dari kl ke seremban, dgn delay lg...

Dia tahan ...

ooo yeke
tapi uols kena dgr di kedua2 belah pihak punya cerita

just nak share..ada kenalan iols ni lawaaaaaaa cantik
tiba2 sakit kena santau...meracau bagai
jadi tak keruan..kurus cengkung
org semua dok kesian2 kat dia kena santau termasuk iols...yela...sebb dari luaran baik dah la cantik...lembut...
rupa2nya dgr cerita pernha 2 kali try tackle laki org dulu
sejenis suka laki org kacau rumahtangga org
so tak thu la sape nyantau maybe bini2 org tu kot
tapi kalau betul bini org tu menyautau dia...ITU MAKAN DIA
Quote Kak-Leen 11-11-2020 01:10 PM
Kurex replied at 11-11-2020 11:37 AM
Hati2... Kawan iols kena santau sampai mati & iols pernah kena ugut dgn pondan kerja pakguard dekat  ...

Apa pak guard ugur kurex tu? Nak tau juga..
Apapun, memang kita kena berhati2 sangat skrg ni.. Manusia ramai dah kurang kewarasan..
Quote Kurex 11-11-2020 02:13 PM
Kak-Leen replied at 11-11-2020 01:10 PM
Apa pak guard ugur kurex tu? Nak tau juga..
Apapun, memang kita kena berhati2 sangat skrg ni.. M ...

ada dekat #7
Quote husna_amal 11-11-2020 03:07 PM
Mungkin orang bengap lapar perhatian.
Quote Carcosa 11-11-2020 04:12 PM
Meols lebih terpegun tgk muka so called instafamous tu. Gitu pun boleh jadi famous?? (shaking my head)
Quote chenta_dewi 11-11-2020 10:33 PM
Kurex replied at 11-11-2020 12:33 PM
Kisahnya iols balik lambat ke asrama. Tunggu ktm dari kl ke seremban, dgn delay lg...

Dia tahan ...

Kurex ni betol2 pondan ka..ingat hajamda ka..anak dara sunti ka
Quote Kurex 12-11-2020 07:38 AM
chenta_dewi replied at 11-11-2020 10:33 PM
Kurex ni betol2 pondan ka..ingat hajamda ka..anak dara sunti ka

Tak... Bukan... Pakguard tu yg palat kata mcm tu
Quote haryatie 12-11-2020 08:09 AM
gilossss apa
menakutkan org sekrang ni..ugut2 org x tentu pasal
elok la buat repot, x kira la akaun palsu ke apa
Quote Redmyvi 12-11-2020 08:26 AM
anggeriklatifah replied at 11-11-2020 11:53 AM
kenapa uols kena ugut dgn pondan?
takkan la uols diam2 tak cari pasal mulut jaga tiba2 org nak ug ...

Kdg santau nie bukan sbb kita cari pasal dgn org..
Org dengki dgn cemburu pn boleh jd gk..
Pakcik aku 2 org kena santau
sorg kena santau sebab bisnes dan peniagaan..
pakcik aku ni yg jaga bab tender dan kontrak gov..
sorg lg mil dia sndiri yg hntr santau..
dua2 pn dh meninggal..

kalau pn kita org yg pnh kena anaiya.. tak menghalalkn sebab utk hntr santau kt org lain..
Quote haruslah 12-11-2020 08:48 AM
Mmg musim berita syikin eh....eh berita syirik
Quote chenta_dewi 12-11-2020 09:35 AM
Kurex replied at 12-11-2020 07:38 AM
Tak... Bukan... Pakguard tu yg palat kata mcm tu

Jadi kau ni yg mana

Laki
Pempuan
Pondan?
Quote gideoncross 12-11-2020 11:40 AM

Konfem llaki.
Quote gideoncross 12-11-2020 11:40 AM
Bnyk btul org yg jobless nak mmpus skrg ni.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.035716 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top