New Southern Records Sdn Bhd (NSR) sering memperkenalkan bakat baharu dengan genre muzik yang berbeza buat pendengar muzik di Malaysia. Kali ini, NSR membawakan Adam Kaktus yang baru sahaja meluncurkan single 'Rama-Rama'.
Pasti ramai ingin mengetahui mengapa dia memilih 'Kaktus' sebagai nama pentasnya. Menurut Adam, Kaktus sifatnya berduri di luar, tetapi isi dalamnya adalah lembut. "Bukan itu sahaja, saya mendapat ilham untuk meletakkan nama Kaktus setelah mendengar lagu Jacques Dutronc - Les Cactus yang dinyanyikan semula Last Shadow Puppets (Alex Turner side project). "Kaktus juga boleh bertahan di padang pasir dengan jangka masa yang lama walaupun tiada air. "Saya berharap saya mampu menjadi Kaktus, mampu bertahan dalam industri satu jangka masa yang panjang," katanya yang mula meminati bidang muzik pada usia 14 tahun dengan memasuki beberapa pertandingan nyanyian.
Menurut Pengurus A&R, Raja Muhammad Nazreen Raja Azahar, pemilihan Adam Kaktus untuk menjalin kolaborasi adalah kerana karakter vokalnya dan diri Adam itu sendiri yang sangat unik. "NSR juga ingin keluar dari zon selesa genre muzik dibawah naungan NSR. Muzik yang Adam bawa ini lebih ke arah muzik baru dan bagi NSR, Adam merupakan seorang streaming artist. "Adam mempunyai pengikut dan peminatnya tersendiri dan bagi zaman perniagaan muzik era digital sekarang ini, Adam merupakan artis yang sangat releven untuk dipasarkan," katanya. Rama-Rama boleh didengari disemua platform penstriman lagu dan YouTube NSR. Sumber: Gempak |
Kurex replied at 11-11-2020 11:42 AM
Dah google, keluar ni dik....
Macam ni la, awak buat video cikcap, lepas tu awak leak sendiri. Sedi ...
ADVERTISEMENT