CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azwan Ali Kembali Mengacara, "Nabil Boleh Tenggelam Macam Ni!"

11-11-2020 11:18 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 13345| Komen: 67|Original author: Oleh: Saiful

Nama Azwan Ali hangat menjadi bualan selepas muncul menerusi program Lagu Cinta Kita musim kedua Ahad lepas.

Ramai sungguh yang terkejut dengan penampilan Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang mengenakan sut dan berambut pendek.


Kata Azwan, dia harus bersikap profesional dalam melaksanakan tugas sebagai pengacara tanpa perlu mengundang sebarang kontroversi.



"Memang orang kenal imej Diva AA dengan perwatakan pondan, lembut dan kuat mencarut.

"Tapi kali ini saya kena hormat tanggungjawab sebagai pengacara program.

Foto: IG

Semnetara itu ramai penonton gembira dengan perubahan dan imej Azwan Ali itu.

Antara komen:

"Azwan Ali 2020 terbaik, welcome back!"

"Kalau Diva AA terus kekal macam ni, buang imej pondan, boleh hanyut pengacara lain. Nabil pun tenggelam."

"Kalau dengan kegagahan macam ni aku percaya lagi banyak job dia akan dapat."


Susulan pujian tersebut, Azwan kata dia bukan seorang yang hipokrit dan tetap akan menjadi dirinya sendiri.

"Kalau kita bergaya dan berpakaian smart semua untuk kerja, tak perlu kita menipu siapa kita di celah-celah masyarakat.

"Watak saya dekat luar pun lain cerita, saya tak nak jadi hipokrit." -CARI
1

Bagus

Marah
3

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissYouSayang 11-11-2020 11:42 AM
Abam wan pon teringin nak rasa kerang jgk la tu... Bosan dgn stor kunyit jee kan...
Quote nazza2802 11-11-2020 11:49 AM
dia salah seorng pengacara yg bagus masa zaman dia dulu.. skrg ni boring tgk tv..sebab pengacara byk pelawak.. kat tv dia, kat radio pn dia..mcm dah xde org lain..
Quote nolya 11-11-2020 12:19 PM
Bukan untuk menjadi seorang hipokrit, ttpi sbg seorang dewasa yg pernah sekolah, malah sampai level IPT,  harus peka kpd sensitivity masyarakat.   Sbg selebriti n public figure,  kena ingat ada harga yg perlu dipertahankan:  perilaku dn akhlak.  Inilah taruhan yg  mahalnya bukan pada  angka ringgit, cukup  dgn berpenampilan  segak,  wangi, ramah, mudah didekati dn bersahabat.  Namun........ jgn sekali2 mengeluarkan kalimat yg meresahkan apa lagi yg menggigit.

Whoever U are,  kita dituntut untuk menghormati sesama,  tau ape yg boleh dan tak boleh dilakukan,  concern to whatever U do or say.  Lensa kamera dn telinga masyarakat sentiasa mengejar AA,  lantas beringat2, jgn sesekali apa yg dibuat, mengundang fitnah dn keburukan yg akhirnya kembali kpd diri sendiri.  

Respect is earned, not demanded nor given.  Yes  AA,  people are confidence to your talent, there4 please  come back to your goodelf.  Sure ramai akan mengalu2kan,  like, n love U as the only one AZWAN ALI. Tak kesahlah kalau sendiri nak mengaku DIVA.  Semoga  Allah  memberi hidayahNya kpd  Azwan dn dimurahkan rezeki.  Amin...........
Quote LadyCarefree 11-11-2020 12:25 PM
nazza2802 replied at 11-11-2020 10:49 AM
dia salah seorng pengacara yg bagus masa zaman dia dulu.. skrg ni boring tgk tv..sebab pengacara byk ...

Oooohhhhh begitu. Tp zaman sekarang pengacara dan dj terlalu santai kot bahasa mereka. Dan semua kena lawak.
Quote LadyCarefree 11-11-2020 12:26 PM
nolya replied at 11-11-2020 11:19 AM
Bukan untuk menjadi seorang hipokrit, ttpi sbg seorang dewasa yg pernah sekolah, malah sampai level  ...

*standing ovation* #bestspeechever
Quote Burong_Hantuk 11-11-2020 12:29 PM
Aku rindu plak nak dengar seeanah makian diva ni
Quote zehra2 11-11-2020 12:30 PM
dulu dia mmg bagus pun.  yg baru nk  tak sempat tgk..
Quote alesandra 11-11-2020 12:32 PM
program tu bosan nak mampos hokayy .tapi pengacara okey.ada gak AA ni terlepas pangai mak hayam dia sikit.takde la level outsatnding 100% mcm zaman2 sampaikan ,muzik2 tu...setakat boleh utk cari makan..
Quote nazza2802 11-11-2020 12:35 PM
LadyCarefree replied at 11-11-2020 12:25 PM
Oooohhhhh begitu. Tp zaman sekarang pengacara dan dj terlalu santai kot bahasa mereka. Dan semua k ...

boleh melawak..tp kena dgn tempatnya la.. klu semua rancangan tv pn nak ambik pelawak kesian pengacara lain xde job.. pastu satu lagi kadang pelawak yg jadi pengacara ni try hard sgt nak bt lawak masa mengacara.. smpi kutuk mengutuk , siap body shaming semata2 nak buat lawak.. pastu sndri bt lawak sendiri ketawa..
Quote LadyCarefree 11-11-2020 12:40 PM
nazza2802 replied at 11-11-2020 11:35 AM
boleh melawak..tp kena dgn tempatnya la.. klu semua rancangan tv pn nak ambik pelawak kesian penga ...

That's what I meant.
Quote LadyCarefree 11-11-2020 12:40 PM
Ada clip dia mengacara dengan lina pom?
Quote nolya 11-11-2020 12:56 PM
MissYouSayang replied at 11-11-2020 11:42 AM
Abam wan pon teringin nak rasa kerang jgk la tu... Bosan dgn stor kunyit jee kan...

Cakapan anda spt itu seumpama mencabar gayung bersambung kata berjawab. Jgn nanti AA terkucil lagi memaki dn menyaranah TT,  saya pun seram dn tak sanggup mendengarnya.  Masyarakat suka dn mau melihat Azwan sbg lelaki sejati lantas tak perlulah dikatakan sesuatu yg tidak ramah, jelik, fitnah(?).  Berilah sokongan dn encouragement kpd AA untuk membina semula jatidiri lelakinya tanpa dicomotkan dgn cite2 negatif. Kalau selama ini masyarakat menganggap dia 'sakit', ayuhlah ramai2 bantu mengubati dia kembali kpd sediakala.     
Quote Paiya 11-11-2020 01:42 PM
diva AA nampak wangi di sini

Quote husna_amal 11-11-2020 03:17 PM
Lama tak nampak segak. Mujur lah masih profesional.
Quote buragazz 11-11-2020 03:26 PM
Dan please buat balik drama2 lawak ko dulu nyah.. macam lontong, sambal, serunding terbaik dowh...
Quote olaoli 11-11-2020 03:35 PM
aku suka drama lontong
kelakar weh salih yakob n ogy
Quote angel_duzter 11-11-2020 04:19 PM
terus nampak segak
Quote mamasaffiya 11-11-2020 05:53 PM
buragazz replied at 11-11-2020 03:26 PM
Dan please buat balik drama2 lawak ko dulu nyah.. macam lontong, sambal, serunding terbaik dowh...

Drama lontong tu memori sungguh.
Suka bila KRU jadi gengster kg hihihihi. Tiap kali raya mesti tunggu cite tu.
Adoiii tua dah akak ni hahahaha.

Kisah diva AA ni pernah 1 program kat RTM dia tersalah sebut nama juara pertandingan secara live. Malu wehhh. Pertandingan band2 rockers. Lupa pula siapa partner dia masa tu
Quote cmf_premierleag 11-11-2020 07:16 PM
mamasaffiya replied at 11-11-2020 05:53 PM
Drama lontong tu memori sungguh.
Suka bila KRU jadi gengster kg hihihihi. Tiap kali raya mesti tu ...

aku ingat lg dia jd host kt tv1 tu
ms dia announce winner, dia siap melompat ok and pastu tepuk tangan
skalo TERsalah announce dia menten kool je

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.036129 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top