Kumpulan De Fam menyifatkan kemunculan pendatang baharu, Dolla bukan saingan mereka sebaliknya tumpang gembira kerana kumpulan itu berani tampil dengan pembaharuan dalam industri muzik tempatan.
Menurut anggotanya, Azira Shafinaz, 29, kemunculan Dolla mengingatkan mereka kepada titik permulaan De Fam awal-awal dulu di mana semangat mereka berkobar-kobar untuk berjaya. "Kami tidak melihat Dolla sebagai saingan langsung disebabkan mereka muncul berkumpulan. Apatah lagi, hendak membandingkan diri dengan mereka. "Sebaliknya, kami sangat gembira dengan kemunculan mereka untuk meneruskan legasi kumpulan wanita dalam industri. Tidak kisahlah berkumpulan atau tidak, yang penting pembaharuan dibawa segar dan menarik.
"Mereka sebenarnya mengingatkan kami kepada semangat De Fam sewaktu baru bermula lima tahun lalu. Waktu itu, jiwa muda kami sangat membara, sebagaimana terlihat pada mereka juga," katanya.
|
husna_amal replied at 11-11-2020 03:23 PM
Defam ni takde lah macam kpop sangat. DollaH tu pula macam copy ori blackpink
wikedsaikel replied at 11-11-2020 07:29 AM
De Fam hip hop. Aku suka de fam. Teringat kt destiny’s child
nadie90 replied at 11-11-2020 03:57 PM
Bg saya De Fam punya imej dan konsep mcm inspired by TLC....tringt performance De Fam nyanyi lgu B ...
ADVERTISEMENT