Lelaki tergamak bersekongkol dengan kumpulan Taliban menyebabkan anaknya buta kerana berang wanita itu berdegil mahu keluar rumah untuk bekerja. Berikutan itu, Khatera, 33, yang bertugas sebagai pegawai bahagian jenayah diserang tiga lelaki di hadapan balai polis di wilayah Ghazni, Afghanistan, di mana dua matanya ditikam dengan pisau.
Menurut laporan The Sun, mangsa yang mengimpikan untuk bekerja di luar rumah memulakan tugas di balai berkenaan tiga bulan sebelum serangan itu. Walaupun mendapat tentangan keras daripada bapanya, wanita itu menerima tawaran kerja berkenaan selepas mendapat keizinan suaminya.
"Acap kali saya lihat bapa mengekori saya ketika keluar bertugas. "Dia mula menghubugi kumpulan Taliban berhampiran kawasan perumahannya dan meminta mereka menghalang saya daripada pergi bekerja," katanya. Dia berkata, bapanya memberikan salinan kad pengenalannya kepada kumpulan terbabit untuk membuktikan dia bekerja untuk polis. Malah, pada hari kejadian, lelaki itu menghubunginya sepanjang hari untuk memastikan lokasinya sebelum diserang. Jurucakap polis mengesahkan bahawa pihaknya percaya serangan itu dilakukan kumpulan militan terbabit yang bagaimanapun, menafikan dakwaan berkenaan. Difahamkan, bapa mangsa juga ditahan untuk membantu siasatan. Khatera dan keluarganya, termasuk lima anak kini bersembunyi di ibu kota Kabul dan terpaksa memutuskan hubungan dengan ahli keluarga lain termasuk ibunya yang menyalahkan dirinya sebagai penyebab bapanya ditahan polis. "Kalau boleh, saya mahu mendapatkan semula penglihatan saya dan kembali berkhidmat dengan polis," katanya. - CARI
|
cmf_almondpecan replied at 11-11-2020 08:14 PM
Dia kan dapat keizinan suami utk bekerja. Apasal bapak dia boleh veto pulak. Bukan ke anak dia tu wa ...
dua_chzy replied at 11-11-2020 08:28 PM
Ai believe bapak tu tak puas hati kat anak sendiri kerana jadik outspoken, independent dan berani ...
sarah82 replied at 11-11-2020 03:39 PM
BAPA TAKGUNAAAA.. Anak nak cari rezeki bukan nak pi menggatal.
dua_chzy replied at 11-11-2020 08:28 PM
Ai believe bapak tu tak puas hati kat anak sendiri kerana jadik outspoken, independent dan berani ...
cmf_almondpecan replied at 11-11-2020 09:21 PM
Hmm kalau mcm tu susah la sampai bila2. Salah satu jantan kuat mengumpat pompuan bekerja tu taliba ...
sekngucing replied at 11-11-2020 09:27 PM
afghanistan sis.. wadaya expect...
ADVERTISEMENT