Pelakon Nadzmi Adhwa akui tidak mudah untuk menguruskan anak yang masih kecil tanpa isteri di sisi, Ardell Aryana yang kini berada di Sabah bagi menjayakan misi bantuan kemanusiaan.
Menurut Nadzmi, 28, sebelum ini Ardell yang menguruskan anak mereka, Arwa Malaikha Urwa yang baru berusia 6 bulan sepenuhnya. "Berpeluh peluh macam joging nak bagi susu kat anak. Baru tau bukan senang jaga anak ni. Selalu lepas kat isteri kita ja. "Betapa hebatnya pengorbanan seorang ibu dan isteri kita, tapi jangan lupa dasyatnya semangat seorang ayah #sindrombapakbapak," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan ini mengingatkan Ardell supaya menghiraukan kata-kata negatif yang dilemparkan segelintir orang. Tambahnya, sebagai suami dia lebih tahu niat Ardell dan akan terus memberikan semangat.
"Apa pun orang kata pasal kita hanya saya tahu niat awak @ardellaryana, don't worry about us ! "We're fine. we always have your back! Keep helping those people in needs. "Jangan bersedih, tetap dengan niatmu walau apa dugaan melanda. Maafkan lisan mereka, mereka tidak tahu. Semoga Allah reda," tulisnya lagi. Ardell difahamkan sudah berada di Sabah sejak beberapa hari lalu bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang disertai untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan di Semporna dan Tawau itu. Berikutan masih ramai penduduk di Sabah memerlukan bantuan, mereka yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun 550510970142 (Yayasan Dana Kebajikan Muslim). Sekadar info, Ardell mendirikan rumah tangga dengan Nadzmi Adwa pada tahun lalu dan kini dikurniakan seorang bayi perempuan, Arwa Malaikha Urwa. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|