Sekalipun tanpa kehadiran penonton, acara karpet merah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 berjalan lancar dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti disarankan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM). Bagaimanapun, undangan cukup terhad, tahun ini apabila hanya artis yang menerima undangan sahaja dibenarkan masuk ke dalam Axiata Arena, Bukit Jalil.
Malah, artis yang diundang semuanya mematuhi SOP ditetapkan dengan masing-masing memakai pelitup muka dan ia tidak menghalang artis bergaya segak dan cantik pada malam kemuncak malam ini. Penyanyi, Lan Solo berkata, dia tidak menafikan aura penganjuran anugerah pada tahun ini amat berbeza, namun majlis tetap perlu diteruskan juga. "Biarpun aura tahun ini amat berbeza dengan pematuhan norma baharu, majlis ini tetap perlu diteruskan juga kerana ia adalah perjuangan untuk anak seni," katanya. Sementara itu, penyanyi Azlan & The Typewriter berkata, sebagai penyanyi tanggungjawabnya adalah untuk menghiburkan penonton walau dalam apa keadaan sekalipun. "Bagi saya, walaupun tanpa penonton, 'vibes' tetap terasa. Sejak daripada hari pertama latihan lagi, saya melihat semua yang terbabit mematuhi SOP yang ditetapkan," katanya. |
unguaurora replied at 14-11-2020 11:37 AM
Dpn kamera je berdiri 1 meter.. blkg kamera bertepuk tampar.
Normabaru: Kaka xtgk tanda protes.. Di kala KKM bertungkus lumus keje nk turunkan wabak.. Ade plak majlis skala besar blh buat terang terangan.. Dah la golongan ...
Normabaru replied at 14-11-2020 11:27 AM
Kaka xtgk tanda protes.. Di kala KKM bertungkus lumus keje nk turunkan wabak.. Ade plak majlis skala ...
salmon-suki replied at 14-11-2020 11:56 AM
Kakaaa...ai xtaw lgsg smlm abpbh ni.. hahahha..nmpk tak betapa useless nyee abpbh nih..xde prest ...
ADVERTISEMENT