Pernah gagal dalam perkahwinan lepas, tidak pernah menutup pintu hati Adam Shahz,39 untuk cinta baru. Pelakon itu kini mengakui yang dia sedang meninti fasa bahagia bersama seorang wanita yang berusia 36 tahun.
Sebelumnya, bekas suami kepada Fatin Afeefa itu pernah berkawan dengan beberapa wanita namun tak serasi. Namun kali ini dia sudah menemui keserasian dan berani berkongsi video mesra bersama kekasihnya itu di Instagram. Katanya kekasihnya itu hanya wanita biasa dan bukan di kalangan selebriti.
"Saya tak pernah meletakkan sebarang syarat memilih siapa pasangan hidup. Apa yang menjadi keutamaan adalah keserasian dan kekasih tahu menghargai dirinya. "Saya dan kekasih saling mengenali sejak setahun lalu kerana kami berkawan dengan kelompok rakan yang sama. Hubungan mula akrab selepas saling meninggalkan komen dalam laman sosial. "Selepas hampir setahun berhubung dalam laman sosial, barulah saya ada keberanian untuk mengenali hati budi," katanya kepada BH Online.
Difahamkan pasangan ini mula rapat pada September lepas. "Kami akrab sejak dua bulan lalu, tetapi tidak dapat bertemu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kami baru sahaja saling mengenali, tetapi saya merasakan sudah ada keserasian antara kami. "Kekasih tahu status saya sebagai bapa tunggal dan tidak mempunyai masalah menerima saya. Bagaimanapun, saya belum berkesempatan memperkenalkan kekasih dengan anak, Ivy Herra Sophia disebabkan pandemik COVID-19. "Saya kerap juga membuat panggilan video dan kekasih sudah beberapa kali dengan Ivy."
Tambahnya lagi mereka sudah merancang untuk ke fasa seterusnya. Kami memang serius menjalinkan hubungan dan saya menepati ciri calon suami yang dicari. Cuma, kami tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan. "Insya-Allah, kami merancang disatukan pada tahun depan, jika ada jodoh. Setakat ini, tiada perancangan berkahwin tahun ini kerana rasa terlalu cepat. Saya mahu mengumpul duit terlebih dahulu. "Bila sudah cukup, biar duit yang kerja untuk kami."-CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|