CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Abby Abadi Berang Difitnah Buat Duit Dengan Jual Bayi

14-11-2020 11:00 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 7174| Komen: 42|Original author: Oleh: Saiful

Abby Abadi berang bila ada yang memfitnah dirinya dengan mendakwa dia mengaut keuntungan daripada perniagaan menjual bayi menerusi sebuah forum bincang di Internet.

Abby tak menyangka usaha murninya telah menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir pihak.


Foto: IG
"Ada yang tuduh saya kaya sebab jual bayi. Ya Allah, berat tuduhan itu! Tak nampakkah saya dengan suami berkerja, berniaga macam-macam? Ke sana sini sertai acara, berniaga seperti peniaga pasar malam. Setiap bulan kami terkejar-kejar nak bayar itu dan ini.

"Dari awal saya beritahu, saya terbabit dengan kerja ini secara tak sengaja selepas saya ambil Muhammad Daiyan Fayyadh sebagai anak angkat. Selepas itu ramai yang nak serahkan bayi kepada saya dengan pelbagai latar belakang. Saya bincang dengan suami, kami sepakat dan ambil seorang lagi anak angkat perempuan. 


"Saya uruskan untuk orang lain sebab ibu kepada bayi-bayi yang saya uruskan itu semua cari saya untuk dibantu. Cerita-cerita mengenai bantuan untuk selamatkan bayi-bayi yang tak berdosa ini pun nak berburuk sangkakah? Kenapa orang kita suka dengki dan busuk hati?" katanya seperti dipetik di Harian Metro.



Tambahnya lagi, "Ada yang komen kat forum itu, syarat saya nak ambil bukan percuma. Bersalin sendiri pun ada kos, kos itu untuk ibu kepada bayilah. Mereka bersalin itu ingat main-main? Normal lain, swasta lain. Berpantang lagi. RM5,000, RM7,000, RM10,000, dan RM15,000, memang ada bil yang tinggi macam itu. Sebab itu saya cari yang mampu. Sejak dari awal, saya memang jadi perantara dan tak terbabit dengan urusan membabitkan wang. Saya kenalkan saja dan terus ibu bapa angkat berurusan sendiri. Jadi, bila saya menjual bayi ini?"

Abby berharap agar pihak tersebut berhenti menyebarkan fitnah kerana niatnya adalah ikhlas.

"Penat nak menjawab fitnah begini. Saya tolong setakat yang mampu dan beruntung ada suami yang sangat rajin membantu dan sangat menyokong. Cukuplah memfitnah." -CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 14-11-2020 11:22 AM
mula dah...mula dahhh...
Quote missyL 14-11-2020 11:24 AM
Bace forum ke kak abby huuu
Quote krustykrab 14-11-2020 11:31 AM
Sah dia masuk forum sini ...
Yebbi suruh je la ibubapa tu letak bb kat babyhatch...sonang kan...x de unsur2 duit terbabit..
Quote mawarputih2612 14-11-2020 11:34 AM
kan dah ada thread ni
Quote Normabaru 14-11-2020 11:43 AM
Yelaaa murni sesuci minyak masak murni.. Puik
Quote Rainrein 14-11-2020 11:52 AM
Kat porom baru citer terus acik yebi membalas. Konon bizi nau tapi maintain sempat join acik porom ye.
Quote riyadhK 14-11-2020 11:57 AM
Rainrein replied at 14-11-2020 11:52 AM
Kat porom baru citer terus acik yebi membalas. Konon bizi nau tapi maintain sempat join acik porom y ...

Thread mana uols?
Quote Gomea 14-11-2020 12:16 PM
Nak delete komen iols lah. Nanti kena saman. Iols dah lah miskin, takde duit nk bayor
Quote fadz84 14-11-2020 12:40 PM
Edited by fadz84 at 14-11-2020 12:52 PM
krustykrab replied at 14-11-2020 11:31 AM
Sah dia masuk forum sini ...
Yebbi suruh je la ibubapa tu letak bb kat babyhatch...sonang kan. ...


Haah xyah nyusahkan diri ke hulur ke hilir musim2 covid ni.
Quote Kurex 14-11-2020 12:55 PM
Pundek kau sepol! Palat kau abby!
Quote Potato_kering 14-11-2020 01:29 PM
So anta baby pakai kos sendiri ke.
Quote makneng 14-11-2020 01:34 PM
Aiyokkk taktau.. 'mother chicken' dah marah!!! {:cryrun
Quote Rainrein 14-11-2020 03:52 PM
Edited by Rainrein at 14-11-2020 03:59 PM
riyadhK replied at 14-11-2020 11:57 AM
Thread mana uols?


Dalam benang blogger x salah i terbaca ritu.


Edit: i check balik bukan benang blogger tapi benang yebi gak under gosip tempatan. Tajuk yebi gigih rentas negeri nak hantar baby.
Quote Megikari 14-11-2020 04:04 PM
Nak tanya je.. Legal ke benda yg dia buat ni. Memang kat malaysia boleh jadi orang tengah bagi2 baby mcm tu ye? I serius x tau ni
Quote edoraixora 14-11-2020 04:14 PM
Urusan pengambilan anak angkat bukan ke under JKM? Boleh ke dia buat macam ni?
Quote riyadhK 14-11-2020 04:27 PM
Rainrein replied at 14-11-2020 03:52 PM
Dalam benang blogger x salah i terbaca ritu.



Thanks uols.
Quote zuuu 14-11-2020 06:27 PM
Forum carikah yg dimaksudkan tu???
Quote fadz84 14-11-2020 06:31 PM
edoraixora replied at 14-11-2020 04:14 PM
Urusan pengambilan anak angkat bukan ke under JKM? Boleh ke dia buat macam ni?

Terus direct ngn parents bdk tu.. don't know valid ke cmtu? hope sape2 leh bg pencerahan
Quote tasha 14-11-2020 06:44 PM
fadz84 replied at 14-11-2020 06:31 PM
Terus direct ngn parents bdk tu.. don't know valid ke cmtu? hope sape2 leh bg pencerahan

Ambil direct  boleh je... kawan aku ambil direct dr BM tp hat jenis melalui org tengah selain JKM ni tak taulah pulak xada kawan2 atau saudara mara yg ada pengalaman ambil anak angkat via org tengah....

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.063045 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top