Pelakon Betty Rahmad akhirnya berjaya bertemu semula dengan pembantu rumahnya yang didakwa melarikan diri pada bulan lepas. Menurut Betty, hasrat orang gajinya, Anim yang mahu pulang ke Indonesia melalui jalan 'belakang' tidak berjaya.
"Misi pulang ke kampung menaiki kapal tongkang nampaknya gagal. Penat aku menangis risau bayangkan dia dalam kapal sayur balik kampung sebelum ni haih. "Kadang-kadang manusia buat keputusan tak fikir panjang. Tak apalah tutup mata, maafkan dan fikirkan jasa dan kebaikan," katanya menerusi satu entri di Instagram. Dalam entri tersebut, Betty turut memuat naik gambar dirinya sekeluarga bersama Anim yang disifatkan bagaikan jejak kasih. Menurut Betty lagi, dia juga membenarkan pembantu rumahnya itu pulang ke Indonesia dengan cara yang betul.
"Dipendekkan cerita, esok (hari ini) baru dapat balik naik kapal terbang InshaAllah secara sah dan dengan surat kebenaran daripada majikan. "Doakan semua urusan dia dipermudahkan dan dapat jumpa dengan keluarganya dengan selamat InshaAllah Amin," katanya. Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji tindakan Betty yang disifatkan sebagai majikan yang cukup baik hati. Sebelum ini, Betty meluahkan rasa sedih apabila pembantunya itu didakwa melarikan diri selepas melarangnya untuk pulang ke kampungnya ekoran pandemik Covid-19. Sumber: Gempak
|
Belibis replied at 16-11-2020 12:23 PM
Maknanya ko yg suruh naik tongkang ke cane? Bila fail,ko sruh naik kapal,acah2 majikan prihatin?
Tiram replied at 16-11-2020 01:40 PM
mana 1 betty mana satu maid. Sorry nampak macam lelaki tu ada 2 maid
sarah82 replied at 16-11-2020 12:54 PM
biar betul masih nak tolong maid yg lari?
dudaberhias replied at 16-11-2020 01:46 PM
entah2 memang dia pun naik tongkang dulu nak datang ke malaysia sebab iols konfius mana satu maidn ...
lattehazelnut replied at 16-11-2020 01:45 PM
Acik2 dlm ni sume jenis muka mcm swedish or ukraine woman ek.. rambut blonde, mata biru, tinggi 5foo ...
beta_carotene replied at 16-11-2020 01:20 PM
Dia nampak lebih maid dr maid dia.
Nenasketum replied at 16-11-2020 02:29 PM
What a hideous kapel
ADVERTISEMENT