CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gaun Sweet Muslimah Barbie Doll Wany Hasrita Guna 100 Meter Kain

16-11-2020 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14613| Komen: 94

Penyanyi Wany Hasrita mendedahkan pereka fesyen Wan And Mary yang mereka gaunnya pada malam Angerah Bintang Paling Popular ke-33 (ABPBH33) pada Jumaat lalu menggunakan kain sepanjang 100 meter.


Menurut Wany kain itu digunakan hanya untuk skirt berwarna unggu yang digayakan pada malam dia memenangi anugerah Penyanyi Wanita Paling Popular ABPBH33.


“Fakta menarik: Wan And Mary menggunakan kira-kira 100 meter kain untuk menyiapkan skirt ini,” tulisnya.

Wany yang popular dengan lagu Canggung itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama kumpulan yang menyiapkan bajunya serta yang mentatarias dia pada malam tersebut.


Sementara itu, di IG pereka itu pula memberitahu tema untuk baju Wany pada malam itu adalah Sweet Muslimah Barbie Doll.

“Penyanyi Wanita Paling Popular ABPBH33 @wanyhasrita di dalam persalinan customade pastel pink and purple by @wan_and_mary bertemakan

Sweet Muslimah Barbie Doll,” tulisnya.


Foto: IG
Pun begitu, busana tersebut mendapat pujian daripada pengikut Wany yang merasakan ia sangat manis dan sopan.

“Skirt patuh SOP. Pakai skirt nii confirm boleh jaga jarak,” kata pengikutnya berseloroh.

“Macam cotton candy!” komen salah seorang warga maya.

“Cantik betul baju,” puji seorang netizen.

Wany mula dikenali dengan lagu Menahan Rindu pada tahun 2016. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minyakyuyi 16-11-2020 02:54 PM
maaf xlawa..


Quote kuzaime 16-11-2020 02:57 PM
Skirt cantik dah, tapi pesen baju dgn tudung tu x kena
Quote Nenasketum 16-11-2020 02:59 PM
Minyakyuyi replied at 16-11-2020 02:54 PM
maaf xlawa..

Bullseye hahaha... macam big bird sesame street ada gak
Quote missyL 16-11-2020 03:02 PM
I tgok ok je die pakai..
Yg penting tutup dada.
X ketat sgt
Loose2, je...

Ni pn mmg style die kan..
Quote Kurex 16-11-2020 03:02 PM
Tak cantik....  
Quote freyayong 16-11-2020 03:03 PM
cantik.. tapi kalau tudung tu ada warna purple jugak lagi better
Quote Mamason 16-11-2020 03:08 PM
Lawa menjadi dambaan....
Quote husna_amal 16-11-2020 03:13 PM
Mesti terasa berat dress macam ni. Kena terasa siksa sikit demi nampak cantik dan pujian orang ramai.
Quote lolipopbiru 16-11-2020 03:14 PM
nampak seksi wani pakai dress gini sbb baju pink tu mcm inner baju je nk pulak tudung tu pendek ye wani..haha
Quote salmon-suki 16-11-2020 03:17 PM
Mcm kain buruk tmpt lap kaki tuy..gitu laa..inspired by kain lap kaki kot{:smile

Buruk and tak lawa lgsg..100meter kain membazir jah{:smile
Quote URUHA 16-11-2020 03:19 PM
Bagi meols gaun ni nampak mcm x balance. Tang skirt tu x kisah la nak kembang pun tapi tang baju tu bak kata forumer kat atas ni nampak mcm inner. Tudung bawal tu lak nampak kembang semacam. Lagi cun kalau pakai dengan shawl.
Quote pxlbb 16-11-2020 03:23 PM
iols sorang je ke rasa mcm out of place. skirt cantik dah tapi overall tak kena. ada je cara lain utk tutup dada AND still cantik.
Quote Lengkong 16-11-2020 03:25 PM
elok..sesuai dgn wany. nampak sopan


Quote woven11 16-11-2020 03:31 PM
Sorry la ye, hauk betul dressing wany yang ni. Dalam gambar mmg la nampak cantik disebabkan lighting and editing. Tapi masa sheols live kt abp aritu, mmg nampak tak kena and tak balance dgn dik wany yg keding tiba2 kain kembang setaman. Your body figure tak sesuai la overdress.
Quote mamajawie 16-11-2020 03:33 PM
tudung ngan baju cm baju persatuan puteri islam kat skolah
Quote abangadek 16-11-2020 03:34 PM
Edited by abangadek at 16-11-2020 03:35 PM

tak lawa lansung.. baju dgn tudung xkena.. baju mcm nak sarung pegi kedai eco je dgn tudung simple malas cmtu
Quote diss69 16-11-2020 03:35 PM
Skirt cantik, tp baju n tudung wrna senada, xnmpk seri... Ok je kalau tudung tu polos/kosong tp wrna tu biar lain/kontra ngn wrna baju..
Quote Orix 16-11-2020 03:46 PM
gaun tokti ms dia menang abpbh dulu cantik.... warna gold tak silap
Quote nazzse 16-11-2020 03:46 PM
URUHA replied at 16-11-2020 07:19 AM
Bagi meols gaun ni nampak mcm x balance. Tang skirt tu x kisah la nak kembang pun tapi tang baju tu  ...

Betul. Dress better digayakan dgn shawl, lagi kemas. Baju plak guna material lain lgi lawa

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.047113 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top