Ammar Alfian menerusi Instastorynya menegur segelintir warga maya yang gemar mengunakan kata-kata kesat. Pelakon berusia 33 tahun itu juga menggelar mereka sebagai pengecut kerana tidak berani bersemuka.
"Sebab itu keyboard warriors senang dapat dosa. Dahlah dapat dosa, pengecut pula tu. Bolehlah berbual lebat, cuba hadap depan-depan... kasihan," kata Ammar. Ammar yang sebelum ini kerap menerima kecaman ekoran kontroversi rumah tangganya juga menyifatkan media sosial menyebabkan ramai orang menyibuk hal orang lain berbanding menjaga tepi kain sendiri. "Anda sepatutnya mengukuhkan lagi hubungan dengan Allah berbanding menguatkan jari dengan menaip perkataan yang boleh menyakitkan orang lain di media sosial. "Perempuan dan lelaki jahat ialah yang tak jaga mulut. Ramai nak kena cili mulut itu," ujarnya. - CARI
|
ADVERTISEMENT