CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bos Cakap Tak Guna 1 sen. Aku Balik Kampung Tanam Cili Terkejut Raih RM40,000 Sebulan

17-11-2020 03:10 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5727| Komen: 28


Segelintir anak muda lepasan universiti kini memilih berbudi pada tanah dengan menggabungkan ilmu yang diperoleh untuk meraih pendapatan lumayan.

Meskipun kelihatan tidak bergaya dan mewah, tiada siapa sangka di sebalik wajah kusam dan pakaian lusuh, pendapatan mereka mampu mencecah RM80,000 semusim iaitu antara tujuh hingga lapan bulan.

Abdul Rahman Mohd Nor, 30, yang pernah menerima tawaran bekerja di pejabat kerajaan pada penghujung tahun lepas merupakan antara penanam cili besar atau nama saintifiknya Capsicum anuum, yang berjaya.



Beliau berkata minat terhadap bidang itu melebihi keinginan bekerja di pejabat berhawa dingin.

“Saya tahu apabila menceburi bidang pertanian risikonya amat besar berbanding bekerja di pejabat dengan gaji tetap setiap bulan, namun ia bukan alasan untuk saya mencapai impian bergelar petani moden yang berjaya.

“Apabila saya tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Sumber dan Alam Sekitar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) saya cuba menjalankan tanaman cili secara komersil dengan berbekalkan ilmu serta tunjuk ajar daripada ayah saya sendiri,” katanya ketika ditemui Bernama di ladang miliknya di Kampung Padang Landak, Jertih, di sini hari ini.

Selain itu, beliau juga mengikuti program keusahawanan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian sejak tiga tahun lalu. Penglibatan keluarganya dalam penanaman tembakau sejak Abdul Rahman kecil lagi sedikit-sebanyak mendedahkannya kepada jerih-perih kehidupan seorang petani, hingga beliau menjadi cukup bersedia menghadapi sebarang risiko.

Lebih membanggakan hasil tanaman di tanah seluas tiga ekar (1.2 hektar), Abdul Rahman mampu mengutip hasil sehingga 12 tan cili besar semusim, dengan dibantu oleh lima pekerjanya.

“Apabila kita memilih untuk bekerja sendiri kita perlu menanggung risiko bersendirian, namun walaupun kita graduan universiti tidak semestinya kita perlu berharap sepenuhnya untuk memegang jawatan besar. Kita mampu berdiri di atas usaha kita di dalam keadaan ekonomi negara kita sekarang ini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi graduan, Rohana Alias, 39, yang mengusahakan tanaman Melon Manis Terengganu (MMT) di Fertigasi Alor Lintang, Besut berkata menceburi bidang pertanian boleh memberikan keseronokan di samping memperoleh pendapatan lumayan.

Menurut Rohana, beliau yang menceburi bidang pertanian hampir 13 tahun dan gembira dengan kerjaya pilihannya itu walaupun tidak ramai graduan wanita sepertinya berminat dalam bidang berkenaan.


“Sememangnya bekerja dalam bidang ini kita tidak berpakaian cantik sebagaimana mereka yang bekerja di pejabat, namun mereka yang bertani ini punyai kelebihan tersendiri yang mana saya boleh memilih waktu kerja saya sendiri.

“Walaupun mereka hanya melihat kami berpakaian selekeh namun kami masih mampu meraih pendapatan minimum RM20,000 untuk semusim dan kini pasaran MMT yang saya usahakan telah berkembang ke seluruh negeri ini,” katanya.

Beliau berkata walaupun mempunyai Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Sumber Alam, Kolej Universiti Malaysia Terengganu (kini Universiti Malaysia Terengganu), beliau tetap akan meneruskan usahanya dalam bidang pertanian walaupun mendapat tawaran pekerjaan yang lebih terjamin.

Beliau yakin graduan lain juga mempunyai peluang yang sama sekiranya berminat dan berusaha bersungguh-sungguh tanpa berharap bekerja di pejabat sahaja. Rohana memperoleh ijazah pada 2003 dan pernah mendapat kursus berkaitan penanaman dari Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT) pada 2007.


Sumber : www.imuslimnetwork.com 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 17-11-2020 07:15 AM
Tahniah. Sila teruskan usaha murni
Quote Kurex 17-11-2020 09:10 AM
Teringin nak berbakti pada tanah jugak
Quote akies 17-11-2020 10:14 AM
Tak semua nak buat keje camni.
Berpanas. Berpeluh.
Tapi pendapatan masyukkk.
Kalah org keje kt office
Quote husna_amal 17-11-2020 10:16 AM
Yang penting kita kena rajin berusaha.
Quote mamajawie 17-11-2020 10:20 AM
iollss teringin nak berbudi kepada tanah tapi bak kata apak iollss ko ni tanam pokok sume mati..mgkin tanam bangkai boleh hidup balik bangkai tu kot..uhuk3
Quote prettyuglybabe 17-11-2020 10:55 AM
kira tak lari sangat la course dorang amik dengan kerja sekarang..
elok la dilepaskan jawatan pada mereka yang minat kerja dan lebih layak..
Quote evlinne 17-11-2020 11:07 AM
Lagi mulia dri keje jdi influencer sangkaq
Quote imransulaiman 17-11-2020 11:10 AM
evlinne: Lagi mulia dri keje jdi influencer sangkaq


Atau pun founder promosi LIVE terpekik masa makan di restoran {:cryrun
Quote LadyCarefree 17-11-2020 12:03 PM
Kurex replied at 17-11-2020 08:10 AM
Teringin nak berbakti pada tanah jugak

Tanah ke hutan belantara yang ada satu tunggul cendawan?
Quote LadyCarefree 17-11-2020 12:04 PM
evlinne replied at 17-11-2020 10:07 AM
Lagi mulia dri keje jdi influencer sangkaq

Atau dari retis2 tibaiunta
Quote Kurex 17-11-2020 01:13 PM
LadyCarefree replied at 17-11-2020 12:03 PM
Tanah ke hutan belantara yang ada satu tunggul cendawan?

Tanah la..... Yg hutan belantara tu sebab tak cukur. Bersepah bulu
Quote RatuDunia94 17-11-2020 01:13 PM
Bila dengar kisah dh dapat hasil n untung mmg sedap. Tp ramai x tahu cabaran pertanian ni sangat tinggi. Risiko utama penyakit n ancaman serangga. Masa tu boleh terduduk woo.. and bukan tanam 3 bulan terus dapat hasil balik modal yer.. pokok pangkal nya x leh cepat putus asa.
Quote LadyCarefree 17-11-2020 01:17 PM
Kurex replied at 17-11-2020 12:13 PM
Tanah la..... Yg hutan belantara tu sebab tak cukur. Bersepah bulu

Not my taste la ada hutan belukar walau rumput pun. Lol
Quote LadyCarefree 17-11-2020 01:23 PM
RatuDunia94 replied at 17-11-2020 12:13 PM
Bila dengar kisah dh dapat hasil n untung mmg sedap. Tp ramai x tahu cabaran pertanian ni sangat tin ...

Betullah sangat. iols ada kelapa sawit. The upkeep & maintenance bukan sikit guna duit. Belum lg lawan babi hutan punya cerita. Tp iols kira takpe, at least iols sediakan peluang kerja to those few people jaga pokok2 iols tu.
Quote Normabaru 17-11-2020 09:56 PM
Lg kaya dr doktor bt speselis dan peguam yg segak dgn tie..tiada birokrasi dan xfake.. Kaw hado??  Hehe
Quote Normabaru 17-11-2020 09:58 PM
Teringat tanah kt kg.. Hmm nk kena start tanam2 pasni..
Quote sarahmirza 17-11-2020 11:16 PM
Semusim tu brp lama?
Quote Gomea 18-11-2020 02:03 AM
Indah khabar dari rupa. Bila dah buat sendiri baru tau payahnya macam mana. Harga pon tak menentu. Belum lagi kena penyakit. Pokok baru sebulan dah kena cabut buang, hasil pon tak keluar lagi. Aku tanam ikut ape pekebun cina yg lain tanam. Dorang tanam 3 bulan je, lepas tu cabut tanam benda lain pulak. Sebab slalunya dorang tau market
Quote cikkilata 18-11-2020 02:12 AM
Minat.. tp xde tanah... tanah mahal wooo...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.079842 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top