CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nak Pakai Pelitup Muka, Tapi Tetap Mahu Tunjuk 'Muka'... Ini Penyelesaiannya!

17-11-2020 03:23 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4004| Komen: 6


Lelaki ini memakai pelitup muka yang ditempah daripada Roriz, namun sekali pandang seperti langsung tidak memakai apa-apa yang menutup mukanya. -Reuters


RIO DE JANEIRO: Jorge Roriz, 65, sudah lama menggunakan kemahiran seninya untuk mencipta dunia magis, terutamanya dalam sambutan kebudayaan Carnival Rio de Janeiro yang diserikan kostum berwarna-warni serta kenderaan berhias.

Kini, dalam musim pandemik koronavirus yang belum berakhir, dia memanfaatkan bakat seninya untuk menghasilkan pelitup muka yang tidak 'menutup' ciri-ciri wajah pemakainya, sebaliknya kelihatan mirip wajah asal.
Roriz yang ditemui Reuters di studio seninya dilihat tekun melukis gambaran hidung dan mulut serta sebahagian daripada pipi dan dagu, yang ditutup kepingan pelitup muka pemakainya.

Untuk mencapai matlamatnya, pelanggan yang menempah akan memberi gambar wajah mereka menerusi telefon pintar, lalu cuba meniru semula menggunakan calitan berus dan cat khas.
"Saya menggunakan pelitup muka ini dengan tujuan tidak mahu kehilangan identiti," ujarnya yang turut memakai pelitup muka menyamai warna kulit, bentuk mulut, serta ciri khas pada wajahnya sendiri, seperti misai putihnya.
Semua pelitup muka yang dihasilkannya begitu popular dalam kalangan pelanggan yang juga sependapat dengannya - iaitu mahu menutup mulut dan hidung bagi melindungi diri daripada koronavirus, namun enggan menyembunyikan wajah.

"Sangat penting untuk orang ramai menjaga diri masing-masing. Pakai pelitup muka juga sangat bagus.
"Saya menerima banyak reaksi positif... mereka ketawa melihatnya.
"Sesuatu yang digunakan kerana kita dalam tempoh bersedih akhirnya membawa sedikit kegembiraan," katanya.


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 17-11-2020 09:08 AM
kalau wajah instapemes kena ikut muka tanpa make up atau muka 4 lapis bedak + filter? kang dari wajah gelap jd cerah tpksa plk buat 2 face mask.
Quote husna_amal 17-11-2020 10:10 AM
Nak buat penyamaran pun boleh buat jugak ni.
Quote Noraniza_Iblis 17-11-2020 10:10 AM
siti musliha..
tak buat laa kot face mask gini
Quote belilies 17-11-2020 06:17 PM
Kat us skrg bising cecikgu sana budak2 trend pakai mask geiter. Cover dr tekak sampai ke hidung.
Quote Artemesiaa 20-11-2020 05:16 PM
Tak minatlah macam ni lebih baik guna yang biasa lebih rahsia
Quote Redmyvi 3-12-2020 09:34 AM
Aku lg suka pkai mask biasa.. Biar org tak kenal..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.067167 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top