CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bosan Dah Lama Tak Melancong? Ini 4 Kawasan Menarik Bagi Kaki Jalan

19-11-2020 04:10 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5333| Komen: 20|Original author: Oleh: Cari-Azza



Resah menantikan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) entahkan tamat atau bersambung, pastinya kebosanan melanda setiap individu terutama yang hobinya melancong.

Maklumlah, tiada aktiviti pelancongan luar negara serta sekatan merentas negeri membuatkan 'kaki jalan' kebosanan.

Usah bimbang, kita cuba berjalan di dalam negara bagi penduduk tempatan pula. Selain kawasan yang kurang diteroka, Malaysia sebenarnya mempunyai tempat menarik juga.


Kredit foto: @sthin_21


Tangga Langit

Dahulunya Pulau Jerejak sunyi sepi, tetapi sejak dibangunkan pada tahun 2018, seni bina dan tarikan yang luar biasa yang dibangunkan oleh pihak hotel ini menjadi tumpuan ramai penduduk tempatan dan juga pelancong di dalam negara. 

Ada tangga seakan menuju ke langit, buai di tepi pantai dan macam-macam lagi membuatkan ia seakan-akan Bali Malaysia.


Foto : @desywulandarie

Mural Seni

Hanya di Changkat, Bukit Bintang, kawasan belakang bangunan ini dibangunkan menjadi lokasi artistik dan pastinya menjadi tempat yang cantik untuk 'photoshoot'. 


Foto :@dressaville

Gegelung bahagia

Terletak di Elmina, Shah Alam, lokasi ini bukan sahaja menjadi tempat penduduk setempat beriadah, ia juga menjadi lokasi jurugambar merakamkan potret pengantin atau sekadar bergambar.


Foto :@justinlingg

Paya bakau warna warni

Anda pasti terpegun apabila dikatakan lokasi ini sebenarnya adalah paya bakau. Ya, jambatan warna warni ini baru siap dibina beberapa bulan lalu di Kg. Rosob Pitas, Sabah. Sangat unik dan menarik untuk berswafoto.

Jadi, bagaimana? Bolehlah kaki jalan atau kaki swafoto ke tempat-tempat di atas bagi merakamkan momen menarik ya. - CARI


Sumber: FB Places Malaysia
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 19-11-2020 04:12 PM
Mmg bubuh warna pelangi je terus jd perlancongan ek

Tp lawa la dress tu
Quote Perawankota 19-11-2020 04:48 PM
Pulau jerejak tu konon nk p time merdeka, sekali boat trip semua penuh, paling awal 8.30pm. Mmg x p lah.. Pastu ingat nak p last weekend nk celebrate birthday, sekali pkpb, so lepak Hotel kt KL jer lah mampu..
Quote doubleA 19-11-2020 06:39 PM
Perawankota replied at 19-11-2020 04:48 PM
Pulau jerejak tu konon nk p time merdeka, sekali boat trip semua penuh, paling awal 8.30pm. Mmg x p  ...

Aku local penangites pun tak pergi lagi jerjak tu mungkin skg dah kurang orang sebab pkpb. Tak minat nak keluar sangat sebab covid everywhere
Quote Tinot7 19-11-2020 08:01 PM
Takkan byk ni je tmpt2 yg best?
Cat kaler2 pelangi takkan jadi tmpt best?
Quote 3480 19-11-2020 08:17 PM
Area Ampang Point pon ada mural seni ni.. cantik.. merata dh mural2 ni
Quote Perawankota 20-11-2020 01:02 AM
doubleA replied at 19-11-2020 06:39 PM
Aku local penangites pun tak pergi lagi jerjak tu  mungkin skg dah kurang orang sebab pkpb. Tak  ...

Hahaha, biasalah, kita jarang nk appreciate apa ada tmpt sendiri. Aku asal org Kuantan, x pernah terasa nk Jalan2 explore Kuantan.. Tapi skng mmg elok lah duduk umah jer..
Quote doubleA 20-11-2020 01:58 AM
Perawankota replied at 20-11-2020 01:02 AM
Hahaha, biasalah, kita jarang nk appreciate apa ada tmpt sendiri. Aku asal org Kuantan, x pernah t ...

Bestnya celup tepung, kula cakes
Quote Perawankota 20-11-2020 02:25 AM
doubleA replied at 20-11-2020 01:58 AM
Bestnya celup tepung, kula cakes

Ahahaha.. Dulu2 yer sanggup p beratur beli kula cake. Tapi aku kalau balik kuantan, aku mesti carik mee chalong, nasi dagang dgn Satar n otak2.. Kedai2 hipstur pon byk, tp lagi best makan makanan traditional..
Quote doubleA 20-11-2020 02:47 AM
Perawankota replied at 20-11-2020 02:25 AM
Ahahaha.. Dulu2 yer sanggup p beratur beli kula cake. Tapi aku kalau balik kuantan, aku mesti cari ...

Mee calong belum pernah try lagi. Tak dapat balik kuantan sebab pkpb ni. Susah nak travel. Harap keadaan makin baik la. Paeh patin dapnya.....
Quote Perawankota 20-11-2020 03:46 AM
doubleA replied at 20-11-2020 02:47 AM
Mee calong belum pernah try lagi. Tak dapat balik kuantan sebab pkpb ni. Susah nak travel. Harap k ...

Alahai terliur lak patin Pagi2 nih
Quote helicornia 20-11-2020 09:16 AM
ni bukan kawasan pelancongan.ni kawasan selpie je
Quote husna_amal 20-11-2020 10:49 AM
Tak seronok buat santai2.
Quote RatuDunia94 20-11-2020 01:52 PM
Pd iols tempat2 mcm bi utk bbnu kakai selfie suka lah. Kalau iols mmg x lah nak pergi demata2 utk bergambar.. tgok dlm gambar mcm kat atas mmg nampak cantik. Tp bila pergi penuh org. Ambik gambar pun x lawo terus nampak murahan gambarnya sbb kat belakang tepi ada kepala, kaki, tangan manusia lain..
Quote Artemesiaa 20-11-2020 04:53 PM
Sesuai untuk mereka yang kaki selfie dan upload dalam media social
Quote hasniey 21-11-2020 09:45 AM
Yg paya bakau tu mcm best.mesti redup sejuk je kan...tp kene pakai mosquito repellent siap2
Quote Cassieopeia 22-11-2020 08:44 PM
semua tempat ni kene rentas daerah jgk huhu
Quote adeqbun 23-11-2020 11:24 AM
sejak dua menjak ni ai kalau bercuti dh xheran nak ootd dan amik gmbr sgt.nak relaxkan kepala dan bdn je..
Quote HuoJingJue 23-11-2020 12:10 PM
wa pigi mydin depan lumah saja maa
Quote biggirlduncry 24-11-2020 10:15 AM
jauh2 jugak nam menempuh perjalanan tu, zaman2 pkp ni... pelangi ka... panjat langit ka...apa ka, sis dok rumah saja la dulu

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.086578 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top