Pada 18 November 1978, pengasas ajaran sesat People's Temple, Jim Jones mengepalai ratusan pengikutnya dalam insiden bunuh-bunuh diri beramai-ramai di penempatan agrikultur mereka yang berada jauh di pedalaman Guyana.
Mereka dengan rela hati menelan minuman buah bercampur racun sementara yang lain dipaksa sambil senjata api diacukan ke kepala mereka. Angka kematian akhir di Jonestown pada hari tersebut adalah seramai 909 nyawa, di mana satu pertiga daripadanya adalah kanak-kanak. Jim Jones asalnya seorang ahli gereja yang berkarisma sebelum mengasaskan People's Temple sebagai satu bahagian baharu dalam Kristian di Indianapolis pada sekitar 1950-an. Dia berdakwah menentang perkauman dan sehingga jemaah majmuknya menarik ramai orang kulit hitam Amerika. Pada 1965, Jones membawa para pengikutnya berpindah ke California Utara dan membuka penempatan di Ukiah, kemudian beralih ke San Francisco selepas 1971. Ketika itu, People's Temple dituduh media atas kegiatan penipuan wang, keganasan fizikal oleh ahlinya serta layanan buruk terhadap kanak-kanak. Apabila tuduhan semakin hangat, Jones menjemput jemaahnya berhijrah bersamanya ke Guyana di mana dia menjanjikan sebuah penempatan utopia sosialis. Jonestown bagaimanapun tidak menjadi sebuah syurga yang dinantikan buat para pengikutnya sepertimana yang dijanjikan. Ahli-ahli dikerah bekerja sepanjang hari di ladang dan dihukum dengan berat jika mereka mempersoalkan kuasa Jones. Pasport mereka disimpan, surat mereka ditapis, dan dipaksa menghadiri perjumpaan panjang hingga lewat malam. Ia membawa kepada sekumpulan bekas ahli People's Temple dan ahli keluarga yang risau berjumpa dengan Ahli Kongres A.S. dari California, Leo Ryan dan meyakinkannya supaya terbang ke Jonestown untuk menyiasat penempatan itu. Maka pada 17 November 1978, Ryan tiba bersama sekumpulan jurnalis dan pemerhati. Lawatan pertama berjalan dengan baik, namun keesokan harinya sebelum berangkat pulang, mereka didatangi beberapa orang penduduk Jonestown yang merayu untuk ikut sama keluar daripada negara itu. Jones, yang pada ketika itu sudah mengalami kemerosotan mental dan ketagihan dadah, jadi berang dengan pembelotan pengikutnya, dan salah seorang pegawai kanannya menyerang Ryan dengan pisau. Ryan terselamat tanpa kecederaan daripada insiden itu, namun Jones kemudian mengarahkan supaya Ryan diserang hendap dan dibunuh di lapangan udara ketika mereka hendak berlepas pulang ke Amerika. Ahli kongres itu bersama empat pengiringnya terbunuh di dalam pesawat mereka. Kembali ke Jonestown, Jones mengarahkan semua orang supaya berkumpul di pavilion utama untuk melakukan apa yang dipanggilnya sebagai 'tindakan revolusi'. Ahli termuda People's Temple mati dahulu, apabila ibu bapa dan panjaga menggunakan picagari untuk menitiskan cecair campuran sianida (cyanide), penenang dan serbuk jus buah-buahan ke tekak anak-anak mereka. Para dewasa kemudian beratur untuk meminumnya ketika pengawal bersenjata berkawal di sekeliling pavilion itu. Apabila pihak berkuasa Guyana tiba di Jonestown keesokan harinya, mereka menemukan ratusan mayat bergelimpangan memenuhi kawasan tersebut. Kebanyakan mereka mati dalam keadaan berpegangan tangan dan berpelukan sesama mereka. Beberapa orang berjaya meloloskan diri ke hutan, sementara sekurang-kurangnya beberapa puluh orang lagi ahli People's Temple termasuk anak Jones terselamat kerana mereka berada di luar Guyana ketika peristiwa hitam itu berlangsung. *Sumber: History, Wikipedia, rancaktv.com |
sarah82 replied at 21-11-2020 04:15 PM
Ajaran sesat ni.. Bukan ada dlm islam saja... Tapi juga dalam pelbagai agama lain.
anakjiran replied at 21-11-2020 04:18 PM
mat saleh lagi banyak lah ajaran sesat macam kultus ni.kita je tak terdedah
anakjiran replied at 21-11-2020 04:18 PM
mat saleh lagi banyak lah ajaran sesat macam kultus ni.kita je tak terdedah
anakjiran: mat saleh lagi banyak lah ajaran sesat macam kultus ni.kita je tak terdedah
nia_salina replied at 22-11-2020 01:17 PM
iols dh tgk docu ni dari mula sampai akhir. ada kat netflix. memang tkle brain cmna diaorg dibrain w ...
fuyupoktek replied at 24-11-2020 10:18 AM
Ape tajuk kt netflix
ADVERTISEMENT