CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kelantan Serius Laksana Hudud

28-10-2013 06:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5551| Komen: 30

Ahmad Yakob


KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kelantan sehingga kini tetap serius dan yakin untuk melaksanakan hudud meskipun terdapat pelbagai halangan, bahkan hasrat merealisasikannya juga dianggap sebagai mainan politik pihak tertentu.


Bukti Kelantan tidak lemah semangat biarpun ada kekangan, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri tetap meneruskan usaha bersungguh-sungguh agar Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 yang diluluskan Dun Kelantan dapat dilaksanakan sepenuhnya.


Menurutnya, apabila disebut pelaksanaan hukum hudud di Malaysia, ramai yang akan mengingati hasrat Kelantan untuk melaksanakan undang-undang itu yang sudah lama diusahakan tetapi dengan pelbagai halangan masih lagi belum berjaya.


“Kita amat hormat Brunei yang sudah mampu menegakkan hukum ini di negara mereka, ini menjadi semangat kepada kita bahawa ALLAH SWT akan pelihara hukum-Nya dan sampai masa insya-ALLAH negeri kita akan dapat laksanakan.


“Ada pihak menyatakan hasrat kerajaan ini sekadar mainan politik sahaja, padahal tuduhan itulah mainan politik dan saya sifatkan golongan yang menolak dan mengejek, mengetepikan syariah Islam khususnya hudud adalah golongan jahil, malah tidak mengetahui keindahan syariat Islam itu sendiri,” katanya.


Terdahulu beliau merasmikan Konvensyen Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar Peringkat Kebangsaan sempena sambutan Hari Hududullah negeri Kelantan di sini, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh.


Ahmad berharap program itu dapat menyedarkan minda dan fikiran umat Islam terhadap hudud supaya membuka jalan bagi dilaksanakan walaupun dianggap terlalu sukar, tetapi suatu hari nanti ia akan jadi kenyataan.


“Sambutan program ini juga diadakan bagi mengadakan tekanan kepada pihak tertentu supaya melihat kepada ajaran dan undang-undang Islam secara positif, bukan negatif.


“Bahkan hukum ALLAH SWT lebih mengatasi daripada undang-undang ciptaan manusia,” katanya.


Tambahnya, sambutan hari hudud itu juga dilaksanakan bagi memberi gambaran sahih terhadap pelaksanaan hukum Islam dalam masyarakat kerana ia bersifat mendidik dan bukannya menzalimi.


“Hudud ini bukanlah bermakna hukuman sebat dan potong tangan semata-mata.


“Malangnya wajah hudud ini telah diberikan imej cukup buruk oleh media barat, dengan sokongan media sekular dalam negara kita yang menjadikan masyarakat sering kali tersalah anggap tentang hudud. Hakikat hudud bermakna batasan,” katanya.


Katanya, pelbagai kes jenayah berlaku sekarang ini sangat menakutkan dan beliau mempersoalkan undang-undang sedia ada tidak mampu mencegahnya dengan berpandangan undang-undang dicadangkan oleh ALLAH SWT adalah pencegahan kepada umat Islam dan wajib memperjuangkannya untuk dilaksanakan di negara serta negeri.


“Apa yang mampu kita (kerajaan negeri) lakukan mengikut bidang kuasa kerajaan negeri sudah kita laksanakan.


"Dengan itu saya menyeru kepada semua jabatan kerajaan, sama ada negeri atau Persekutuan, sama-sama bertanggungjawab meningkatkan kualiti iman dalam kalangan rakyat dengan bekerjasama menyeru kebaikan cegah kemungkaran menerusi pendekatan masing-masing,” katanya.


23

Bagus
10

Marah
8

Terkejut
18

Sedih
14

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ashraqi 28-10-2013 02:43 PM
yes!..buat ja kelantan..pedulikan pak jib nk kata apa nnt..nnt dekat sana bkn pak jib yg nk soal pun..sya org kedah but sya sokong kelantan..gomo klate gomo...

i miss arwah ustaz azizan..hukhukhuk..kalau dia ada lagi skrang, for sure kedah pun follow kelantan dh..

al-fatihah utk beliau
Quote nexusys 28-10-2013 02:55 PM
harap2 Brunei jadik insentif yg kuat utk bentukkan Hudud di Kelantan.....

(brunei buat, baru nak jalan.... kalao brunei tak buat.. sengap jah... tapi bagus sebab ada niat tuh)
Quote rashiman 28-10-2013 03:13 PM
ashraqi posted on 28-10-2013 02:43 PM
yes!..buat ja kelantan..pedulikan pak jib nk kata apa nnt..nnt dekat sana bkn pak jib yg nk soal pun ...

Teruskan usaha tersebut...pedulikan rakan pakatan...pedulikan kapal sink...

Quote AwgSagi 28-10-2013 03:22 PM
ashraqi posted on 28-10-2013 02:43 PM
yes!..buat ja kelantan..pedulikan pak jib nk kata apa nnt..nnt dekat sana bkn pak jib yg nk soal pun ...

Kalau tak boleh jalan biasa, guna jalan luarbiasa.

Menteri Besar adalah ketua pentadbiran negeri. Sultan adalah ketua agama negeri.

Kalau tak boleh simpan di mahkamah biasa, simpan bawah institusi kesultanan, bawah adat dan agama. Tu pun kalau ada lagi lah. Sistem sekarang lebih kurang jer macam zaman koloni, memisahkan pentadbiran umum dan agama negeri.

Ramai percaya, hukum hudud hanya untuk orang islam. Takper kita ambil apa orang percaya. Kita sambung, Agama Islam adalah diketuai oleh seorang Sultan. Kita tambah lagi, Sultan bertanggungjawab melaksanakan perintah islam kepada orang islam. Kalau kita percaya hudud adakah perintah ALLAH untuk islam... maka... MB berunding ler dengan sultan dan pengubal undang2.

Lepas tu kalau datang kefahaman level 2... jangan terkejut pulak yer... all parents muslim. Sebelum hudud betul2 diangkat dan digazet, jenguk2 juga ler AL-QURAN tu, cari ayat qisas dan hudud sebagai persediaan. Kalau tak silap dalam Surah Al-Maidah. Tengok betul2 pada pangkal ayat. Seruan untuk siapakah itu?

Quote rashiman 28-10-2013 03:34 PM
AwgSagi posted on 28-10-2013 03:22 PM
Kalau tak boleh jalan biasa, guna jalan luarbiasa.

Menteri Besar adalah ketua pentadbiran neger ...

Takut rakan pakatan tak setuju , selama nie pas byk mengalah dgn rakan pakatan. Jgn bila dap ugut nak keluar pakatan maka terbantut lagi usaha tersebut.
Quote MissMamamia75 28-10-2013 03:45 PM
good kelantan...xcuba xtau...
gomen yg ada cuma berani jaga kesihatan rakyat jer ngan mansuhkan subsidi gula...

Quote lebaigoogle 28-10-2013 03:55 PM
ashraqi posted on 28-10-2013 02:43 PM
yes!..buat ja kelantan..pedulikan pak jib nk kata apa nnt..nnt dekat sana bkn pak jib yg nk soal pun ...

ni haa for sure kau...

''Kerajaan Pas Kedah tidak akan laksanakan hudud buat masa ini kerana Pas berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Inilah realiti politik hari ini di Kedah. Jangan samakan Kedah dengan Kelantan. Kerajaan Pas Kedah akan berunding dengan rakan Pakatan dahulu.'' (Datuk Seri Azizan Abdul Razak - MB Kedah)

Quote AwgSagi 28-10-2013 03:56 PM
rashiman posted on 28-10-2013 03:34 PM
Takut rakan pakatan tak setuju , selama nie pas byk mengalah dgn rakan pakatan. Jgn bila dap ugut  ...

mmm... tentu ada jalan lain. ada banyak jalan sebetulnya. tapi semua jalan tu ada2 jer cabaran yang perlu dihadapi.

jalannya mungkin melalui institusi raja. tu pun kalau dapat diyakinkan bahawa antara tugasnya sebagai ketua agama negeri ialah dengan menegakkan hukum perundangan islam. kalau dia kata... beta hanya simbol dalam negeri... hehehe... tu cabaran lain lagi tu.

Quote cecari 28-10-2013 03:56 PM
ashraqi posted on 28-10-2013 02:43 PM
yes!..buat ja kelantan..pedulikan pak jib nk kata apa nnt..nnt dekat sana bkn pak jib yg nk soal pun ...

apa kata mufti @Maideen.  al kantoi tu.
Quote M5 28-10-2013 03:58 PM
tak habis2 cerite pasal hudud mudud. sampai bila la mau kena tipu sama pak ereb ni
Quote cipOt_cedOt 28-10-2013 04:13 PM
desak kerajaan tubukan suruhanjaya diRaja kasi perlaksanaan perundangan dan perlembagaan berteraskan syariah dulu...

bergadoh-gadoh sampai pecah kepala desak kerajaan tubuhkan inques diRaja siasat orang terjun bangunan boleh... apa la sangat nak tuntot suruhnajay ni kan...
Quote Modngengade 28-10-2013 04:21 PM
yer la..tu...dari PAS mulai mengambil alih tampuk pemerintahan..sampai la ni pun tk ada apa2...
Quote AwgSagi 28-10-2013 04:28 PM
Ni petikan terjemahan ayat 1 & 2 dari surah An-Nur:
[sumber: http://pusatislam.eng.usm.my/quran/terjemahan/24.html]

  • Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).
  • Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Apa ciri-ciri orang beriman? Iaitu percaya sepenuhnya pada Rukun Iman yang 6. Di sana ada beriman pada kitab2 yang diturunkan. Muslim hanya ada kitab yang bernama Al-Quran sahaja lagi. Yang lain dah tak ada... Injil, Taurat dan Zabur dah takde. Kitab2 yang lain tu dah nama lain dan mereka pun tak nak kitab mereka disebut sebegitu... so tak masuk list ler kan... apa ada pada nama.

Apa setback tak percaya hudud (ada beza antara menkanunkan hudud dan melaksana hudud)?
Setback dia, muslim hanya akan bergelar muslim, belum bergelar sepenuhnya sebagai beriman penuh. Untuk naik ke peringkat mukmin, maka semua hukum2 yang tercatat dalam ALQURAN perlu dikanunkan dalam diri, dalam keluarga oleh ketua, dalam kampung oleh ketua, dalam daerah oleh ketua, dalam bandar oleh ketua, dalam kota oleh ketua, dalam negeri oleh ketua dan dalam negara oleh ketua. Bebannya adalah pada semua orang-orang islam. Tak dapat level negera, turun level negeri, turun level kota dan seterusnya hingga ke level individu. Level individu hanya perlu percaya dan tidak membuat apa yang ditegah.

Contohnya kebaikan mengkanunkan hukum2 ALQURAN dalam diri, apabila kita percaya tentang larangan zina, dalam satu situasi kita tertarik kepada seseorang dijalanan dan terbangkit rasa, maka kita boleh jadi teringat secara automatik apabila melihat sesuatu yang membangkit rasa itu dan itu dipanggil alert kepada mukaddimah zina.

Sebagai manusia biasa, adakalanya kita pasti terlanjur, terleka dan terlupa, itu gunanya tool bernama taubat. Kefahaman tentang hukum akan berbeza dengan setiap individu. Jadinya, bersabar dalam belajar dan nasihat-menasihati sesama kita agar "Demi masa. Manusia itu berada di dalam kerugian."

Maka apabila kita merujuk diri kita sebagai muslim dan mukmin dalam keadaan kita belum mampu constantly mengerjakan rukun islam dan rukun iman, kita gunalah kata2 seperti "saya dalam perjalanan menjadi muslim penuh" atau "saya dalam perjalanan menjadi mukmin yang penuh".

Tugas melaksanakan hukum2 dalam ALQURAN adalah tugas individu setiap muslim yang mukmin. Adalah terbaik kalau kita tak huha huha membuat provokasi apabila memperkatakan/menaip sesuatu tentang hukum dari tuhan - semua akan dipertanggungjawabkan.

Ini pendapat peribadi sahaja dan inilah yang saya percaya setakat ini, Insyaallah.

Quote redseven 28-10-2013 04:30 PM
Kali ini lah....harap betul & benar...sila buktikan dengan sedaya upaya..
Quote PostBanhammer 28-10-2013 05:29 PM
Potong silang sama itu pengawal bank cilanat.
Quote dasatgiler 28-10-2013 06:21 PM

Quote H猷L鰃頧 28-10-2013 06:45 PM
aku rasa Sultan Kelantan perlu buat penerangan pasal hudud dulu pada masyarakat negeri, ulang lagi keperluan hukuman yg serius, laksanakan berperingkat secara rasmi,

1-terangkan
2-3ulangkan
3-laksanakan

ps/ tapi aku rasa Raja & Sultan negeri lain mesti adayg tak mau backing hal camni, mana ke tidak sendiri pun berjiwa sekulamik
Quote masa_lalu 28-10-2013 07:36 PM
bila dap gertak tak bagi laksanakan hudud, maka termasuk la telur lebai pas sambil memberi alasan hudud ditangguhkan sebab bn tak izinkan
Quote brownstone 28-10-2013 07:56 PM
Aku yakin utusan dan tv3 akan interbiu Karpal Singh pas ni...

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.083092 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top