Pengarah dan pelakon popular Michael Ang mengakui dirinya salah seorang kontak rapat kepada Alif Satar yang disahkan positif Covid-19 pada Ahad lalu.
Sehubungan itu, Michael bertindak segera dengan menjalani ujian calit di sebuah hospital swasta di Damansara pada hari yang sama sebagai langkah berjaga-jaga. Bagaimanapun, Michael bersyukur kerana disahkan bebas daripada virus yang boleh membawa maut tersebut selepas memperolehi keputusan pada Isnin. Berkongsi pengalamannya di laman sosial Instagram (IG), Michael turut menyampaikan pesanan kepada semua pengikutnya terutama penonton video yang dimuat naik. Michael berkata, jika sebelum ini beliau bersikap skeptikal terhadap virus Covid-19 kerana tidak ada kenalan terdekat yang dijangkiti, namun pandangan tersebut berubah.
Pengarah drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa itu turut berpesan agar masyarakat mengambil serius tentang virus tersebut dan sentiasa menjaga Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
|
prettyuglybabe replied at 24-11-2020 01:52 PM
harap MA kuarantin dulu 14 hari then pergi untuk 2nd swab test..
ajinomotonosuga replied at 24-11-2020 02:07 PM
Ni sekor lai Beruang bengong...dah nk 10 bulan covid mai baru nk yakin covid is for real..gila la ko ...
lotionmilo replied at 24-11-2020 01:53 PM
Propa apo kalau dah beratus mati kat malaysia ni!!
Jangan lupa kuarantin ya mic
Incanto replied at 24-11-2020 02:14 PM
Covid is Propa?
simpan sikit bodoh tu boleh tak?
limau_lemon replied at 24-11-2020 02:28 PM
Ramai je rakyat Malaysia fikir covid ni propa.. Mcm my niece cerita pengasuh dia kata data yg kkm ...
ADVERTISEMENT