Di laman Twitter malam tadi, terdapat pendedahan daripada seorang netizen yang mana mendedahkan terdapat ramai gadis telah menjadi mangsa kepada pendakwah dan penyanyi, Dai Syed.
Dalam pendedahan tersebut, netizen mendakwa rakan baiknya telah menjadi mangsa rogol Dai Syed sehingga membuatkan gadis itu menjadi trauma. Lebih mengejutkan, bukan sahaja rakannya malah terdapat beberapa lagi gadis turut menjadi mangsa apabila pelantun Ya Agmal Eyoun itu dikatakan kononnya membawa mereka pulang ke rumahnya. Susulan daripada itu, pihak Murai.my telah menghubungi pengurus kepada Dai Syed bagi mendapatkan kenyataan berkenaan dakwaan tersebut. Akui terkejut dengan dakwaan itu, menurutnya pihak mereka akan menjalankan siasatan lanjut dan akan tampil dengan satu kenyataan rasmi dalam masa terdekat. Sebagai info, Dai Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail, 25 dikenali ramai sebagai selebriti yang berbakat besar kerana menggunakan bakat yang dimiliki untuk menyampaikan dakwah kepada orang ramai. -CARI Kredit: Murai.com
|
rantaikendoq replied at 24-11-2020 05:23 PM
cerita betol ke fitnah ni?
NekNgah replied at 24-11-2020 05:25 PM
Apa guna kerajaan bayar gaji polis. Pergi report lah.
ADVERTISEMENT