CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tempah PS5, Bila Sampai Dapat Makanan Kucing Dan Anjing

25-11-2020 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3147| Komen: 6

Kisah berkaitan permainan konsol Playstation 5 masih belum reda apabila baru-baru ini berlaku masalah membabitkan penghantaran di United Kingdom (UK).

Isu tersebut timbul apabila ada pelanggan yang membuat pra tempahan PlayStation 5 (PS5) melalui Amazon UK telah menyatakan mereka masih tidak menerima konsol tersebut.

Foto: Twitter

Lebih menyedihkan, terdapat juga beberapa pelanggan yang mengadu mereka telah menerima produk lain dan bukannya PS5.

Selain alat elektronik seperti Air Fryer, ramai juga mendakwa mereka menerima mesin pembuat kopi, pengurut kaki serta makanan kucing.

Kisah berkenaan telah menjadi perdebatan ‘hangat’ dan isu panas hinggga ada yang menganggap mereka telah menjadi mangsa penipuan atau ‘scammer’.



Bimbang sekiranya isu tersebut diperbesarkan, pihak Amazon UK kemudian menyatakan pembeli perlu menunggu sehingga 48 jam jika kurier tersebut akan menghantar PS5 berkenaan.

Walaubagaimanapun jika isu tersebut masih berlarutan,  syarikat itu turut menyediakan hadiah percuma sebagai pampasan.

Untuk rekod, di Malaysia PlayStation 5 edisi digital dijual pada harga RM1869 dan versi dengan pemacu optik Ultra HD Blu-ray pula pada harga RM2299.

Turut diumumkan ialah harga aksesori rasmi pengawal DualSense (RM349), fon kepala Pulse 3D (RM469), HD Camera (RM279), Media Remote (RM149) dan Dual Sense Charger (RM149). 

Mereka yang membuat pra tempahan akan menerima konsol berkenaan pada 11 Disember. -CARI

Gambar: Twitter, Amanz
Sumber: Gempak
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 25-11-2020 10:53 AM
Kesian kena scam. Barang panas ps5 ni.
Quote Artemesiaa 25-11-2020 01:30 PM
Scamer merata sekarang ni kena selidik dulu sebelum buat apa2 urusniaga atas talian
Quote zarulnazmi 25-11-2020 01:39 PM
Masalahnya ada kurier yang rembat. Diorang tahu apa barang yang dihantar, tukar sampul pos dengan isi berbeza. Aku sendiri pernah kena beli hardisk 1TB tapi dapat sampul isi plastik. Ada kesan dah dibuka dan ditampal semula. Nak dapat balik memang makan masa.
Quote puteribaya 26-11-2020 06:40 PM
sedih..iols pun baru kena..beli exersice bike RM700 tapi bila sampai dapat facemask sekeping je..dari Shoppee, bila trace balik. ..seller tu dah x de,,macamna ye nak buat..dah call Shoppee tapi jawapan belum dapat apa2..sapa boleh bagi tau mcamana nak buat?
Quote achilles_heel 27-11-2020 04:02 PM
puteribaya replied at 26-11-2020 06:40 PM
sedih..iols pun baru kena..beli exersice bike RM700 tapi bila sampai dapat facemask sekeping je..dar ...

bukan shopee x kan bayar kepada seller selagi kita x approve terima barang tu? jangan la approve. report pada shopee dan minta refund
Quote Scheherazade 27-11-2020 11:02 PM
Beli brg mahal tp brgnya x dpt mmg mendtgkn kemarahan

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.130429 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top