CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dulu Nak Keluar Rumah Pun Malu, Tak Sangka Shalma Eliana Jadi Penyanyi

25-11-2020 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5207| Komen: 24

Menjadi seorang yang mempunyai personaliti menarik dan mampu menghiburkan orang ramai memerlukan keberanian serta keyakinan tinggi. Walaupun kelihatan seperti mudah, namun ia mempunyai cabaran tersendiri.


Sebagai manusia, menerima kecaman atau kritikan daripada orang sekeliling bukanlah yang dinanti-nantikan. Lebih-lebih lagi di zaman berteknologi tinggi sekarang. Orang boleh mengkritik, mengeji mahupun memuji sambil berselindung di sebalik komputer atau telefon pintar.

Bagi Shalma Eliana Bruhanutheen, itulah antara cabaran terbesar yang perlu diharungi dalam hidupnya selama dua dekad itu.

Foto: IG

Katanya, mempunyai keyakinan diri yang tinggi bukanlah sesuatu yang dimilikinya secara semula jadi. Perasaan malu membuatkan dirinya enggan menjejakkan kaki ke luar rumah. Bersembunyi di sebalik alasan dia seorang yang pemalu telah membuatkan dirinya selesa berada dalam keadaan itu waktu zaman sekolah.


Kini, apabila dia sudah mula menapak ke dalam industri seni yang perlukan perhatian ramai untuk berjaya, gadis kelahiran Kuala Lumpur itu rasa seperti dejavu apabila perlu menghadapi kritikan orang ramai tentang dirinya.


“Dalam industri ini pasti ada sahaja orang yang tidak berpuas hati. Saya pernah fikir peminat mungkin tidak boleh menerima diri dan muzik saya. Namun saya tetap cuba perbaiki diri sendiri,” katanya kepada Pancaindera baru-baru ini.

Sentiasa positif selain memikirkan impian dan minatnya dalam bidang seni adalah faktor utama dalam mengatasi masalah yang sentiasa bermain dalam mindanya itu.

"Dulu memang saya sangat pemalu. Tetapi makin lama saya sedar dan tidak mahu teruskan hidup begitu. Buang masa sahaja.

“Sekarang saya hanya mahu mengejar cita-cita dan menjadi wanita berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa,” jelasnya dengan mata yang bersinar penuh semangat.


Pada mulanya, minatnya itu sekadar untuk berseronok bersama keluarga. Namun, setelah keluarganya menyakinkan dirinya tentang bakat yang ada, Eliana lebih yakin dengan hobinya itu.

“Setelah mereka berpendapat saya mempunyai suara yang merdu, saya mula beranikan diri untuk membuat persembahan menyanyi di sekolah dan di majlis perkahwinan kakak,” jelasnya yang tampil single pertama berjudul Janji Terindah pada 2018.


Walaupun sudah dua tahun berada dalam industri ini, dia sedar karier sebagai seorang penyanyi belum tentu kekal sampai bila-bila.

“Saya mementingkan pelajaran juga kerana itu adalah tanggunjawab sebagai anak. Ibu bapa izinkan saya menyanyi dengan syarat saya tetap akan sambung belajar,” kata anak bongsu daripada empat beradik itu.

Mengulas tentang perkembangan karier, Eliana berkata, single terbaharunya yang bertajuk Aroma telah dimuat naik dalam laman Youtube.
Selain menyanyi, dia juga sedang bejinak-jinak dalam dunia lakonan kerana baginya ia membantu dari pada segi mengekspresikan emosinya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 25-11-2020 02:52 PM
Gelak macam antu pemalu???? Pfftt
Quote Normabaru 25-11-2020 02:53 PM
Eh itu shalma aina. Hahaha.sorry silap orgTheheheee
Quote husna_amal 25-11-2020 03:05 PM
Nama naik pun sebab dak mael ni kan.
Quote electricopop 25-11-2020 03:41 PM
Hahaha. Ye ye je...
Quote irish_ieka 25-11-2020 04:02 PM
biase je budak ni. dok berkepit je ngn mail tu.
Quote RatuDunia94 25-11-2020 05:06 PM
Muka petak
Quote hidet 25-11-2020 05:18 PM
kalau tengok karekter and lenggok badan di socmed, tak mcm pemalu pon ! good try Eliana
Quote WajibulGhunah 25-11-2020 05:19 PM
Akaknya lagi berganda cantik
Quote doubleA 25-11-2020 07:27 PM
sapa dia ni? awek mael ijani ke? upgrade la sikit rupa dari seripah ros ke muka petak plak
Quote cicicumel 25-11-2020 07:42 PM
WajibulGhunah replied at 25-11-2020 05:19 PM
Akaknya lagi berganda cantik

Siapa akak dia
Quote slyfynx 25-11-2020 07:59 PM
Ko ialah sape dek?
Kalau jumpe trjatuh tepi jalan mau ku kuis dgn kaki jah
Quote Siputjelly 25-11-2020 08:31 PM
siapa ni? adeh tak kenal lah. mula mula ingat shalma yg gelak2 tu. rupanya bukan
Quote YomiuriLandMae 25-11-2020 08:39 PM
Alah x ke mana la kau dikk.. ujung2 nnt berlakon jah mampu.. nak menyanyi mmg hauss laa..
Quote samshik 25-11-2020 09:32 PM
Sapo neh.. Br mumaiyiz jahh
Quote imanjannah 25-11-2020 09:34 PM
ooo ingat biras dak migha tadi
Quote minah_selekeh 25-11-2020 09:37 PM
OK la budak ni dari segi rupa.. Cantik la jugak cuma annoying tengok..
Quote mosti 25-11-2020 09:39 PM
Bila live..dia sangat lawa
Quote izat123 25-11-2020 10:52 PM
Siputjelly replied at 25-11-2020 08:31 PM
siapa ni? adeh tak kenal lah. mula mula ingat shalma yg gelak2 tu. rupanya bukan

Ni adik dia.
Quote makadek 25-11-2020 10:54 PM
Kamu shiyapaaa
Kamu shiyapaaa

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.067366 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top