CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Suruh Ambil Serai, Aku Pergi Cabut Lalang,"-Shima Anuar Mengaku Dulu Tak Pandai Masak

25-11-2020 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7447| Komen: 44

Foto: IG


Ada ketikanya perkara yang dilakukan bersama dapat merapatkan kembali hubungan keluarga. Mungkin itulah yang dirasakan oleh pelakon Shima Anuar apabila dia semakin hari semakin menumpukan perhatiannya kepada perniagaan laksam yang dijalankan.

Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, Shima mengakui bahawa hubungannya dengan kakak tidak begitu rapat hinggalah mereka sama-sama membina perniagaan laksam bersama.


"I dah takde mak masa umur 11 tahun. I ada sorang je kakak. Lain semua abg dan adik lelaki. Dulu I lagi rapat dengan abang.

"Selalu gaduh dengan kakak sebab I ni nakal. Kakak I dia baik. Haha. Dah tua-tua baru rapat dengan kakak," tulis Shima pada satu entri di Instagramnya.


Menurut Shima, dia tidak begitu pandai memasak pada satu ketika dulu dan sentiasa merujuk kepada kakaknya.

"So apa-apa semua refer dengan dia. I tak pandai masak pun dulu (suruh pegi ambik serai belakang rumah, aku pegi cabut lalang). Nak masak pun main belasah je. Kalau tak tau apa-apa, mesti akan tanya dia.

"Now kita orang buat @laksambys sama-sama. Dah jadi family business dah. Semua get involved. Semoga sama2 dimurahkan rezeki kita adik beradik. Inshaallah aminnn. (Nanti belikan lagi periuk2 ni ok? Thank you ngah!" tulis Shima lagi.



Sebelum ini perniagaan laksamnya pernah dilanda sedikit masalah apabila ejen penjual laksamnya didakwa mengenakan caj untuk setiap bekas yang dibeli. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 25-11-2020 03:03 PM
Story dia pasal laksa ni pun dah keluar beberapa bulan lepas.
Quote AshkieLa 25-11-2020 03:28 PM
sedapnyer laksam...
Quote newme11 25-11-2020 03:29 PM
Sapa pernah rasa Laksam dia??
tolong komen jujur ,,please,...
Quote bottombikini 25-11-2020 03:33 PM
so dia nak bagitau apa sebenarnya
Quote exclusive_vvip 25-11-2020 03:36 PM
susah nak jumpa kedai jual laksam kan...ada sesapa tau tpt jual laksam area Cyber?
Quote cikkittydiva 25-11-2020 03:39 PM
Laksa aku suka..laksam kureng..
Quote September14 25-11-2020 03:40 PM
Ingtkan shima teringin
Quote lee_haru 25-11-2020 03:44 PM
exclusive_vvip replied at 25-11-2020 03:36 PM
susah nak jumpa kedai jual laksam kan...ada sesapa tau tpt jual laksam area Cyber?

Puffy buffy
Quote Kurex 25-11-2020 04:38 PM
Cuma nak puji tulisan dia.. cantik
Quote arffa 25-11-2020 05:23 PM
Hahaha sebenarnya pada zaman remaja aku pun pernah amek lalang. Macam sama kejadiannya. Pastu opah aku lempar Kalang tu kat aku marah betul dia aku salah amek. Tapi kunyit aku kenal ye pada zaman itu.
Quote September14 25-11-2020 05:26 PM
cikkittydiva replied at 25-11-2020 03:39 PM
Laksa aku suka..laksam kureng..

Aku pun penah mkn tp x masuk la sbb ada santan tu rasa pelik
Quote Suchi 25-11-2020 05:28 PM
bottombikini replied at 25-11-2020 03:33 PM
so dia nak bagitau apa sebenarnya

Ntah huhu btw dia ni jadi artis lagi ke ye? Untung betul artis ni baru pestime masak apa2 pun terus org laju order.
Tak silap iols masa bulan puasa or time PKP aritu dia baru je belajo buat laksam ni tup2 dah niaga plak.

Quote Suchi 25-11-2020 05:34 PM
newme11 replied at 25-11-2020 03:29 PM
Sapa pernah rasa Laksam dia??
tolong komen jujur ,,please,...

Memang dia buat sorang2 ke yg banyak2 penuh meja tu? Seram lak tengok meja penuh umah huhu.
Kalau dia buat sorang mau sepanjang hari la kot duk kat dapur cam tak logik plak huhu.
Iols rasa renyah laksam ni sbb kena masak satu2 gulung tu  secara manual mana nak perisikan ikan buat kuah lagi.
Quote rospinki 25-11-2020 05:40 PM
Suchi replied at 25-11-2020 05:34 PM
Memang dia buat sorang2 ke yg banyak2 penuh meja tu? Seram lak tengok meja penuh umah huhu.
Kalau ...

mi laksam ready made pon ada dah..ada tengok kt kedai forzen. segala maknenek stok utk peniaga makanan ada jual. aku pon rajin mengelayor kat situ..mengelayor itu jgn tanya..masud dia merayau takde tujuan.
Quote exclusive_vvip 25-11-2020 06:15 PM
lee_haru replied at 25-11-2020 03:44 PM
Puffy buffy

oraittt..tq..I google skrg
Quote exclusive_vvip 25-11-2020 06:16 PM
Suchi replied at 25-11-2020 05:34 PM
Memang dia buat sorang2 ke yg banyak2 penuh meja tu? Seram lak tengok meja penuh umah huhu.
Kalau ...

laksam tu leh tempah kat org lain..kuah je kot buat sendiri
Quote redapple10 25-11-2020 08:38 PM
Somi shima nampak real.. suami miera tasty filter bertingkek.. ok bye
Quote YomiuriLandMae 25-11-2020 08:40 PM
Shima anuar whoo???

Shima teringin dgn baby shima kenal laa..
Quote Lailerthee 25-11-2020 09:17 PM
Sama lah kita... i dulu pny la bodoh pg cabut serai pakai tgan. Tarik y daun dia tu buat mcm tarik daun pandan. Habis lukaa semua jari

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.053167 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top