CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih 400 Kubur Purba Mengadap Kiblat Ditemui Di Sepanyol

25-11-2020 04:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6351| Komen: 40



Sebuah nekropolis Islam Kuno yang mengandungi lebih dari 4, 500 mayat telah ditemui di timur laut Sepanyol, ahli arkeologi juga dilaporkan menggali kebih dari 400 kubur di kawasan seluas lima hektar itu.

Memetik laporan CNN, makam itu ditemui di tanah perkuburan abad ke-8 di bandar Tauste, berhampiran Zaragoza di Aragon.


Para penyelidik dari Universiti Negara Basque berkata bahawa dari tahun 711 hingga 1492, sempadan utara Kristian dan selatan Islam berubah secara berterusan dengan penguasaan kedaulatan yang berubah.

Proses penggalian pertama di tapak tersebut pada tahun 2010 membongkar nekropolis seluas lima hektar.


Pakar percaya bahawa penemuan itu akan mencabar anggapan mengenai penempatan orang Islam di kawasan itu.

“Kita dapat melihat budaya Muslim dan kehadiran Islam di kawasan ini lebih penting daripada yang kita sangka.

“Kita juga dapat menyaksikan bahawa terdapat penduduk Islam yang besar di Tauste sejak awal kehadiran umat Islam di Sepanyol, ” kata Gimenez.




Sumber: CNN/Siakapkeli










Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shark 25-11-2020 04:56 PM

ntah2 nenek moyang aku asal sepanyol
Quote dudaberhias 25-11-2020 04:58 PM
wow hebat penemuan ni...
memang sepanyol dulu pernah di jajah oleh empayar islam aka Moor...
Quote zeed 25-11-2020 05:01 PM
Sepanyol antara top list negara yg dekat di hati. Plan nak pegi lagi bila covid dah takde..
Quote Artemesiaa 25-11-2020 05:09 PM
Tak hairan kerana islam dah lama bertapak disana
Quote Dwdrum 25-11-2020 05:12 PM
8 century di panggil purba?....
Quote Gingerly 25-11-2020 06:31 PM


.... 10,000 tahun kemudian...

Kubur Seksyen 21 pula digali{:smile
Quote OttoVonBismark 25-11-2020 06:54 PM
Tak denya nak purba nau kalau setakat ratusan tahon tu nak oi. Islam pernah bertapak di spain selama lebih dari 780 tahun. Dari 711 hinggalah ke 1490an, lebeh tepat lagi 1490 berapa tu pakcik tak berapa nak ingat. Dalam tempoh yang cukop panjang ini, spain telah melahirkan raaaaamai tokoh tokoh cendekiawan islam sama ada dalam bidang agama mahupon akademik. Sa-bagai contoh, imam al-qurtubi yang namanya memang tak aseng lagi bagi kita umat islam harini, pun berasal dari Cardoba, spain.

Apatah lagi didalam bidang bidang kesarjanaan lain. Rajin dan tidak sahaja kita hari ini untuk mengorek dan mengkaji semula semua tokoh tokoh ilmuan islam dari Spain ini. Sa-bagaimana kita melihat orang orang spain hari ini dengan mata biru, hidung manchong, sa-begitu jugaklah halnya mereka dahulu. Pakar pakar hadis dan tafsir datang dari belah kokesen sana. Benda yg jarang wujud hari ni. Ramai dari tokoh tokoh ilmuan agama datang dari tanah arab dan keturonan mereka hari ni.
Quote OttoVonBismark 25-11-2020 06:58 PM
Jadi tak mustahil dalam tempoh 780 tahun, spain ada memiliki kompleks perkuburan islam dengan jumlah simpanan jenazah muslim mencecah ratusan ribu mayat jika diselidik dan dikaji betul betul.
Quote no_el 25-11-2020 07:07 PM
Gingerly replied at 25-11-2020 06:31 PM
.... 10,000 tahun kemudian...

Kubur Seksyen 21 pula digali{:smile

Dan terjumpa dgn pili pili air yg d guna oleh masyarakat di situ waktu ketiadaan air d selangor
Quote dudaberhias 25-11-2020 07:14 PM
OttoVonBismark replied at 25-11-2020 06:54 PM
Tak denya nak purba nau kalau setakat ratusan tahon tu nak oi. Islam pernah bertapak di spain selama ...

tu la... bagi iols kalau bukan BC (before century) memang bukan penemuan purba sebab sisa2 kubur lama masih ada even di kubur2 kampung pun ada yang lagi lama dari ni...
Quote MissYouSayang 25-11-2020 07:20 PM
Nasib baik xde yg fitnah situ tempat org memedo oleh gol. Lgbt dgn umah pelacuran
Quote telracs 25-11-2020 09:30 PM
shark replied at 25-11-2020 08:56 AM
ntah2 nenek moyang aku asal sepanyol

Hahaha....mudah-mudahan betullah camtu.
Quote Lula2 25-11-2020 09:55 PM
zeed replied at 25-11-2020 05:01 PM
Sepanyol antara top list negara yg dekat di hati. Plan nak pegi lagi bila covid dah takde..

Spain best. Nanti pegi la wilayah andalusia. Boleh pegi morocco sekali jugak. Lg best kalau tahu sejarah tempat2 tu.
Quote dizekni 25-11-2020 09:58 PM
Sepanyol sangat berdendam dengan Islam

sehingga ke filipina mereka perangi umat Islam kurun ke 16 dulu
Quote Dwdrum 25-11-2020 10:01 PM
dizekni replied at 25-11-2020 05:58 AM
Sepanyol sangat berdendam dengan Islam

sehingga ke filipina mereka perangi umat Islam kurun ke 16 ...

Kenapa demdam pakcik dizek?
Quote dizekni 25-11-2020 10:07 PM
Dwdrum replied at 25-11-2020 10:01 PM
Kenapa demdam pakcik dizek?

Kita tak pernah dendam

kita masih meminati kelab bola real zaragoza

pemain Melayu Muslim bermain di kelab bola portugal pada hari ini

walopun dulu portugis dan sepanyol berpakat memerangi Islam

sehingga tumbangnya kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Sulu di Filipina
Quote Dwdrum 25-11-2020 10:21 PM
dizekni replied at 25-11-2020 06:07 AM
Kita tak pernah dendam

kita masih meminati kelab bola real zaragoza

Bukan kah sebab ottoman empire invasion dahulu pakcik
Quote star_karat 25-11-2020 10:41 PM
Tak banyak lah Muslim kat Spain tu. Kat France lagi bersepah orang islam. Spain tu yang banyak islam pun dah area atas2 Barcelona tu dah dekat2 border France.
Quote Ara_roro93 25-11-2020 10:47 PM
Nampak sgt selama nie sejarah dunia telah diubah jalan cerita , terutama jika ada yg berkaitan islam. I pun baru terbuka minda sejak kerap tertengok yt yg share content berkaitan sejarah2 yg byk cuba disembunyikan , nyesal dulu percaya bulat2 jee apa yg keluar kat tv

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.054363 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top