Pengarah Mamat Khalid, 57, mengakui tidak risau untuk memasukkan dialog keras dan 'pedas' dalam karya arahannya demi membuka mata penonton berkaitan isu kemasyarakatan yang berlaku.
Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid berkata, cara penilaian penonton sekarang sudah lain dan dia mahukan mesej yang mengangkat isu berat seperti menyentuh kerajaan diterjemahkan dalam bentuk hiburan. "Cerita yang saya hasilkan akan lebih banyak menampilkan dialog keras dan lantang mengenai isu kemasyarakatan. Walaupun 'pedas', ia bukan bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak. "Sebaliknya, dialog mengenai sesuatu isu itu bertujuan untuk mendidik dan mengajar penonton. Cuma, mesej itu dinikmati mereka dalam pendekatan elemen lawak.
"Sekarang cara penyampaian sebuah karya sudah lain. Bagi saya, menggunakan dialog sebigini membuka mata penonton untuk memberi perhatian lanjut kepada isu berat yang berlaku," katanya menerusi sebuah temubual dalam talian.
|
matchstick replied at 26-11-2020 05:51 PM
Mcm best je siri kmpg pisang ni..tapi sayang ramai pelakon feveret abg mamat ni dh meninggal. Pak ja ...
mamajawie replied at 27-11-2020 12:41 AM
Cm best je..nak tgok ahhh tapi uma takda asterok..{:question
buragazz replied at 27-11-2020 12:15 PM
Pinjam le password astro go member yang ada..
ADVERTISEMENT