CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Jadi Nak Bunuh Diri Sebab Nampak Buaya

26-11-2020 04:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13864| Komen: 129

Seorang jurutera sebuah syarikat swasta memba-talkan hasratnya membunuh diri apabila ternampak kelibat buaya selepas terjun ke dalam sungai di sini pada Isnin lalu.

Wanita yang berusia 34 tahun itu dipercayai bertindak demikian pada petang Isnin lalu di-sebabkan tekanan perasaan.

Menurut sumber, wanita itu pada mulanya nekad terjun di dalam sungai berkenaan sebelum berenang ke kawasan tebing.

Foto: Kosmo

“Dia mendakwa ternampak kelibat buaya menyebabkannya tidak meneruskan hasratnya untuk membunuh diri.

“Wanita itu menceritakan kejadian tersebut selepas di-selamatkan orang awam,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli dalam satu kenyataan membe-ritahu, pihaknya menemui wa-nita itu dalam keadaan basah di tepi jalan berhampiran lokasi kejadian.

Wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan awal mendapati wanita yang masih bujang itu mengalami tekanan perasaan.

“Siasatan mendapati wanita itu bekerja di Port Dickson selama lapan tahun sebelum ditukarkan ke Petaling Jaya,” katanya.

Kes disiasat mengikut Sek-syen 309 Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: Kosmo Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
4

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 25-11-2020 07:00 PM
........lawakss...takut pula nk mati....
Quote dudaberhias 25-11-2020 07:03 PM
kesiannya... tapi jurutera kot? ada komitmen tinggi ke?

gaji jurutera tnb haritu iols dengar2 kata 10 ribu ke atas dan ada la jurutera tnb kat sini rumah 4 bijik... banglo lot2 dia beli 4 sekali...

tapi yang tu taktau la gaji berapa...
Quote axl_bach 25-11-2020 07:04 PM
noor2 replied at 25-11-2020 07:00 PM
........lawakss...takut pula nk mati....

Mungkin dia xnk mati dlm keadaan tubuh berkecai dikoyak2kan oleh rahang buaya kot
Quote pinksarah 25-11-2020 07:06 PM
X jadi nak simpati bila baca sebab musabab nya
Quote namr 25-11-2020 07:07 PM
Terjun klcc je la sistur
Quote suriamir 25-11-2020 07:09 PM
hahahahahaha.... lawak ni, tau takuttt...
Quote Skuau 25-11-2020 07:15 PM
....dh nak matey...pi la sergah boya tu...adui!!!!kelakornya ko ni...
Quote Nham22 25-11-2020 07:15 PM
Edited by Nham22 at 25-11-2020 07:16 PM

Teror lah berenang ni.... Haha... Lawakk... Tp muda lg... Nak bunuh diri sbb org slalu tanye bila nak kahwen ka??? Polispon mesti nak confuse nak kesian ke nak gelakkk
Quote noor2 25-11-2020 07:17 PM
axl_bach replied at 25-11-2020 07:04 PM
Mungkin dia xnk mati dlm keadaan tubuh berkecai dikoyak2kan oleh rahang buaya kot

Dia takut mati kena makan buaya bukan mati terus tapi sakit luka parah kena gigit tu ...mati lemas tu mungkin x menyakitkan pada dia hehe
Quote Kerexxx 25-11-2020 07:17 PM
dudaberhias replied at 25-11-2020 07:03 PM
kesiannya... tapi jurutera kot? ada komitmen tinggi ke?

gaji jurutera tnb haritu iols dengar2 kat ...

mcm tak logik kan news ni.. tnb is one of the elites and kerjaya idaman juga
Quote epuepy 25-11-2020 07:19 PM
Aku Imagine dia dh reda nk mati, sekali nmpk buaya, berdesup berenang ke tepi.

Maybe bole pecah rekod dunia acara renang
Quote dudaberhias 25-11-2020 07:20 PM
Kerexxx replied at 25-11-2020 07:17 PM
mcm tak logik kan news ni.. tnb is one of the elites and kerjaya idaman juga

ye tu la kaka... lagi2 jurutera... bukannya kontraktor... adoiii apala nasib dia sampai jadi macamni...
Quote sekngucing 25-11-2020 07:21 PM
janganlaa kecam... biarla dia nk buih diri pun...
Quote SiMontel 25-11-2020 07:24 PM
baca berita ni taktau nak simpati ke nak gelak...

alahh..niat nak bunuh diri..maybe dia ingat lepas terjun je terus mati...alih alih hidup lagi lak tu...
then ternampak pulak buaya cari mangsa..terus berenang laju laju
hahahahhahaa

sorry laa minah...ko keje jurutera tnb kot..apesal teruk sgt pikiran ko ni....ni jurutera bangsa apa ni...sebab la ni semua bangsa suka bunuh diri...
Quote brownstone 25-11-2020 07:26 PM
Jap...kalau dia pandai berenang, camna dia nak mati dengan terjun jambatan???
Quote slavehunter 25-11-2020 07:29 PM
Lerrr...ok la tu cepat skit kena makan. Muda lagi jangan cepat give up.
Quote noor2 25-11-2020 07:29 PM
Tekanan perasan x semestinya sebab duit....mungkin cinta...
Quote ellez 25-11-2020 07:33 PM
Ada buaya ke kat sungai di selangor ni..
Quote Yunbin 25-11-2020 07:36 PM
axl_bach replied at 25-11-2020 07:04 PM
Mungkin dia xnk mati dlm keadaan tubuh berkecai dikoyak2kan oleh rahang buaya kot

Yunbin pon fikir macam tu. Sebab pompuan kan pentingkan kecantikan, dia tak sanggup la tu mati dlm keadaan rupa robek sana sini

Lihat semua komen(129)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.045321 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top