CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bakal Pengantin Didakwa 3 Pertuduhan, Cuba Rogol Rakan Serumah Tunang

26-11-2020 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7160| Komen: 47

Amirul Hanif (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.



MELAKA - Seorang bakal pengantin lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan cuba merogol, mencabul seorang wanita dan menceroboh rumah didiami wanita itu bersama tunangnya pada minggu lalu.

Amirul Hanif Ibrahim, 27, yang bakal bernikah Mac depan bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik ketiga-tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah cuba merogol seorang perempuan berusia 23 tahun dan didakwa mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.


Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan niat hendak mencabul kehormatannya dan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Bagi perbuatan itu tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman, jika sabit kesalahan.

Selain itu dia juga berdepan dengan pertuduhan telah melakukan pencerobohan jenayah tanpa mendapat kebenaran daripada tuan rumah yang digunakan sebagai kediaman.

Dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau dengan denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di sini jam 10.53 pagi pada 17 November lalu.

Difahamkan, tertuduh yang merupakan pekerja pembersihan telah bertunang dan akan berkahwin dengan tunangnya pada Mac depan, sementara mangsa adalah rakan serumah tunangnya dan ketika kejadian tunangnya tiada di rumah.
 
Lelaki itu dipercayai memasuki rumah berkenaan menggunakan kunci pendua dan menunggu mangsa pulang ke rumah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shukri Hussain dan tidak mencadangkan sebarang jaminan.

Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes dan serahan dokumen pada 24 Disember depan.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/112059/BERITA/Mahkamah/Bakal-pengantin-didakwa-cuba-rogol-rakan-serumah-tunang?fbclid=IwAR2k92Rj-lKxLh3pklXhSvMyCPu_qR7zFTVrqKPnz_Ef2KK9MdSO4TKtfYo
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.am.PH 26-11-2020 02:07 PM
[fbp]https://www.facebook.com/UtusanOnline/posts/10157609000751347[/fbp]
Quote dudaberhias 26-11-2020 02:08 PM
kaka @Modngengade tak taste kerr... sado tu... kemungkinan kalau buka mask masih herlok tak perlu tutup lampu
Quote Modngengade 26-11-2020 02:11 PM
dudaberhias replied at 26-11-2020 02:08 PM
kaka @Modngengade tak taste kerr... sado tu... kemungkinan kalau buka mask masih herlok tak per ...

berdasarkan struktur perut dan peha...kakak syak sekadar 2B jua....next!
Quote minguk 26-11-2020 02:17 PM
dah kenapa kau ada kunci pendua rumah tunang? selalu check in la tu ahahha
Quote ikanmasin 26-11-2020 02:22 PM
amboi siap ada kunci pendua pl dah..bahaya lah gitu..kalau ddk sendiri lain lah ni tunang tu ddk sewa dgn kawan lain..dah sendiri mencari penyakit mendapat lah..blm apa2 dah berani nak ngap kawan tunang tu..
Quote AbukRokok 26-11-2020 02:39 PM
gendang gendut tali kecapi
kenyang perut senang hati
Quote qicki 26-11-2020 02:43 PM
perangainye lahai tunangnye pon...yg bg kunci pendua dah kenapa
Quote sharlenetexas 26-11-2020 02:45 PM
Amboi perut...
Quote allshares 26-11-2020 02:56 PM
Jenis pompuan bagi kunci rumah bujang kt gf/tunang/suami mmg patut dihamun yah. Ko nk buat maksiat pg tmpt lain, jgn menyusahkan housemate, ajet2 nk berdua2an sewa rumah sebiji, low class.

Utk penjenayah ni, padan Muka. Nasib mangsa tak sempat dirogol
Quote kelapaparut 26-11-2020 02:58 PM
qicki replied at 26-11-2020 02:43 PM
perangainye lahai tunangnye pon...yg bg kunci pendua dah kenapa

mesti da biase berangkut bwk dlm bilik, dah biase mngeseks
Quote c===8 26-11-2020 02:59 PM
Modngengade replied at 26-11-2020 02:11 PM
berdasarkan struktur perut dan peha...kakak syak sekadar 2B jua....next!

mungkin tak sekecik muaalap kat rumah kakak punya
Quote Modngengade 26-11-2020 03:22 PM
c===8 replied at 26-11-2020 02:59 PM
mungkin tak sekecik muaalap kat rumah kakak punya

hello....mualap akak nalla ok
Quote ellez 26-11-2020 03:24 PM
Mungkin jantan ni dah usha lama osmet tunang tu..
Harap putus tunang secepatnya.
Quote Atata 26-11-2020 03:30 PM
Gilanya.. nasib x sempat rogol. Hish
Quote sukacactus 26-11-2020 04:26 PM
Gosh! Lemasnya dapat housemate share2 kunci dgn jantan ni
Ha lps ni jadi jg ke nak kawin
Quote Artemesiaa 26-11-2020 05:23 PM
Baru tunang dah ada kunci pendua betul2 mengundang, tak pasal2 teman serumah jadi mangsa.
Quote CARI-HBZ 26-11-2020 05:24 PM
Amirul Hanif (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.







MELAKA - Seorang bakal pengantin lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan cuba merogol, mencabul seorang wanita dan menceroboh rumah didiami wanita itu bersama tunangnya pada minggu lalu.


Amirul Hanif Ibrahim, 27, yang bakal bernikah Mac depan bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik ketiga-tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.


Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah cuba merogol seorang perempuan berusia 23 tahun dan didakwa mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.



Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan niat hendak mencabul kehormatannya dan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.


Bagi perbuatan itu tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman, jika sabit kesalahan.


Selain itu dia juga berdepan dengan pertuduhan telah melakukan pencerobohan jenayah tanpa mendapat kebenaran daripada tuan rumah yang digunakan sebagai kediaman.



Dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau dengan denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.


Kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di sini jam 10.53 pagi pada 17 November lalu.


Difahamkan, tertuduh yang merupakan pekerja pembersihan telah bertunang dan akan berkahwin dengan tunangnya pada Mac depan, sementara mangsa adalah rakan serumah tunangnya dan ketika kejadian tunangnya tiada di rumah.

Lelaki itu dipercayai memasuki rumah berkenaan menggunakan kunci pendua dan menunggu mangsa pulang ke rumah.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shukri Hussain dan tidak mencadangkan sebarang jaminan.



Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes dan serahan dokumen pada 24 Disember depan.






Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/112059/BERITA/Mahkamah/Bakal-pengantin-didakwa-cuba-rogol-rakan-serumah-tunang?fbclid=IwAR2k92Rj-lKxLh3pklXhSvMyCPu_qR7zFTVrqKPnz_Ef2KK9MdSO4TKtfYo
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Quote matbad 26-11-2020 05:27 PM
Sangap trukk
Quote Decaffeinated 26-11-2020 05:28 PM
Kebabian bertingkek-tingkek

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.053310 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top